㌈ 〉95 : save her.

463 99 69
                                    


Jimin memerhatikan bagaimana Ara hanya duduk di samping Namjoon daripada mula penerbangan tadi sehingga kini. Ara tak berganjak sedikit pun daripada sisi Namjoon.

Jimin tersenyum nipis. Dia menoleh ke arah yang lain, Taehyung bersama Sarang, Hoseok duduk di sebelah Kiara, Seokjin dan Areum— Jungkook dan Hanako?

Oh dia tak mahu tahu.

Rasa kesedihan di dalam hatinya mula menyebulungi diri dia. Ianya perit. Dia tak tahu Mia dia mana. Atau keadaan gadis itu. Mia hidup lagi atau tidak? Gadis itu sudah meninggalkan dia selama-lamanya ke?

Sejujurnya Jimin berharap sangat Mia akan tetap hidup. Tetapi— hampa.

Setiap kali memikirkan tentang Mia, Jimin rasa seperti ingin menangis. Tetapi ditahan air matanya. Tak mahu diikutkan sangat perasaan.

Jimin berjalan melepasi kerusi-kerusi di dalam jet itu. Dia terus menuju ke arah hujung jet tersebut di mana ia merupakan bilik pengendalian jet tersebut.

Pintu dibuka, Jimin melihat Yoongi yang sedang duduk di tempat pilot; mengendalikan jet tersebut.

Hanya Yoongi dengannya, yang pasangannya tiada.

Tetapi jauh dalam hati Jimin, dia tahu Yoongi ada seseorang istimewa daripada permainan yang mereka lakukan di Pulau Dements itu. Jimin dapat dengar tawa Yoongi bersama seorang perempuan daripada bilik Yoongi sewaktu tengah malam.

" hyung, "

Yoongi menoleh kepalanya ke arah Jimin. Senyuman kecil kelihatan. Yoongi memandang semula kehadapan. " Ya, Jimin? " jawab lelaki itu. Matanya tertumpu dihadapan.

" hyung okay? "

Yoongi terdiam buat sejenak. Dia melirikkan matanya ke arah Jimin sekilas sebelum memandang ke arah hadapan semula.

" aku sentiasa okay. " Yoongi berkata dengan acuh tak acuh. Cuba sedaya upaya untuk tak menunjukkan emosinya. Jimin menjungkitkan kening.

" oh iye ke? " Jimin menggosok belakang lehernya kemudian menyandarkan tubuhnya pada kerusi co-pilot disebelah Yoongi. Dia memandang sekeliling bilik itu. Tak pernah dia duduk di dalam pengendalian kapal terbang— jet.

" kau pula kenapa di sini? " Yoongi menyoal. Pelik melihat kelakuan Jimin itu. Selalunya Jimin akan membuat kerja nya sendiri. Seperti ahli Bangtan yang lain, mereka semua sentiasa ada benda yang nak dibuat. Kerjaya mereka di alam jenayah ini amat sibuk sekali.

" tak adalah, aku sedih. "

Yoongi terus memandang Jimin. Benar kata Jimin, nampak sangat wajah lelaki nampak sedih. Nampak broken.

" Kenapa sedih? Sebab permainan ini dah tamat? " Yoongi meneka dan Jimin membuat muka menyampah mendengarkan tekaan Yoongi.

" Aku bersyukur sangat tahu tak permainan ini dah tamat, Hyung. " Jimin berkata dengan nada yang ditinggikan sikit. Yoongi tergelak.

" habis itu apa? "

Jimin lantas membetulkan duduknya. Dia menghadap Yoongi lantas memandang lelaki itu.

" aku ada suka sorang perempuan ini. " Jimin memulakan topiknya. Apabila mendengar perkataan perempuan, Yoongi terus menekan butang 'auto-pilot' yang ada di situ. Dia kemudiannya duduk menghadap Jimin.

17 July.  Where stories live. Discover now