㌉ 〉04 : targets.

2.1K 284 903
                                    

" Selamat datang ke District Dements! "

Kelihatan ramai para-para jenayah berkumpul di hadapan sebuah rumah yang besar seperti sebuah istana. Ia kelihatan seperti sebuah mansion yang besar tetapi sebenarnya sebuah dorm. Bagi jenayah yang beraras tinggi datang untuk tinggal di pulau tersebut akan disediakan tempat khas untuk mereka dan ianya mansion tersebut. Menakala bagi jenayah-jenayah yang beraras rendah akan tinggal di tempat lain sekitar pulau ini.

Basically yang tidak tinggal di dalam dorm itu merupakan jenayah seluk saku, mencuri dompet, perogol dan lain-lain kerana itu merupakan jenayah paling baik.

Tetapi ada juga yang terlalu kaya sehinggakan membeli sebuah banglo mewah dibina di pulau tersebut sebagai tempat persinggahan. Banglo itu selalunya ketua-ketua mafia yang akan memilikinya.

BongCha berdiri di atas pentas dengan kasut boot hitam nya yang begitu tinggi sampai ke paras lutut. Kasutnya itu diperbuat daripada kain baldu menampakkan ianya teramatlah mahal. Bajunya pula dipakai dress hitam kebiruan dengan jaket kulit. Rambutnya yang diwarnakan berwarna biru indigo itu diikat ponytail yang tinggi. Kelihatan dia sedang memegang sebuah microfon.

" wah, aku suka stail dia!.. kau kenal dia Ryunji? "

Kiara dengan teruja nya berkata pada Ryunji sambil melompat-lompat kecil. Dia memegang tangan Ryunji dengan erat menyebabkan perempuan itu tak selesa dan malu dengan tindakan nya. Macam mana lah dia nak survive keesokan harinya untuk annual game itu?

" tak.. " dia menolak tangan Kiara daripada lengan nya. " ..tapi aku tahu yang kau ni terlalu annoying jadi tolong jangan pegang-pegang boleh tak? Aku rimas. " Kiara memandang Ryunji dengan wajahnya dicebikkan.

" itu bukan jawapan yang aku mahukan. "

" dia Kang BongCha daripada Rome, Italy. Merupakan ketua Mafia di Croatia dahulu tetapi meletakkan jawatan kemudian jadi assasin yang berjaya. " tiba-tiba ada seseorang menyampuk menyebabkan Ryunji dan Kiara menoleh ke arah si empunya suara tersebut.

Kelihatan seorang perempuan yang memakai hoodie berwarna coklat yang hoodnya disarungkan pada kepalanya dengan begitu kemas. Dia mempunyai rambut berwarna coklat hazel dan matanya juga begitu perang. Wajahnya pula iras-iras seperti orang cina. Kiara mengerutkan dahinya.

" kau adalah? "

" aku Am Ara. " dia senyum pada mereka dan Kiara membalas senyuman nya dengan sengihan juga. " nampaknya ada orang yang sekepala dengan aku selepas ini. " dia menjelir ke arah Ryunji yang sudah pun berdecit.

" kepada para criminals, tolong berkumpul di sini dahulu untuk sebuah pengunguman yang penting. " BongCha memulakan percakapan nya. Dia memegang mikrofon tersebut dengan menggunakan tiga jarinya sahaja.

" oleh kerana pengunguman ini akan disalurkan pada seluruh pelosok pulau ini, jadi tolong ambil perhatian. Untuk 15 jam selepas ini, para criminal boleh bebas untuk melakukan apa-apa sahaja. Tetapi sebarang pembunuhan, kemusnahan harta benda, pencurian dan apa-apa sahaja selama 15 jam ini akan dikira sebagai jenayah. Jadi, tindakan akan di ambil oleh kerajaan. " Perempuan itu berkata dengan jelas dan pantas. Yang lain mendengarnya mengeluh dan ada juga yang sudah merungut. Itu semua membuatkan BongCha tersenyum senget.

" tetapi itu hanyalah optional. di district dements, tiada sebarang tindakan dikenakan! " dan kini semua bersorak dengan gembira.

17 July.  Where stories live. Discover now