" Yoongi! "
Seokjin menyerang bilik kawan nya itu tanpa mengetuk. Itu membuatkan Yoongi terkejut, tetapi nasib baiklah dia dapat menyelindungkan reaksi terkejut pada wajahnya itu. Seokjin pula sudah meluru kearahnya bersama Namjoon disisi.
" apa yang kau dah buat pada perempuan bernama Ryunji itu? " soal Seokjin dengan mada yang begitu tegas. Dia nampak seperti meletup, tetapi Seokjin cuba menahan segala rasa amarahnya yang membuak-buak itu. Bagi dia, even dia jadi hulk dihadapan Yoongi pun, lelaki itu tetap bersikap degil.
" ah, jadi nama dia Ryunji? " Yoongi yang sedang berbaring sambil lengannya menutup mata nya itu berkata dengan malas. Namjoon mengangguk perlahan. Yoongi tersengih.
" cepat, cakap Yoongi. Apa yang kau dah buat pada dia sampaikan dia bersumpah untuk bunuh kita semua? " Seokjin memaksa lagi dan Yoongi hanya mampu mendiamkan diri.
Sejujurnya dia juga tak tahu kenapa dia melakukan macam itu pada perempuan tersebut. Dia sendiri tak mahu melakukan perkara sebegitu pada seorang perempuan tetapi apabila Ryunji cuba membunuhnya, itu membuatkan dia rasa.. marah.
Marah kerana perempuan itu langsung tak berfikir sejenak untuknya dan dia terus menarik picu.
Mujur, dia sudah tahu yang perempuan itu bersenjata. Oleh itu, dia mengeluarkan segala peluru yang ada dalam pistol perempuan itu lalu meletakkan ia pada tempatnya semula. Dia melakukan sebegitu untuk melihat sikap perempuan itu.. terhadapnya.
Keputusan nya, membuatkan dia marah.
Dia tak suka marah. Doa paling benci perasaan itu. Selalunya, apa yang dia lakukan semuanya berjalan dengan lancar tetapi apabila dengan perempuan ini.. ia tidak. Malah, perempuan itu degil dan keras kepala. Itu membuatkan amarahnya menjadi dua kali ganda.
Tak mustahil perempuan itu menjadi mangsa pertamanya sebelum hari esok. Ya, mangsa bunuhnya.
Tambahan lagi, Yoongi juga terkejut dengan dirinya kerana dia tak pernah bersikap.. kotor terhadap perempuan. Selalunya dia akan cuba elakkan diri dia untuk bersama dengan perempuan sebab dia tak biasa. Malah dia selalu berasa janggal. Tetapi entah apa yang merasuk dia untuk 'mencari pasal' dengan perempuan bernama Ryunji itu.
" kau tak pernah bersama dengan perempuan Yoongi, apa yang rasuk kau malam ni? " Seokjin menyoal lagi dengan wajah yang curiga. Tetapi Yoongi masih mendiamkan diri.
Tiba-tiba Hoseok masuk ke dalam bilik Yoongi lalu meluru ke arah Namjoon dan Seokjin. Kedua lubang hidungnya telah disumbat dengan dua tisu. Kelihatan masih tercalit darah pada tepi-tepi pipinya.
" hey korang ada nampak kota— " kata-kata Hoseok tiba-tiba terus bertanda noktah. Dia hampir sahaja ternganga melihat keadaan Yoongi. " holy shit, Yoongi? " Hoseok mendekatkan dirinya pada birai katil milik lelaki itu. Hoseok hampir tertawa tetapi bibirnya terukir sengihan. Seokjin dan Namjoon nampak terpinga-pinga. Tak tahu kenapa Hoseok seakan terkejut melihat keadaan Yoongi yang nampak biasa itu.
Yoongi pula sekarang, tak tahu macam mana nak uruskan masalah besarnya ini. Wajahnya mula terasa panas.
" apa? " dengan malas dia mengangkat kepalanya ke arah Hoseok.
Hoseok pula dah tertawa. " kau steam ke? " lalu mata Seokjin dan Namjoon mendarat pada tempat itu kepunyaan Yoongi. Mata mereka membesar.
" oh thats why— "
Yoongi yang sedar Hoseok memerlinya terus bangun lalu melontarkan bantal pada mereka semua seperti orang mengamuk. Mereka tergopoh-gapah berlari keluar daripada bilik lelaki itu, tak mahu terkena dengan balingan Yoongi. Tawa mereka terus meletus.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...