㌓ 〉14 : like you.

1.5K 254 483
                                    

" lepaskan aku. "

Ryunji cuba menggerakkan badan nya tetapi peganggan erat Yoongi membuatkan dia terhenti semula. Sememangnya tenaganya langsung tidak setanding dengan lelaki dihadapannya ini. Meskipun lelaki ini nampak keding, tetapi sekarang ototnya kelihatan berlekuk-lekuk melalui kemeja putihnya itu; memegangnya dengan erat. Itu memberikan Ryunji satu perasaan yang pelik dalam hatinya.

" not untill you apologise to me. "

Ryunji mengerutkan dahinya dan keningnya bertaut. Memang tak lah dia nak minta maaf pada lelaki miang di hadapan dia ini. Jenis salah apa pun dia tak tahu apa yang dia dah buat.. inikan maaf? Hell no.

" try me. "

Ryunji mencabar lagi membuatkan lelaki itu mengacip giginya rapat. Belum sempat Yoongi membalas kata-katanya, Ryunji telah pun mengangkat lutut kanan nya dengan kuat menyebabkan lututnya terkena pada bahagian sensetif lelaki itu. Akibatnya, Yoongi terjatuh daripada meja dan mengerang kesakitan. Ryunji bingkas bangun kemudian dia mencapai bootnya.

Dia sempat menjeling ke arah lelaki itu; memeriksa sama ada dia okay ataupun tidak. Apabila melihat lelaki itu masih lagi dalam keadaan sedarkan diri, dia terus pecut pergi keluar melalui pintu bilik tersebut.

Ryunji hampir sahaja terleka dengan pemandangan di sekitarnya sebaik sahaja dia keluar daripada bilik itu. Rumah ini sungguh mewah membuatkan dia sendiri terpesona dengan kemewahannya. Ia juga kelihatan seperti memerlukan jutaan dollar untuk membinanya. Belum lagi termasuk perabot mewah yang ada di dalam nya ini.

Tetapi nasib baik Ryunji pantas menyedarkan diri. Dia terus berlari ke pintu utama rumah tersebut dan keluar. Pintu dibuka dengan kasar membuatkan Hoseok, yang pada ketika itu yang baru pulang itu terhantuk kepalanya kerana pintu tersebut.

Hoseok mengerang kesakitan tetapi Ryunji langsung tak endahkan dia. Boleh dikatakan dia panik tadi kerana lelaki miang itu sebab itulah dia seakan mengelabah ketika ini. Padahal Yoongi tak kejar dia pun.

Sesampai sahaja di perkarangan rumah itu, Ryunji ternampak Am Ara yang baru ingin keluar daripada perkarangan rumah itu. Terus, dia mencapai lengan Am Ara lalu menyorok dibelakangnya. Namjoon yang juga berada di sebelah Am Ara terkejut.

" Ara! "

" Ryu? "

❨☠︎❩

Jungkook menjilat bibirnya yang merekah itu. Entah kenapa dia rasa gementar pula apabila dirinya kini makin mendekati posisi di mana Hanako berada. Dia sempat memeriksa dirinya di hadapan cermin untuk memastikan dirinya kemas dihadapan senpai nya.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi siren kuat; membingitkan telinganya. Terus, dia melihat ke arah Jam tangan dia dan mendapati ia sudah pun menunjukkan tepat jam 12 malam. Di padang itu, dia dapat melihat ramai bersorak gembira dan mula mengeluarkan senjata mereka.

Meja-meja untuk dinner tadi sudah pun dikemaskan. Lantai padang itu terbuka dan lantai padang itu ditukarkan dengan lantai konkrit yang mempunyai banyak defenssive wall. Ia nya sama seperti permainan shoot ball. Tetapi cumanya kali ini mereka semua menggunakan pistol yang betul.

Mansion dan segala tempat pertempatan mula melindungi bahagian dinding pertempatan tersebut. Jungkook mengukirkan senyuman yang senget.

17 July.  Where stories live. Discover now