㌶ 〉57 : nightmare.

727 159 203
                                    

    BOOM!

Dinding yang diperbuat daripada batu-batu konkrit itu mula hancur kepada cebisan. Ia terpelanting dimerata tempat tetapi mujur Yoongi, Areum, Chanyeol, Kyungsoo dan Jimin berlindung disebalik dinding bagi tidak tercedera.

Yoongi terus melangkah keluar sebaik sahaja dia melihat dinding tersebut sudah pun hancur. Ia menyalurkan mereka ke ruang luas di sebalik dinding tersebut. Mata Yoongi membulat apabila melihat gerangan yang berada di dalam ruangan tersebut.

" Kau, " Yoongi mengerutkan dahinya dan keningnya hampir sahaja bertaut. Dia memandang Bongcha dengan pandangan yang penuh dengan curiga. " apa kau buat di sini? " tambahnya lagi.

Bongcha yang sedang terbatuk-batuk itu mula membalas pandangan ke arah Yoongi. Dia memijak air yang bertakung di dalam ruang tersebut lalu meluru ke arah Yoongi.

" yang pasti, ianya bukan urusan kau. " kata Bongcha lalu jalan melepasi Yoongi. Hati Yoongi berasa cukup mendidih apabila Bongcha melayannya sedemikian. Langsung tiada budi pekerti. Harap wajah sahaja cantik.

" Ryu... Ryunji?! " jeritan Areum membuatkan Yoongi tersedar daripada lamunannya.

Dia terus memandang ke arah mana Areum sebenarnya berada. Pada saat yang sama, pandangannya terhenti pada sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas lantai tak jauh daripadanya. Terus, dia meluru ke arah gadis tersebut.

Areum memerhatikan Ryunji. Namun, sebaik sahaja Yoongi datang dengan pandangan yang cukuo risau, dia terus mengundurkan diri. Yoongi seakan gelisah. Cukup gelisah. Wajahnya berkerut seribu melihat keadaan Ryunji.

Kemudian pada masa yang sama, Areum ternampak bahawa Jimin dilepaskan daripada ikatan nya oleh Chanyeol. Areum tersenyum kecil melihat peribadi Chanyeol itu. Meskipun musuh, dia tetap lepaskan lelaki itu.

Areum memandang semula ke arah Jimin. Reaksi yang diberikan oleh Jimin membuatkan senyuman Areum mati. Wajahnya lantas berkerut seribu dan dia mula memegang hujung baju lengan jacketnya.

Wajah Jimin, nampak bengis.

Angulo yang berada berdekatan juga memandang Jimin dengan pandangan yang begitu curiga. Dia hanya memerhatikan gerak geri lelaki itu. Nampaknya seperti amarah Jimin masih tidak reda.

Semakin lama, semakin pelik situasi tersebut.

Chanyeol cuba memotong ikatan terakhir pada tangan Jimin tersebut. Ia mengambil masa memandangkan ia diperbuat daripada tali yang cukup kuat dan tebal. Fokusnya hanya ada pada tangan Jimin jadi dia tidak perasan pandangan maut yang dilemparkan oleh lelaki itu padanya.

Hirisan demi hirisan. Akhir nya tali tersebut terputus.

" CHANYEOL NO! "

Jimin lantas mengeluarkan dagger daripada bootnya. Keningnya bertaut rapat menunjukkan dia diselubungi aura amarah dalam dirinya. Dia mengangkat tangannya tinggi untuk menikam Chanyeol. Angulo mula membuka langkah dan Areum lantas berdiri.

Chanyeol mula mengangkat wajahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Jimin kini ingin menyerangnya dengan pandangan yang cukup benci. Nampak nya amalan baiknya tadi, untuk tolong dia hanyalah sia-sia. Ianya langsung tak bermakna.

Yoongi dan Kyungsoo terus memandang ke arah mana bunyi tersebut ke dengaran.

Chanyeol lantas mengguling ke tepi dan mengelak daripada tikaman tersebut. Dia cuba mencekik Jimin dengan menggunakan kedua pehanya tetapi tidak berjaya. Dia sepak perut lelaki itu menyebabkan Jimin ter -ke belakang. 

17 July.  Where stories live. Discover now