㌣ 〉75 : his soft side.

625 116 84
                                    


" Kiara, kau okay? "

Kiara mendiamkan diri. Rambutnya yang mengurai itu dibiarkan sahaja menutupi wajahnya. Pandangan dia sebolehnya tak mahu langsung bertembung dengan lelaki disebelah dia itu.

" okay. " balasnya sepatah. Nadanya kelihatan bergetar sedikit membuatkan dia mencarut dalam hati. Kenapa lah bergetar suara ni?

Selepas eksiden tadi, Kiara menjadi malu dengan Hoseok. Dia telah menunjukkan sisi dia yang lemah dan paranoid itu. Bukan selalu dia menunjukkan sisi dia itu pada orang lain. Malah ini kali pertama kerana dia cukup jaga identiti sebenarnya.

Tetapi pelik, lelaki bernama Jung Hoseok ini sudah ketahui tentang identitinya. Memalukan betul.

Hoseok pula daripada tadi memerhatikan tingkah laku Kiara. Gadis itu nampak seperti bukan yang dia kenal sebelum ni. Gadis yang suka melawan, divalike, gedik dan sassy. Sekarang Kiara menjadi sopan dan dia tak tahu sama ada ianya perkara bagus ataupun tak.

Malah, bila dia tanya sesuatu Kiara hanya menjawab sepatah-sepatah. Tak macam selalu. Kalau selalu, gadis ini sering sahaja mencabar kesabaran dia. Sekarang tak.

" heels kau. " Hoseok memulakan kata-katanya membuatkan Kiara tersentak. Kiara memandang ke arah heelsnya.

" kenapa dengan heels aku? "

" kau tak sakit ke kaki jalan dengannya? " soal Hoseok sambil kepalanya digerakkan ketepi. Senjatanya di masukkan ke dalam beg yang digalas olehnya.

Kiara memandang heelsnya lagi. Kakinya lenguh, dan dia yakin bahagian jari jemari kakinya semuanya kemerahan. Yelah, daripada tadi asyik berjalan, berlari dan berlawan mana taknya.

" tak, aku okay. " Kiara menipu. Hoseok mendiamkan diri.

" serius? "

" ya. "

" well, okay then. "

Hoseok memusing kehadapan semula kemudian mula berjalan. Kiara seakan hampa apabila Hoseok tak berusaha untuk menyoal nya lagi sama ada kaki dia sakit atau tak sebab obviously, dia menipu.

Tetapi ini Jung Hoseok kan, si bapa ayam. Kau expect apa Kiara? Dia bermanis-manisan dengan kau macam that type of boyfriends di dalam twitter?

" kau tak sejuk? "

Kiara hampir tergelak dengar soalan itu diutarakan padanya. Dah kenapa Hoseok ini? Tetapi Kiara cuba maintain kan reaksi wajahnya. Dia pantas menggeleng.

" tak. "

" serius? Dengan baju knitted nipis tu kau— "

" ya, aku serius. "

Hoseok terdiam. Kiara melihat reaksi lelaki itu daripada celah-celah rambutnya. Hoseok seakan tak puas hati dan Kiara hanya mendiamkan diri.

Kiara tahu dia telah membuatkan suasana lebih janggal tetapi itu hanya taktik dia. Balasan pada lelaki tu ke atas apa yang dia telah buat pada dirinya tadi sehinggakan sikap paranoia dia muncul.

" Kiara, tolonglah— " 

Kiara akhirnya memandang ke arah Hoseok. Mereka bertembung mata. Reaksi Hoseok tadi yang mahu marah terus membuatkan lelaki itu terdiam. Mata mereka terkunci pada satu sama lain.

17 July.  Where stories live. Discover now