" what the fuck, Jack? "Celine memandang wajah kekasihnya itu dengan pandangan yang benar-benar tidak percaya. Berani— tega sekali Jack memperlakukan dia macam ni.
Pengkhianatan yang dia terima— sangat menyakitkan.
Kerana ia datangnya daripada orang yang dia sayang, dan percayai.
Namun begitu, beza sungguh dengan sisi Jack yang kini hanya tenang menumpukan senjatanya tepat pada kepala Celine. Dalam pandangannya tak terselit langsung perasaan simpati. Dia memandang Celine dengan pandangan dingin— bukan sebagai kekasih seperti yang dia selalu lakukan.
Celine rasa terluka dengan pandangan yang diberikan oleh Jack. Dia bersama dengan Jack boleh dikira lama. Segala mala tentang dirinya Jack ketahui. Daripada kelemahan sehinggalah kepakaran. Sewaktu susah senang. Jack ada disisinya.
Kerana itulah Celine sukar ingin menerima kenyataan. Jack hanya menggunakan dia.
Celine being played.. too.
Winston tertawa melihat situasi yang dia sedang lihat. Tawanya begitu kejam. Selepas porak-perandakan keadaan di Amerika— negara yang ayah nya memerintah dan kini menghancurkan hubungan manis kakaknya dengan kekasih hati.
How cute... and sad too.
Winston tertawa lagi. Puas sungguh hati lelaki itu, Namjoon sendiri dapat lihat itu dalam tawa Winston. Lelaki bernama Winston ini langsung tiada belas kasihan. Musuh dalam selimut ini memang licik dan kejam.
" how do you feel, Celine? "
Celine menoleh ke arah Winston dengan mata berkaca. Tangannya mengigil, dan dia mengetap erat bibirnya; menahan tangisan. Winston langsung tak terusik dengan keadaan Celine itu. Malah dia nampak lagi terhibur.
Celine tidak dapat menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Lidahnya kelu. Winston memberikan isyarat pada Jack membuatkan Jack menarik Celine dan memegang kedua tangan Celine dengan kasar daripada belakang; agar perempuan itu tak dapat melarikan diri.
" aku tanya kau soalan, you should answer it! " tengking Winston dengan bengis. Riak wajahnya berubah serta merta kepada kekejaman. Bahu Celine terhinjut akibat terkejut dengan tengkingan brothernya itu. Setahu Celine, Winston tak pernah menengking. Semua ini baru untuknya.
Ada sisi Winston yang dia tak ketahui. Winston yang dia langsung tak kenali.
" aku okay. " Celine masih ada tenaga dan keberanian untuk menjawabnya dengan tenang. Meskipun tangan dia dah mengigil dalam peganggan Jack. Jack masih menumpukan senjatanya pada kepala Celine. Bila-bila masa sahaja kepala Celine boleh bersepai.
" good. " Winston tersenyum senget. Dia melangkah mendekati Celine dan memandang kakaknya itu dengan sebelah mata. Pandangannya dilirikkan semula ke arah Bongcha, Namjoon dan Jimin.
" Oh, My lady. Kenapa kau berdiri disebelah musuh kita? " soal Winston dengan wajah yang kecewa— lebih kepada kepura-puraan semata.
Bongcha yang mendengar namanya dipanggil dengan kata panggilan yang menjijikkan itu hanya merengus. Matanya tajam memandang Winston.
Winston tertawa lagi. " ah! Takutnya hahaha " dia sambung ketawa. Kepalanya ditoleh kepada konco-konconya yang berada di hadapan pintu masuk. Dia memberi isyarat.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...