Mia seakan terpana dengan apa yang dikatakan oleh Jimin. Jimin sudah menangis tatkala dia menyebut kata-katanya tadi.
" aku tak akan tinggalkan kau. Jangan buat aku tinggalkan kau. " beritahunya lagi dengan keadaan yang menangis teresak-esak.
" Jimin... " Mia juga menangis apabila melihat keadaan Jimin menjadi begitu. Dia tak pernah tahu dan teragak pun bahawa Jimin cintakan padanya. Dan mendapat tahu pada keadaan dan situasi macam ni? Ia lagi menyedihkan.
Sebab dia pun rasa perkara yang sama.
Pada mulanya dia berdalih, tetapi perasaan asing yang kian datang dalam dirinya tatkala bertembung dengan Jimin membuatkan dia rasa lain macam.
Akhirnya sekarang, barulah dia tahu yang ianya benar merupakan perasaan cinta.
Ianya asing bagi Mia kerana dia tidak pernah menzahirkan rasa cinta nya pada sesiapa. Selama dia hidup, ianya dipenuhi dengan luka dan kesakitan.
Sehinggakan Mia rasa selesa dan lebih bagus dalam kesakitan. Ia membuatkan dia rasa puas.
Tetapi sekarang? Berlainan.
Cinta membuatkan rasa bencinya terhadap seseorang itu lenyap begitu sahaja tak kiralah bertapa teruk orang itu lakukan padanya.
Cinta membuatkan dia hanya mahukan yang terbaik untuk orang itu walaupun kebahagiaan milik orang itu memberi luka padanya.
Cinta membuatkan dia ingin mengorbankan segalanya untuk kesejahteraan orang itu.
Dan orang itu adalah Park Jimin.
Apabila memikirkan bahawa mereka tak boleh bersama dan tak akan bersama pada waktu begini, membuatkan Mia lagi sedih.
Mia perlahan-lahan mengusap tangisan pada wajah Jimin. Kemudian wajahnya mendekat pada wajah lelaki itu. Nafasnya terhenti tatkala bibirnya menyentuh bibir lelaki itu.
Hatinya rasa ringan. Kesakitan yang dia alami seakan tidak terasa. Apa yang dirasakan olehnya pada ketika itu hanyalah.. kebahagiaan.
Ciuman itu dibalas oleh Jimin. Bibir mereka bergerak menjadikan ciuman tersebut semakin dalam. Bahagian leher Mia dipegang lembut oleh Jimin hanya untuk mendalam kan lagi ciuman tersebut.
Setelah beberapa minit, mereka berhenti. Dahi bersentuhan pada satu sama lain dan nafas mereka berat.
" kalau kau betul sayangkan aku, tolong tinggalkan aku Jimin. Aku mohon. "
—
Bongcha menapak keluar daripada persembunyian nya. Dirinya kini berhadapan dengan Celine dan Jack.
Celine terhenti daripada melangkah. Matanya bertembung dengan gadis tersebut dan reaksi wajahnya berubah. Jack mula mengangkat pistol dan acukan ia pada Bongcha.
" i can help you. " Bongcha berkata dahulu. Walaupun dia masih lagi rasa teragak-agak dengan pengkhianat ini, tetapi dia cuba untuk mengetepikan perasaan tu. Dia kena bersatu dengan Celine untuk hancurkan Winston. Dia tahu hanya Celine je boleh hancurkan lelaki itu.
" Jack, let her talk. " Celine berkata pada Jack dan menariknya kebelakangnya. Jack mula menurunkan pistolnya daripada mengacukan ia pada Bongcha. Bongcha merasa sedikit lega.
YOU ARE READING
17 July.
Mystère / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...