㌓ 〉109 : truth hurts.

515 96 78
                                    


DING DONG!

Serentak, Ryunji dan Yoongi menoleh ke arah pintu rumah. Ryunji yang sedang mengunyah itu terhenti, lantas bingkas bangun tetapi pergerakkan dia dihentikan oleh Yoongi.

Yoongi memegang kemas lengan Ryunji sambil memandang gadis itu sekilas. " biar aku yang pergi lihat. " katanya dengan sukarela. Ryunji sambung mengunyah selepas dia anggukkan kepalanya, setuju. Gadis itu kembali duduk di meja makan.

Yoongi menggosok lehernya. Dalam hatinya, dia berharap bahawa gerangan tersebut bukan doktor kelmarin. Kalau ianya doktor itu— Yoongi mungkin akan rasa perasaan yang sama lagi, cemburu.

Dan dia bencikan perasaan tu.

Yoongi memulas tombol pintu itu kemudian menarik ia terbuka. Matanya membulat apabila melihat gerangan yang berdiri terpacak di hadapan pintu rumah Ryunji.

" Kyungsoo? "

Kening Yoongi bertaut, reaksi wajahnya jelas menunjukkan dia terkejut dengan kedatangan lelaki itu dihadapan rumah Ryunji. Kyungsoo melihat Yoongi yang berdiri di hadapannya dengan wajah pucat lesi. Lelaki itu juga terpana.

" kau buat apa di sini? " kedua-dua mereka menyoal soalan yang sama pada masa yang sama.

Mendengarkan suara daripada luar, Ryunji pelik kenapa Yoongi mengambil masa begitu lama nak cakap dengan posmen? Rasanya ia merupakan posmen memandangkan dia ada order beberapa senjata haram di darkweb kelmari—

" Ryunji, "  Yoongi menolak kasar bahu Kyungsoo ke arah gadis itu dengan wajah yang bengis. Dia merenung tajam ke arah gadis tersebut. Ryunji pula terperanjat apabila melihat Kyungsoo hampir tersadung di hadapannya.

" macam mana dia tahu tempat ini? " soal Yoongi dengan intonasi mendatar. Rahangnya kelihatan tegang. Yoongi mengacip giginya menahan geram.

Kyungsoo tertawa kecil sebelum dia melirikkan matanya ke arah Yoongi. Pandangannya nampak sinis. Yoongi mengepal penumbuknya. " Patutnya soalan itu yang aku perlu tanya pada Ryu. " sambung Kyungsoo, sekali lagi dengan kata-kata sinisnya.

Ryu..?

Ryu.

Macam mana sepupunya ini dapat memanggil Ryunji dengan nama panggilan? Yoongi tak pernah buat macan tu.

Yoongi mengetap bibirnya, menahan geram. Mood paginya hancur kerana kedatangan Kyungsoo. Dalam hatinya telah menyumpah saranah Kyungsoo daripada dia lahir sehingga sekarang.

Ryunji yang memihat Yoongi ingin meletup itu, dia terus menenangkan kedua-dua pihak sebelum perkara menjadi lebih teruk.

Ryunji melirikkan matanya ke arah Yoongi. Dia memberi isyarat untuk lelaki itu behave dengan perangainya. Tetapi posisi Yoongi masih lagi tak berubah daripada tadi.

Ryunji tahu Yoongi ini baran.

" dia penyelamat aku, jangan marahkan dia. " jelas Ryunji  lagi, apabila menyedari keadaan menjadi sangat janggal. Yoongi tertawa mengejek, tak percaya dengan kata-kata gadis itu.

" dia penyelamat kau? funny. " tawa Yoongi bersisa. Ryunji hanya berikan dia pandangan yang tajam. Kyungsoo yang sedar dia muncul pada waktu yang salah menggaru belakang lehernya.

17 July.  Where stories live. Discover now