" what a horrible smell! "
Celine melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dengan kerutan diwajah sambil mengipas-ngipas tangan dihadapan hidungnya. Jack yang juga ada di sebelahnya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena sebaik sahaja mereka memasuki ruang bilik milik adik teman wanitanya ini.
" step back, " Jack mendepakan tangan di hadapan tubuh Celine menyebabkan wanita itu terhenti langkahnya. Dia memandang wajah Jack dengan penuh tanda tanya. Bongcha yang ada di sisi mereka dipandang sekilas. Nampak gadis itu seakan terkejut juga.
" aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. " katanya perlahan dan mengatur langkah ke dalam bilik itu dengan penuh berjaga-jaga. Celine memeluk tubuhnya lalu memandang sahaja teman lelakinya itu daripada posisinya, tak berganjak seperti apa yang dikatakan oleh Jack itu. Bongcha memandang dia dengan ragu-ragu.
Jack diperhatikan oleh ke dua perempuan itu dengan penuh sabar. Kelihatan dia mengeluarkan pistolnya lalu diacukan ke arah katil milik Winston. Matanya membesar sedikit. Celine yang menyedari reaksi Jack berubah terus meluru ke arahnya. Matanya tajam memandang Jack. " apa yang tak— " perlahan-lahan matanya dilirikkan pada katil kepunyaan Winston.
Celine terkejut. Bahunya terhinjut dan nafasnya tersekat. Dia terus menekup mulutnya dengan kening dia bertaut. Dia hampir terjatuh kerana kakinya terasa lemah tetapi nasib baiklah Jack memeluk tubuhnya daripada belakang; menenangkan dia. Badan perempuan itu mengigil apabila melihat keadaan adiknya dihadapan dia itu.
Winston berada dalam keadaan baring; sama seperti dia tidur. Badannya dibaringkan dalam keadaan melentang namun matanya terbelalak terbuka. Mulutnya ternganga sedikit dan ia mengalirkan darah yang masih lagi segar daripadanya. Katil dia penuh dengan cecair darah mereah yang likat. Ia seakan membuat cadar katil yang berwarna putih itu sebenarnya merah. Bahagian dahi, tekak dan dada ada kesan tembakan. Malah pada kesan tembakan itu juga ada cecair darah yang mengalir likat.
" Winston?... " Celine akhirnya terduduk. Badan nya masih lagi mengigil kerana terkejut akan perkara yang menimpa adiknya itu. " h-how..? " katanya dengan nada yang serak.
Bongcha dengan selamba berjalan masuk ke dalam ruangan bilik Winston. Reaksinya berubah seratus peratus dan dia juga terkejut dengan apa yang terjadi pada lelaki itu. Matanya terbeliak memandang tubuh Winston yang tidak bernyawa lagi itu.
" tak mungkin.. " katanya perlahan dan meluru ke arah Winston. Dia melihat tubuh Winston daripada hujung embun rambutnya sehingga ke hujung jari kakinya. Jack hanya memerhatikan reaksi Bongcha dengan senyap sambil dia menenangkan Celine.
" ini kes pembunuhan. " Bongcha memandang ke arah Jack dan Celine. Celine kemudian nya menarik nafas yang panjang lalu melapaskan ia. Dia mengesat air matanya dengan kasar sehingga ia tidak kelihatan lagi. Meskipun sudah diseka, bekas merah pada bahagian hidung dan pipinya tetap kelihatan. " you think it was a suicide huh? Of course ini kes pembunuhan. " katanya dengan nada yang mendatar membuatkan Bongcha menunduk. Celine menghiraukan Bongcha kemudian meluru ke arah mayat Winston tersebut. Jack membuntuti nya daripada belakang.
" pembunuhan ini baru sahaja berlaku. " jelas Jack pendek sambil memandang ke arah Celine. " pembunuh mesti ada dekat sahaja di sini. " balasnya lagi dan Celine mula terdiam. Dia memandang wajah Jack sekilas kemudian menghala ke arah Bongcha. Melihat pandangan wanita itu padanya, membuatkan Bongcha terkejut.
" Kang Bongcha, " Bongcha menjungkitkan keningnya apabila mendengar Celine memanggil namanya. Jack juga perlahan-lahan melirikkan matanya ke arah Bongcha.
" Do you know who might be the one who murdered my brother? " Celine menghadiahkan pandangan yang begitu tajam pada Bongcha, menunggu jawapan. Jack menundukkan kepalanya sedikit; memandang ke arah Celine. Macam pelik kerana wanita itu tak dapat ke hint yang dia berikan tadi? Tetapi Celine hanya mengendahkan dia.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...