㌽ 〉53 : kill.

795 155 214
                                    

Sehun sedaya upaya cuba untuk mengejutkan Kiara daripada tidak sedarkan diri tetapi nampaknya usaha dia seperti sia-sia. Wajah Kiara pucat, darahnya seperti tidak mengalir. Seulha yang melihat mula cemas apabila mendapati gadis itu seakan tidak bernyawa lagi.

Cukuplah dia lihat Hanako mati dihadapan nya. Dan kini, kawan sekumpulan Hanako pula? Jika dia tidak dapat selamatkan Hanako, sekurang-kurangnya boleh lah dia selamatkan Kiara.

Terus, Seulha melutut di sebelah Kiara kemudian memeriksa nadinya. Hoseok yang melihat terkejut apabila pasangannya berkelakuan sedemikian. Sepatutnya dia perlu bergembira memandangkan pengunguman tadi mengatakan dengan membunuh orang para pemain akan mendapat point lebih.

Namun Seulha nampaknya tidak kesah tentang point tersebut. Itu membuatkan Hoseok baran.

" nadinya masih berdenyut, " Seulha memandang ke arah Sehun dan menyedari lelaki itu telah memandangnya daripada tadi. " dia masih lagi hidup. " jelasnya dan Sehun menarik nafas lega.

" nafasnya mungkin tersekat kerana cekikkan tadi. " Seulha menjeling ke arah Hoseok, memberi tanda untuk lelaki itu datang menolongnya di sini. Tetapi Hoseok seakan tidak mahu. Dia hanya memberikan Seulha pandangan yang biasa. Pandangan dingin.

" lakukan CPR untuknya. " gesa Seulha dan Sehun memandang ke arah gadis itu dengan pandangan yang resah. " kau pasti dengan lakukan CPR saluran nafas nya akan stabil semula? " Sehun menyoal dan Seulha pantas mengangguk.

" aku positif dia akan bangun jika kata-kata aku benar. " tambah Seulha membuatkan Sehun memgangguk perlahan. Demi Kiara bangun, dia akan lakukan apa sahaja. Lagipun dia terhutang banyak terhadap gadis itu dan gadis itu juga merupakan pasangannya.

Itu tanggungjawab dia.

Sehun mendongakkan dagu Kiara menghadap ke atas dan mula melentang kan gadis itu. Dia menarik nafas dan wajahnya mendekati wajah gadis tersebut. Tak sampai beberapa sentimeter dengan bibir gadis itu Hoseok terlebih dahulu menolak Sehun ke tepi.

" kau memang lembap bila buat kerja."

Hoseok yang kini sudah duduk melutut berdekatan Kiara kini melakukan CPR terhadap gadis itu tanpa sempat Sehun membalas kata-katanya. Lambat lah sangat, dia rasa pergerakkan nya memang amat laju dan tak berlengahkan masa.

Seulha hanya memandang ke arah Hoseok yang sedang melakukan CPR itu. Tanpa dia sedari, dirinya tersengih melihat lelaki di hadapan nya itu. Perasaan tak dapat dibaca, malah pergerakkan dia juga tak dapat dijangka. Lelaki jenis apa lah.

Egois benar.

Di depan matanya, dia dapat melihat bahawa lelaki bernama Hoseok, sekumpulan dengan Bangtan ni harap sahaja nampak dingin dan tak senang untuk didekati. Tetapi dia sendiri dapat lihat, jauh di dalam sudut hati lelaki ini dia akan ada seseorang yang membuatkan ego dia itu menurun dan dia juga sering sekali menunjukkan perasaan dan emosinya pada orang itu.

Dan orangnya adalah Kiara.

Jelas benar.

Hoseok menyalurkan lagi udara daripada mulut Kiara dan akhirnya gadis itu terbatuk-batuk. Kiara mula terjaga dan wajahnya berkerut seribu apabila melihat sekelilingnya. Batuknya tak reda, dia asyik batuk, batuk dan batuk. Ia langsung tidak berhenti.

Sehun di sebelahnya cuba menenangkan dia. Kiara memandang ke arah Sehun dengan mata yang berair sambil sebelah tangannya menekup mulut dia. Tangan kanannya memegang erat tangan Sehun yang mengusap belakangnya itu dengan erat. Wajahnya benar-benar menunjukkan bahawa dia dalam kesakitan.

Hoseok pula hanya memandang Kiara berkelakuan sedemikian. Matanya jatuh pada tangan Kiara yang memegang erat tangan Sehun. Ia bersambung sempurna. Dia menggulingkan anak matanya ke atas sebelum mengesat mulutnya.

Kiara memusingkan wajahnya kebelakang dan dia akhirnya termuntah. Banyak lendir-lendir putih keluar daripada rongga tekaknya. Begitu banyak sehinggakan Seulha menolong untuk memegangkan rambutnya kebelakang agar ia tidak terkena dengan isi muntah tersebut.

Setelah habis muntah, Sehun dengan pantas menghulurkan botol air nya ke arah Kiara. Kiara yang sedang mengesat mulutnya itu mengukirkan senyuman lemah ke arah Sehun lalu mencapai huluran botol air tersebut. Dengan pantas, dia meneguknya.

" hey, perlahan-lahan. " tegur Sehun dan Kiara mendengar tegurannya itu. Dia mula meneguk air itu perlahan-lahan. Setelah rasa pahit di dalam mulutnya itu hilang, dia hulurkan semula botol air ke arah Sehun semula.

" Thanks, hun. " kata Kiara dan Hoseok tersengih mendengar panggilan singkatan yang Kiara berikan pada Sehun itu. Geli-geliman dia dibuatnya.

" kau yakin kau tak mahu aku bunuh dia? " Hoseok tiba-tiba menyoal membuatkan yang lain memandangnya. Seulha memberikan pandangan yang tajam ke arah Hoseok; tanda amaran. Tetapi Hoseok hanya endahkan gadis itu. Dia kembali melihat ke arah Kiara yang sedang memandangnya dengan wajah yang terkejut.

" excuse me? " Kiara menyoal dan dadanya dipegang. Dia menyanggul rambutnya pada messy bun dan Hoseok tak boleh tolong dirinya daripada merenung segala tindakan nya. " kau nak bunuh aku? " soal Kiara lagi.

" setelah apa yang kau cuba buat pada Sehun tadi, ya aku mahu bunuh kau. " Hoseok berbalas pandangan dengan Kiara. Pandangan mereka bertaut bagaikan laser yang keluar daripanyanya. Kalau lah pandangan itu sudah membunuh, sudah tentu mereka berdua sudah lama menjadi arwah. All— okay, off topic.

" sejak bila kau kes— " belum sempat Sehun menghabiskan ayatnya, Hoseok terlebih dahulu memotong ayat lelaki itu. Wajahnya memandang ke arah Seulha dengan pandangan yang sukar ingin ditafsirkan.

" mind beritahu perempuan ini apa yang terjadi tadi, Seul? " soal Hoseok dengan wajah yang terukir senyuman yang dibuat-buat. Wajah Seulha terkejut apabila melihat Hoseok melakukan sebegitu padanya. Dia tidak sedar yang dia di mention pula oleh lelaki itu secara tiba-tiba memandangkan dia tidak terlibat.

Kini Kiara, Sehun dan Hoseok memandang ke arahnya menunggu jawapan. Hoseok menggesa dirinya untuk menjawab menakala Sehun menggesa dirinya untuk tidak memberitahu apa sebenarnya terjadi. Pada situasi begini, Seulha seakan keliru dengan mana satu yang patut dia lakukan.

Tetapi memandangkan dia merupakan pasangan Hoseok, jadi dia akan menyetujui Hoseok.

" kau mahu membunuh pasangan kau sendiri, iaitu Sehun. "

Sehun facepalm dirinya.

17 July.  Where stories live. Discover now