Ryunji membuka pintu rumahnya selesai sahaja dia memasukkan kod kunci. Dia memandang Yoongi sekilas sebelum mengajaknya masuk bersama dia.Yoongi mengekori Ryunji daripada belakang, tak cakap banyak.
Tetapi dalam hati lelaki itu hanya dia seorang sahaja tahu bertapa dia mahu memeluk Ryunji daripada belakang, mendakap gadis itu erat dalam peganggan nya dan membisik kata-kata yang selama ini dia mahu katakan pada nya.
Tetapi dia kena tunggu. Tunggu lagi.
Ryunji menemui seorang lelaki di ruang tamunya, kelihatan ada beg disisinya membuatkan Ryunji tersenyum nipis.
Hansung tahu tentang keadaannya. Tahu sangat.
Hansung yang duduk bersilang kaki itu terus bangun apabila melihat Ryunji pulang bersama Yoongi. Matanya melirik ke arah Ryunji yang memberi isyarat padanya tentang kehadiran Yoongi.
Jadi inilah Yoongi yang sering Ryunji ceritakan? Good looking.
Dia mengukirkan senyuman pada lelaki itu apabila Yoongi berbalas pandangan dengannya. Yoongi mengukirkan senyuman nipis pada Hansung. Rasa malu pula dirinya kerana telah salah faham dengan hubungan Ryunji dan Hansung.
Ryunji telah menceritakan segalanya tentang Hansung pada dia sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah. Oleh itu, Yoongi lebih faham identiti Hansung sebenarnya.
" aku kena pulang, ada hal di makmal. " kata Hansung pada Ryunji membuatkan Yoongi tersedar daripada lamunannya. Wajahnya melembut apabila mendengar lelaki tersebut ingin beredar.
Sebolehnya dia mahu masa berseorangan bersama Ryunji. Seboleh-bolehnya.
Ryunji mengangguk perlahan. " terima kasih professor. " katanya singkat dan Hansung membalasnya dengan senyuman. Lelaki itu melangkah pergi daripada ruang tamu tersebut dan Ryunji melabuhkan punggungnya pada sofa apabila mendengar bunyi lock pintunya tertutup.
Dan sekarang, dia ditinggalkan oleh Yoongi. Min Yoongi. Seorang diri.
Ryunji menelan air liurnya apabila memikirkan tentang hal itu buat sejenak. Dia membetulkan cara duduknya apabila merasakan Yoongi duduk disebelahnya.
" So, kau boleh beranak? "
Ryunji mengangkat wajahnya memandang Yoongi dengan pandangan yang tak percaya. Terkejut juga ada. Yoongi memandangnya dengan pandangan sinis, dia tersengih kecil sambil menolak bahagian pipinya dari dalam menggunakan lidah.
Jelas sekali Yoongi mengusik Ryunji. Gadis itu sedar.
Dia hampir terlupa bertapa annoying nya lelaki sewaktu di Pulau Dements. Dan bertapa bencinya dia dengan kehadiran lelaki yang suka mengusiknya itu.
Tetapi dia masih menikmati sepenuhnya kehadiran Yoongi.
" kau nak anak dengan aku ke? " kening dijungkitkan kepada lelaki tersebut. Yoongi menyengetkan wajahnya. Dia tertawa.
" sudah tentu. " jawabnya ringkas, tak mengambil masa lama untuk lelaki itu memikirkan ia. Tetapi Ryunji rasakan ianya hanyalah gurauan.
" Too bad, Min Yoongi. Aku tak boleh beranak. " Ryunji mengangkat bahunya. Dia membuat muka tak bersalah dan Yoongi tersenyum simpul.
" I'm okay with it. We can fuck right now and I don't have to use condom. " Yoongi mengusik lagi, bibirnya dibasahkan sebelum dia mengukirkan senyuman sinis. Ryunji tertawa.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...