Sarang berdecit. Dia memandang ke arah langit semula. Lelaki di sebelahnya ini memang susah nak mati ke? Bukan ke dia dah tembak dua kali pada Lelaki itu?Tetapi entah kenapa, sedikit sebanyak Sarang berasa lega yang Taehyung masih hidup.
" kenapa kau tak bunuh je aku sekarang? "
Soalan yang terpancul pada mulut Taehyung membuatkan Sarang tersentak. Perlahan-lahan mata Sarang dilirikkan ke arah lelaki itu. Taehyung masih mengekalkan pandangannya pada langit, menongkat dagu lagi.
" oh nak ke?. "
Taehyung senyum kecil. Dia memandang ke arah Sarang melalui sudut matanya.
" aku anggap kau remeh dan khianat kau. Takkan benda tu tak sakitkan hati kau? "
" well, kalau aku tak sakit hati macam mana kau boleh terluka? "
Taehyung terdiam lalu memandang ke arah bahunya. " ini kau kata marah? Ianya terlalu kecil. " Taehyung berkata dengan nada mengecilkan Sarang.
Sarang mengetap bibir. " kau jangan cabar aku, " katanya kemudian dia mengepal tumbuknya. Bersedia untuk dilayangkan ke wajah Taehyung. Taehyung tertawa.
Kemudian suasana kembali sunyi. Hanya kedua insan memandang ke arah langit. Hanyut dalam minda sendiri.
" nak tangan. "
Sarang mengeluh. " jangan nak mengaru— "
Belum sempat dia ingin habiskan kata-katanya, Taehyung sudah pun meraih tangan gadis itu dengan lembut. Menganggap bahawa tangan gadis itu seakan kaca yang mudah pecah.Sarang pula mula rasa sesak nafas. Seorang lelaki memegang tangannya. Ianya tak mungkin. Oleh kerana dia merupakan seorang yang paranoid dengan lelaki, dia tak boleh berdepan ataupun bersentuhan dengan lelaki.
Tetapi Taehyung seperti nya membuatkan dia dapat atasi sedikit demi sedikit.
" Taehyung, lepas lah. " Sarang berkata sambil menarik tangannya daripada peganggan lelaki itu. Tetapi Taehyung tidak lepaskan dan sebaliknya, dia mengeratkan lagi peganggannya pada tangan gadis itu. Berkerut dahi Sarang dibuatnya.
" tarik nafas dalam-dalam, " Taehyung mengarah dan Sarang menjungkitkan kening. Wajahnya keliru dengan apa tang dikatakan oleh Taehyung. Taehyung pula hanya memandang ke arah Sarang dengan pandangan meyakinkan.
" Taehyung, kalau kau nak berg— "
" tarik nafas, aku takkan ulang lagi benda ni Sarang. " Taehyung memberi amaran. Kata-katanya kedengaran begitu mendatar daripada biasa dan Sarang mula mengeluh.
Oleh kerana dia malas nak memanjangkan cerita, Sarang hanya akur dengan kata-kata Taehyung.
Dia menarik nafas yang panjang. Rasa paranoidnya membuatkan dia rasa menggeletar. Seluruh badannya menggigil. Taehyung sedar, tetapi dia hanya mendiamkan sahaja.
Sarang cuba menarik nafas lagi. Kali ini, dia menarik nafasnya begitu dalam dan benar-benar panjang. Dia mengumpulkan segala nafas, kemudian dilepaskan.
Rasa paranoidnya mula berkurangan. Dia rasa kurang menggeletar.
Taehyung mengusap tangan Sarang. Lembut sahaja pergerakannya. Sarang menarik nafas lagi. Di dalam mindanya terkenang akan memori pahit yang di alaminya dahulu. Pukulan, rentapan dan hirisan membuatkan rasa paranoid nya semakin bertambah semula. Dahi Sarang bertambah berkerut dan dia mengetap bibirnya.
YOU ARE READING
17 July.
Misteri / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...