Semuanya sudah tamat.Tubuh Winston rebah. Bagaikan dunia menjadi perlahan, darah terpancut keluar daripada dahi lelaki itu. Mata Winston terbuka besar seakan ingin tersembul keluar. Kepala Winston terkebelakang, kemudian badannya tidak stabil dan menghempas tanah.
Darah mengalir keluar, membuak-buak. Ia membanjiri bahagian kepala Winston.
Di situ, Bangtan masih lagi merenung keadaan Winston. Wajah mereka kosong. Tiada perasaan.
Asap keluar daripada pistol Yoongi, hasil daripada tembakan yang dia baru sahaja lepaskan. Tangan Yoongi dikebawahkan dan matanya tak lepas daripada merenung Winston.
Winston mati dalam keadaan yang begitu tragis dan memalukan.
Kiara hanya memerhatikan. Begitu keringnya hati mereka.
Serba sedikit, ia mengingatkan dia tentang bekas tunangnya.
Kematian bekas tunangnya.
Keadaannya sama seperti apa yang dilakukan oleh Bangtan.
Pandangan Kiara menjadi berpinar-pinar. Dia mula rasa tidak sedap badan dan kepalanya sakit. Nafasnya berat.
Hanako yang menyedari keadaan Kiara itu terus menyoal gadis itu dengan soalan yang bertubi-tubi. Tetapi Kiara tak dapat memproses soalan itu. Dia dalam paranoia.
Matanya berkaca. Kiara menggelengkan kepalanya. Dalam mindanya ada satu ayat berulang-ulang.
Hoseok bukan macam tu, Hoseok bukan macam tu, Hoseok bukan macam tu.
Kiara terus memusingkan tubuhnya. Dia berjalan ke arah yang bertentangan. Tak mahu berada di kawasan itu lagi. Pandangan dia semakin kabur. Dia pening. Air mata mengalir pada permukaan pipinya. Langkahnya dilajukan.
Kiara tak sedar Hanako menjerit namanya berulang kali, tetapi Kiara tak dapat mendengarnya.
Mayat di merata tempat langsung tak membantu Kiara untuk menenangkan diri. Kiara memejamkan matanya erat. Dia mencangkung kemudian menekup wajahnya.
Paranoia nya ini, memakan dirinya serba sedikit daripada mempercayai Hoseok.
—
" Lets go, kita kena pergi daripada sini cepat. "
Arah Seokjin apabila dia melihat darah yang tidak habis-habis mengalir daripada dahi Winston yang sudah berlubang akibat tembakan Yoongi tadi.
Yoongi sudah berlalu pergi. Kelihatan dia sedang bercakap dengan seseorang melalui mikrofonnya. Barangkali dengan orangnya.
Menakala Hoseok meraup wajahnya, melepaskan keluhan. Jimin pula sudah menyimpan pistolnya dan Taehyung kelihatan puas.
" Aku tetap mahukan organ dia. Aku mahu berikan ia pada anjing– oh tak, pada khin— " belum sempat kata-kata Taehyung dihabiskan, Jimin sudah pun menekup mulut Taehyung. Perlahan-lahan Jimin menggelengkan kepalanya pada Taehyung.
Taehyung menolak tangan Jimin daripada mulutnya. Keluhan berat dilepaskan dan Taehyung mula mengorak langkah pergi diikuti Jimin dan Hoseok.
YOU ARE READING
17 July.
Mystère / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...