㌶ 〉55 : true love.

843 145 197
                                    

Areum memandang sekeliling dengan pandangan yang sungguh berhati-hati. Tak silapnya, tadi dia ada dengar bunyi hentakan dinding berulang kali. Jadi, sudah tentu ada beberapa orang berkeliaran di sekitar itu.

Chanyeol yang berada di sebelahnya juga berada dalam keadaan yang bersedia. Dia juga menjaga sisi Areum. Matanya tajam memandang sekeliling.

" mari pergi ke arah punca bunyi tadi. " ajak Areum dan Chanyeol hanya mengangguk perlahan. Mereka mula mengatur langkah, menuju ke arah punca bunyi tersebut. Adakah ianya bunyi daripada seseorang yang sedang bertelingkah?

Bercakap tentang orang yang bertelingkah, Areum terus teringatkan kawan-kawannya. Adakah mereka masih hidup? Ataupun tidak?

Walaupun dia baru mengenali mereka tak sedalam mana, tetapi Areum tahu yang mereka merupakan pembunuh dan juga penjenayah yang sungguh hebat. Ya, harap-harapnya mereka semua dapat atasi game kali ini dengan cemerlang.

" Situ, " Chanyeol tiba-tiba berkata membuatkan Areum terjaga daripada lamunan nya. Matanya memandang ke arah apa yang Chanyeol tunjuk itu dan perlahan-lahan matanya membulat.

Itu.. Jimin, Yoongi dan Do Kyungsoo kan?

Tetapi kenapa Jimin diikat? Bukan ke Jimin merupakan salah seorang daripada ahli Bangtan dan Yoongi juga berada disitu.

Kejap, adakah mereka ingin membunuh Jimin?

" hey. " Areum terus melangkah keluar daripada sebalik tembok tersebut. Chanyeol mahu sahaja mencarut apabila melihat gadis itu melakukan keputusan tanpa berbincang dengan nya.

Areum mengeluarkan shotgun nya kemudian di acukan ke arah Yoongi dan Kyungsoo. Wajahnya tegang. " apa yang kau orang buat pada dia? " soal Areum dengan kening yang dijungkitkan. Wajah Kyungsoo melembut apabila melihat Areum memandang ke arah Jimin dengan pandangan berkerut. Dia tersengih menakala Yoongi hanya mampu meramas rambutnya.

" selamatkan diri kitorang. " katanya sepatah dan Yoongi mula mengangkat pemukul baseballnya setinggi yang boleh kemudian menghentak pintu itu sekali lagi. Areum seakan terkejut dengan tindakan Yoongi itu.

" what the fuck. " Areum menurunkan shotgunnya kemudian menghampiri Yoongi. " stop, apa yang kau cuba nak buat ? "

" trying to save your friends? " Yoongi kembali menghanyunkan lagi kapaknya pada permukaan dinding tersebut. Wajahnya fokus pada apa yang dia lakukan ketika itu. Segala tenaganya dicurahkan.

Kyungsoo menggulingkan anak matanya kemudian mula mengeluarkan sesuatu daripada dalam begnya.

" kau nak pecahkan dinding itu bukan? " Kyungsoo menyoal dan Chanyeol berdiri dibelakangnya. Yoongi terhenti daripada menghayun kemudian memandang ke arah Kyungsoo. " ya. " jawabnya pendek dan Kyungsoo tersengih.

" mari bom kan nya sahaja. "


Aejun dan Athena melangkah keluar dengan cukup bersedia. Jangkaan mereka tepat memandangkan dihadapan mereka kini kelihatan dua lelaki yang dikenali sebagai mafia terbesar di Korea.

Aejun seakan terpana. Yalah kan, baru kali pertama bersua muka dengan mafia yang cukup terkenal itu sehinggakan ber-eye contact. Memang tidak boleh percaya betul.

Tetapi bukan Athena. Dia tetap mengekalkan wajahnya yang tegang dan cukup serius. Dia langsung tidak rasa sedikit bangga mahupun terkejut berhadapan dengan kedua mafia itu. Baginya, mereka hanya sama sahaja sepertinya. Sama kejam, sama pakar.

Athena tahu yang dia dapat melawan kedua mafia ini jika dia percayakan kebolehan dirinya.

" well, well, look what we have here? " Taehyung bermain dengan pistolnya. Dia memusing-musingkan pistol tersebut pada hujung jarinya. Langsung tak takut jika andai kata dia tertarik picu pistol tersebut.

17 July.  Where stories live. Discover now