Kiara menjerit dengan begitu lantang. Dia dapat merasakan tubuhnya terjatuh daripada tempat yang tinggi. Sebelum ini, ia hanya berlaku dalam mimpinya sahaja, tetapi yang mengerikan dirinya sekarang ini adalah ianya kini berlaku secara reliti; terhadapnya. Kiara dapat merasakan tubuhnya semakin lama semakin jauh ke dalam curam tersebut.
Dia mula berdoa dalam hatinya agar dia tak akan mati pada ketika ini. Dia berharap bahawa ini semuanya mimpi dan dia boleh bangun di atas katil yang bersaiz queen yang amat empuk di samping orang yang dia sayangi iaitu J--
" Hey, Kiara."
Nafas Kiara tersekat apabila dia mendengari ada seseorang memanggilnya membuatkan bahunya terhinjut. Buat seketika, Kiara tak merasakan dirinya terjatuh lagi. Dia mula bernafas berat semula. Adakah dia dah mati? Oleh kerana itulah malaikat maut memanggil--
" bangun lah betina."
Kiara gasp dengan begitu dramatis sekali. Bertapa kurang ajarnya Malaikat ini?! Dia terus membuka kelopak matanya lalu memandang ke arah si empunya suara tersebut. Makian yang ingin di keluarkan daripada muulutnya terbantut apabila melihat Ryunji di hadapannya. Wait, what?
" turns out, Ara hanya bergurau sahaja. " Areum yang ada di sebelah kanannya pula menyampuk membuatkan Kiara jauh lebih terkejut. Tuhanku, sumpah hatinya asyik terkejut sahaja daripada tadi. Entah kalau lepas ini ada lagi yang mengejutkan dia, dia pasti akan goal terus.
Ryunji menarik tangan Kiara untuk membangunkan gadis itu. Wajah Kiara kelihatan pucat lesi membuatkan Areum dan Ryunji hampir tertawa, tetapi mereka tahan. Kiara hanya memberi pandangan yang tajam ke arah mereka berdua.p
"mind to explain apa yang terjadi sebenarnya?" Kiara mengangkat keningnya pada Ryunji dan kemudian dia melirikkan pandangan nya ke arah gadis yang melepaskan peganggan dia tadi. " terutama sekali kau, Am Ara. " dengan pandangan yang maut, dia memandang gadis itu.
Am Ara tertawa perlahan lalu dia mengangkat bahunya sedikit. " curam itu tidak dalam pun sebenarnya. Oleh kerana gua ini gelap, sebab itulah ia kelihatan seperti dalam. " jelasnya dengan panjang lebar cukup membuatkan Kiara faham dengan pernyataan nya. Tetapi gadis itu masih tak puas hati juga. Dia berasa sungguh dikhianati apabila Ara melepaskan tangan nya secara sengaja begitu sahaja. Tuhanku, dia hampir-hampir mempercayai yang dia akan mati!
" maafkan aku, tetapi somebody need to learnt something. " Ara mengenyit matanya lalu meluru ke arah Hanako yang sedang memeriksa kawasan sekitar mereka dengan obor-obor kayu nya itu. Kiara mendengus perlahan sebelum menepuk-nepuk bajunya yang kotor.
" Chill, Kiara. it's just a joke." Areum menepuk bahu gadis itu dengan lembut. Senyuman manis diukirkan padanya.
" guys, look at this. " Hanako berkata dengan cara membisik cukup membuatkan perhatian mereka tertumpu padanya. Ryunji, Kiara dan Areum memandang ke arah dua gadis itu sebelum meluru ke arah mereka. Flashlight dihidupkan semula.
Ara menyuluhkan flashlightnya ke arah bawah mereka; iaitu tanah yang mereka pijak itu. Tanah itu berwarna hitam, seperti arang batu. Kening mereka semua bertaut dengan penuh curiga. Ara memandang Hanako sebelum matanya memandang yang lain.
" this is something else. " katanya perlahan dan Kiara meneguk air liurnya.
" ada.. daun kering di sini. " kata Hanako perlahan seraya mengatur langkah ke hadapan sedikit dan mencapai sesuatu daripada tanah tersebut. Kelihatan ianya merupakan sekeping daun yang kering. Daun tersebut berwarna kecoklatan perang. ia juga mempunyai bentuk yang amat pelik. Ara mengerutkan dahinya; perasaan nya kuat mengatakan ada sesuatu berdekatan dengan mereka.
Ara kemudian nya mengundurkan dirinya ke belakang sedikit demi sedikit. Matanya melihat tanah yang mempunyai serbuk arang itu. Akhirnya, dia kini menyedari bahawa tanah hitam yang seumpama arang itu merupakan tanah tambahan sahaja.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...