Seokjin duduk di tepi pantai sambil memandang ke arah pemandangan laut. Pukulan ombak laut malam itu kadang kala membuatkan pemikiran Seokjin terhanyut. Dia memejam matanya buat hampir beberapa minit.Dalam fikirannya, terdapat banyak perkara yang dia fikirkan. Masalah yang dia bakal hadapi, bukanlah boleh di bawa main. Ia melibatkan nyawa— hidupnya. Juga, kata-kata Namjoon pagi tadi sering berlegar-legar dalam pemikirannya.
Sejujurnya, kata-kata Namjoon ada betulnya juga.
Selain memikirkan perkara yang dia bakal hadapi dan ingin kecapi, bagaimana dengan masa hadapannya? Pengakhiran hidupnya? Adakah dia mahu mati dalam keadaan yang berseorangan? Hati kering, senjata dan darah mangsanya di dalam diri dia? Itu sahaja kenangan dia sewaktu dia hidup?
Tapi dia masih ada kawan-kawannya. Ya, dengan adanya kawan dia sahaja sudah mencukupi. Dia tak perlukan orang lain lagi. Merekalah keluarga dia. Selamanya. Itu sahaja.
Tapi benar ke... cara ini betul?
" oh, Seokjin? "
Kelopak mata terbuka. Suara tu.
" hai. " Areum munculkan kepalanya dengan posisi yang senget pada penglihatan Seokjin. Senyuman kecil di ukirkan ke arah pemuda itu. Seokjin terkejut dengan keberadaan gadis itu, tetapi dia kekal tenang.
" Areum, Hai. "
Areum memakai cardigan daripada kain sutera yang panjang sehingga ke lututnya. Rambutnya di ikat dengan stail messy bun. Mukanya langsung tidak tertacap dengan alat solek seperti selalu. Selalunya dia pakai, tetapi ianya hanya light make up sahaja. Tetapi sejujurnya, sama ada gadis ini memakai make up atau tidak, wajahnya masih sama. Berseri seperti biasa.
God, Seokjin.. what the hell?
" apa? " Areum menyoal sambil berkerut wajahnya. Seokjin mula perasan yang dia sebenarnya sedang merenung gadis itu.
Lekas, Seokjin memandang ke arah hadapan semula. Uh, malunya apabila di tangkap merenung gadis itu. Mesti gadis itu fikir yang dirinya ini pervert.
" kenapa pagi tadi korang takde semasa perjumpaan? "
Seokjin melirikkan matanya ke arah Areum. " kenapa? Celine marah? " soal nya terlebih dahulu dan Areum terbatuk. Seokjin hanya melihat. Batuk gadis itu jelas kelihatan palsu. " takdelah, aku saja tanya. Alah jawab jelah. " jelas Areum dengan kerutan pada dahinya.
" ha. " Seokjin memandang ke arah laut. " aku ada hal dengan squad aku. Salah sorang daripada squad aku cedera. " jelas Seokjin jujur— sikit.
Dia sebolehnya ingin mengelak dirinya daripada menipu dengan gadis itu. Dia tahu gadis itu naif dan akan mempercayai segala kata-katanya dengan mudah.
" oh.. dia okay? "
" boleh lah.. dah stop bleeding. "
" baguslah. "
Suasana sunyi. Areum mengigit lidahnya, memerah otak ingin mencari topik untuk dibualkan lagi. Seokjin nampak seperti tak ada mood ingin berbual dengannya. Sejak kebelakangan ini juga sama. Lelaki ini seperti ingin larikan diri daripada dia.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...