㌢ 〉36 : smile.

1K 233 448
                                    

Kiara bersumpah pada pokok keladi yang ada dihadapan nya.

Dia kini sedang menyorok di bahagian belakang pokok tersebut. Memandangkan pokok itu lebih besar daripada badannya, dapatlah dia menyorok di sebalik ia. Hatinya rasa tak tenang apabila melihat kelibat Hoseok yang sedang merokok dihadapan biliknya.

Oleh kerana bilik Kiara selang satu bilik daripada bilik Hoseok, dia terpaksa berjalan dihadapan bilik lelaki itu. Tetapi memandangkan situasi yang telah dia hadapi sebelum mereka berpisah di rumah perhentian mereka tadi teramatlah janggal.

Buat pertama kalinya dia rasa malu dengan lelaki. Dia bencikan rasa ini. Boleh dikatakan hampir sejam dia duduk mencangkung dibelakang pasu pokok tersebut. Yang hanatnya, Hoseok merokok hampir satu jam! Bukang seputung dah tu, hampir dua sekarang!

Lemak pipinya digigit daripada dalam. Keningnya bertaut. Sudahlah dia nak terkucil di situ memandangkan dia makan banyak di bilik Sarang tadi.

" uhm, Kiara? "

Terhinjut bahu Kiara apabila mendengar tiba-tiba sahaja ada seseorang memanggil nama dia. Dia terus memandang ke arah si empunya suara tersebut dan matanya membulat sedikit apabila melihat Angulo sedang menghadap dirinya dengan wajah yang begitu pelik.

" kenapa kau mencangkung di situ? " soal gadis itu lagi membuatkan Kiara terus membuat tanda senyap padanya. Dia melihat semula ke arah lelaki yang diperhatikan nya itu, kelihatan Hoseok sudah pun memandang ke arah Angulo. Namun wajahnya berkerut seribu. Barangkali kerana dia tak nampak Kiara yang sedang menyorok di sebalik pokok keladi tersebut.

"  are you stalking someone? " Angulo menjungkitkan keningnya ke atas. Nadanya juga ditinggikan sedikit membuatkan mata Kiara membesar. Jari telunjuknya dilekatkan lagi pada bibirnya tanda menyuruh gadis itu senyap. Habislah dia.

" Angulo-shi, " Hoseok memanggil membuatkan Angulo memandang ke arah lelaki tersebut. Air mukanya berubah apabila melihat Hoseok yang sedang memanggilnya.  Terus, dia memusingkan badan nya ke arah lelaki itu lalu meluru ke arahnya.

Kiara sambung duduk dibelakang pokok itu memerhatikan apa yang sebenarnya Hoseok mahukan pada Angulo. Sedikit sebanyak, dia rasa lega apabila mendapati Hoseok tak tahu tentang kehadiran dia di situ.

Matanya kembali difokuskan pada tubuh lelaki bernama Hoseok itu. Kelihatan mereka sedang berbual. Angulo kelihatan tersengih-sengih dan kadang-kadang dia tertawa juga. Entah kenapa, rasa geram wujud pula di dalam hati Kiara.

Bukan kah mereka friend with benefits tadi? Buat freeshow di lorong gelap tu? Wah wah, Angulo yang dia selamatkan semalam masih lagi berani berhadapan dengan lelaki yang cuba merogolnya itu? Peliknya!

Angulo mula melangkah pergi daripada situ. Dia sempat memandang ke arah Kiara yang berada di belakang pokok itu sebelum dia pergi.

Hoseok pula kini membuka pintu bilik dia lalu masuk ke dalamnya. Kiara terus menarik nafas lega. Lega dia hanya tuhan sahaja yang tahu.

Dia bangun daripada belakang pokok itu. Kakinya yang terasa kram itu dihentak-hentaknya perlahan. Dia cuba mengerakkan jari jemarinya agar pengaliran darah dia berjalan dengan lancar semula.

" you really stalking on me now, huh? "

Buat kesekian kalinya, Kiara terkejut apabila melihat lelaki bernama Jung Hoseok itu berada dihadapan nya dengan putung rokok yang sudahpun pendek.

Dia meniup asap kelabu keluar daripada mulutnya. Kiara terbatuk-batuk dan keningnya bertaut rapat. Tak senonoh. Hujung bibirnya terangkat sedikit menandakan dia sedang tersenyum sinis.

" I really make you fall for me so hard? "

Kiara tertawa perlahan mendengar kata-kata tersebut. Lelaki ini memang suka berprasangka betul. " no, I just don't want to meet with you.. again. " perkataan 'again' yang disebutkan oleh Kiara itu ditekankan. Matanya sempat digulingkan ke atas.

17 July.  Where stories live. Discover now