㌗ 〉74 : tired.

579 105 72
                                    


Bongcha berlari jauh daripada mana yang dia yakin merupakan di mana konco-konco Winston berada. Bahaya, dia tak boleh didapati berada di situ lama. Kalau tidak, pengawal itu mungkin akan menyedari yang dia sebenarnya menipu.

Kira nasib dia lah, dapat terlepas daripada pengawal tadi.

" Harap badan je besar, otak kecil. " kata Bongcha sendiri dengan tawa. Baginya lawak, senang betul dia dapat terlepas. Tak perlu susah-susah, tipu kan boleh.

Letupan demi letupan kedengaran. Bongcha lantas berlari ke arah sebuah bangunan apabila dia mendapati ada sebuah letupan tak jauh daripadanya. Terus dia menekap kedua telinganya dengan erat apabila letupan itu meletus.

" macam world war 3 lah. " Bongcha mengerutkan dahinya. Kepala dia sakit akibat gegeran letupan tersebut. Ianya semua realiti. Seperti dirinya di medan peperangan.

Bongcha mula pelik. Adakah ini benar hanya game semata-mata ataupun ianya benar terjadi? Ada peperangan? Ada pembelotan?

Winston.. kenapa dia masih hidup?

Bongcha mula memikirkan segala hal tersebut. Dia mula pening. Terlalu banyak yang perlu dia hadam.

Adakah Celine tahu tentang ini? Winston masih lagi hidup?

Kalau nak cakap yang Celine aturkan semua benda ini, mustahil.

Sebab Bongcha sendiri yang melihat bertapa hancurnya gadis itu apabila mengetahui ketiadaan Winston. Tambahan lagi, Bongcha tak boleh lupa wajah Celine apabila mengetahui bahawa Winston di bunuh. Wajah itu, penuh dengan dendam.

Mustahil lah kalau Celine aturkan segala ini.

Tapi Winston.. apa sebenarnya tujuan dia untuk palsukan kematian dia? Macam mana? Bongcha sendiri yang bunuh dia.

" orang ini memang menyusahkan! " rengus Bongcha. Dia mengorak langkah keluar daripada bangunan itu. Dicari-cari ke mana kawannya yang lain berada.

Sedang sibuk matanya meliar-liar ke sekeliling kawasan, tiba-tiba dia terdengar bualan seseorang. Ianya jelas, bermakna orang tersebut tak jauh daripadanya.

Bongcha terus menyorok di sebuah kedai yang ada berdekatan. Kedai buku itu nampak sudah terbiar. Banyak buku terpelanting di merata tempat. Ada di antaranya seperti sudah terbakar.

Di sebalik rak-rak buku itu, Bongcha menyorok. Tetapi dia pasang juga telinga dengan apa yang dibualkan oleh orang yang dia tidak kenali itu. Suara mereka seperti dia kenal.

" Jack, kita kena cari dia. Kena hentikan dia! "

" iya, tapi macam mana kita nak cari dia? We don't know where he is. "

" Just keep on searching around here. Kalau yang lain dah jumpa mereka, tak mustahil dia berdekatan di sini. "

Itu suara Celine.

Bongcha terdiam. Dia kaku di tempat persembunyiannya. Patut ke dia keluar kemudian berhadapan dengan Celine? Menyoal sama ada segala ini pura-pura untuk game ataupun ianya realiti?

Tetapi Celine kemungkinan besar sudah ketahui bahawa dirinya ( Bongcha ) yang membunuh Winston. Bukan ke ianya merbahaya? Celine boleh bunuh dia.

Tetapi sekarang dia berseorangan. Kalau dirinya bersatu dengan Celine, kemungkinan besar Winston dan pengawalnya tak dapat menangkap dia. Celine mempunyai pengaruh yang luas. Tambahan lagi dia anak president Amerika.

17 July.  Where stories live. Discover now