㌙ 〉20 : tease.

1.3K 229 423
                                    

Kiara berjalan dengan begitu lambat. Kepalanya dipusingkan ke arah sekelilingnya; memastikan tiada sesiapa yang mengekori dia tanpa diketahuinya. Meskipun sudah banyak mangsanya yang telah dibunuh sebelum ini, tetapi dia masih lagi tak biasa dalam permainan yang khas untuk membunuh. Selalunya dia akan membunuh mangsanya secara individual.

Tetapi ini.. jauh daripada apa yang dia sering lakukan. Ini perkara baharu baginya.

" tolong lah, biarlah aku dapat jumpa Ryu, Ara, Areum, Mia, Sarang atau.. uh— Hanako pun aku tak kesah lah even budak tu macam tak betul sikit. " Kiara berkata perlahan pada dirinya. Hatinya berdegup pantas kerana kegelisahan yang mula menguasai dirinya.

Kiara ada banyak jenis pisau dan juga kapak yang diperbuat daripada besi. Bahagian kapaknya itu berwarna hitam dan batangnya berwarna merah darah. Kapak itu juga tak berat meskipun ia diperbuat daripada besi. Kiara juga mendapat beberapa pucuk pistol.

Tiba-tiba dia ternampak ada seorang lelaki berjalan lambat tak jauh daripadanya. Matanya membesar dan dia mendapati ianya Jung Hoseok, lelaki itu. Lelaki yang menciumnya dan mengesat air matanya kemudian pergi begitu sahaja. Memori kejadian semalam berulang semula membuatkan Kiara tersenyum menyeringai. Sebuah idea muncul di benak mindanya.

Dia membetulkan rambut dan sempat memakai lipbalmnya. Macam mana dia boleh ada lipbalm dengan nya? Hey, ini Kiara lah. Everything packed dengan teliti. Benda penting seperti lipbalm tak akan pernah dilupakan. Kemudian, terus dia mengatur langkah ke arah Hoseok tanpa sebarang pelindungan. Even so, sebilah daggers ada di pinggang nya itu dipegang erat. Mana tahu lelaki ini lebih ganas daripada apa yang dia sangkakan.

" hey " pandangan Hoseok tertoleh ke arah si empunya suara tersebut. Keningnya diangkatkan apabila melihat Kiara di hadapan nya.

Kiara meletakkan kapak yang dipegang itu pada bahunya kemudian mengukirkan senyuman yang manis. Cukup manis untuk membuatkan nafsu lelaki bergetaran. Hoseok tersengih kecil lalu memusingkan badan nya ke arah Kiara. Menghadap gadis itu.

" we meet again. " Hoseok memasukkan ke dua tangan di dalam poket seluarnya. Kiara mengangguk kecil lalu senyum lagi. Wajah Hoseok diamati lama. Wajahnya kini nampak bersahaja. Bibirnya juga merekah. Hidungnya mancung, dan dia juga mempunyai senyuman yang manis jika diukirkan ia. Lelaki ini tak sekemas semalam, mengenakan kemeja bersama tuxedo yang mahal dan rambut digel kemas. Tetapi sekarang dia nampak seperti lelaki biasa, memakai t-shirt kelabu bersama denim jaket di luar nya. Kiara mengerutkan dahinya apabila menyedari dia mulai terpesona dengan wajah manusia dihadapan nya itu.

Kenapa dia tegur Hoseok? Oh, Kiara tak perasan dengan kelakuan nya. Dia sendiri tahu perangai ayam ini daripada mula dia menjumpainya. Malah, kejadian basah itu masih segar dalam mindanya. Ia seperti dah jadi memori permanent yang dia tak dapat lupakan. Daripada pergerakkan lelaki ini, dia tahu yang Hoseok ini seorang yang ganas bila ada di atas— ok terlalu detail.

Tetapi persoalannya sekarang.. kenapa dia menegur lelaki ini dahulu? Padahal lelaki ini adalah musuhnya! Nampaknya Kiara sudah bertukar menjadi seorang yang lembap.

" quit staring at me like that. " Kiara tersedar daripada lamunan nya. Dia melihat Hoseok telah pun menjeling ke arahnya dengan pandangan yang sungguh tajam. Kini barulah Kiara berpijak di dunia yang nyata, Lelaki ini amat dingin dengan nya meskipun dirinya langsung tak padan dengan personaliti sebegitu.

Hoseok berjalan ke hadapan semula, mengendahkan gadis itu. Kiara pula terus tersenyum dan mengekorinya." why? Mata aku menggoda? " Dia mengusik. Hoseok menggulingkan anak matanya ke atas. " what do you want? " soalnya terus; menyampah mungkin.

17 July.  Where stories live. Discover now