㌠ 〉72 : dirty.

803 125 106
                                    


" TAK!!!! "

Kiara menoleh. Matanya meliar-liar mencari daripada mana datangnya suara itu. Ia kedengaran seperti suara Bongcha. Adakah mereka dalam bahaya?

Kiara cuba bangkit daripada baringan nya itu. Walaupun badannya sakit-sakit kerana asap racun itu, tetapi dia gagahkan juga. Mujur, dia tak kena lebih teruk kerana dia sempat keluar sebelum asap itu mula berkepul.

Tetapi sekarang dia keseorangan.

Dan suara itu datangnya daripada dalam asap yang sudah berkepul-kepul itu.

Patut ke dia masuk dan cari Bongcha? Sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berlawan nanti. Kalau berseorangan, dia bimbang konco-konco Winston akan dapatkan dia.

" hoi "

Lengan Kiara ditarik kebelakang. Hampir sahaja gadis itu nak terjatuh tetapi gerangan tersebut cepat bertindak.
Kiara menoleh ke arah gerangan tersebut dan terus melepaskan keluhan yang berat.

" kenapa mengeluh jumpa aku? " Hoseok menyoal. Keningnya dijungkitkan. Peganggan nya pada lengan Kiara masih tak dilepaskan. Kiara mengeluh sekali lagi.

" kalau boleh, kau adalah orang terakhir aku mahu jumpa sebelum aku mati. " jata Kiara dengan nada mendatar. Dia tak suka berdamping dengan Hoseok. Lelaki ini rumit, macam keling. Buat panas hati je.

Kiara cuba melangkah ke dalam kepulan asap itu tetapi lengan nya sekali lagi ditarik kebelakang. Makin panas hatinya apabila dilakukan sedemikian.

" kalau kau mati, aku akan selamatkan. " Hoseok sempat berbisik. Peganggannya mula longgar pada lengan gadis itu. " tapi kalau kau mahu bunuh diri, aku tak boleh buat apa. "  tambahnya lagi.

Kiara menoleh ke arah lelaki itu. " what? " soalnya dengan kerutan pada wajah. " bila masa aku nak bunuh diri? " soalnya lagi dan Hoseok menggulingkan matanya.

" orang bodoh je yang nak masuk balik dalam kepulan asap beracun tu lepas dah selamat. " Hoseok memusingkan badannya kemudian membuka langkah. Kening Kiara bertaut. Tengok tu, main pergi je bukannya nak dengar apa penjelasan orang.

" Aku dengar suara Bongcha tadi. Dia perlukan bantuan. " beritahu Kiara. Langkah Hoseok terhenti kemudian dia menoleh ke arah Kiara. Sengihan terukir pada wajahnya.

" kau nak selamatkan dia? "

Kiara hanya mendiamkan diri. Kata-kata Hoseok itu diselangi dengan nada suara yang mengejek. Dia tak suka. Tetapi kalau iya pun, salah ke dia nak selamatkan Bongcha?

" penjenayah menyelamatkan penjenayah takkan menjadikan kau hero lah. " Hoseok berkata sekali lagi. Nadanya kali ini memang kedengaran seperti sebuah sindiran. Kiara menelan air liur nya yang mula rasa pahit itu. Lelaki ini, memang benar mencabarnya.

" aku bukan nak jadi hero. " Kiara mendekati Hoseok. Darahnya mendidih dan urat-urat lehernya mula timbul. Lelaki ini memang— ugh!

" tetapi aku nak selamatkan nyawa dia. Aku tahu bagi kau nyawa manusia ini remeh temeh. Tetapi kau pernah fikir kan ke apa akibat pada keluarga terdekat dia jika dia tahu tentang kematian orang itu? Dia manusia jugak. " Kiara merenung tajam wajah Hoseok. Matanya tak berkedipan. Hoseok hanya melihat gadis itu dengan pandangan kosong.

" kau bertindak macam kau tak pernah bunuh sesiapa. " Hoseok memintas. Mereka berbalas pandangan. Kiara hanya mendiamkan dirinya.

" sekurang-kurang nya aku masih ada hati nurani. "

Kiara membelakangi Hoseok. Dia mula berjalan memjauhi lelaki toksik tu. Sebolehnya, dia mahu menjauhkan dirinya daripada lelaki teruk macam tu. Tiada langsung belas kasihan ataupun hati. Hati kering agaknya.

" Walaupun selepas tunang kau mati dibunuh? "

Langkah gadis itu terhenti.

" dibunuh dihadapan kau? "

Kiara mengenggam tangannya dengan erat. Kakinya menggigil.

" kau nak cakap kat aku yang kau masih ada hati nurani selepas apa yang kau dah buat pada tunang kau tu? Kau lacurkan diri kau setiap malam, bagi laki lain rasa badan kau sedangkan kau tahu kau dah ada tunang? "

" cukup! "

Hoseok menyengetkan kepalanya sedikit.  Eksperiasi wajahnya kosong. Dia hanya memerhatikan tindakan gadis itu dengan teliti.

Kiara yang sedang mengenggam kedua tangannya dengan erat itu terus melutut ke atas permukaan tanah. Air matanya berjujuran jatuh. Ia tidak berhenti. Rasa luka yang amat dalam di dalam hatinya itu mula berdarah semula. Badannya terhinjut-hinjut dengan segala esakkan yang dia cetuskan.

Ingatan nya mula mengulang kembali memori pahit dia pada malam terakhir dirinya dan tunangnya itu.

Iaitu satu-satunya lelaki yang dia cintai.

" ada sebab buat macam tu.. aku tak mahu buat macam tu lagi... aku minta maaf... tolong... aku minta maaf... aku minta maaf.. aku minta maaf... aku minta maaf...  "

Tiba-tiba tapak tangan yang menekup wajah gadis itu ditarik perlahan. Kiara tersentak, dia menepis tangan Hoseok dengan begitu kasar. Tangisan nya menjadi kuat.

" Aku kotor! Jangan sentuh aku! Aku jijik! Aku tak sepatutnya terima dia!... " raungan Kiara kedengaran. Air matanya semakin deras mengalir. Hoseok terdiam.

Ini membuatkan Hoseok teringat semasa kali kedua mereka bertemu di tandas Resort di Pulau Dements. Di mana Kiara menangis dan merayunya untuk membunuh diri dia tatkala dia mengarahkan muncung pistol pada dahi gadis itu.

Gadis ini, Paranoia.

" Kiara. "

Gadis itu menangis lagi. Kali ini mendayu-dayu.

" Kiara, dengar. "

Kiara menarik nafasnya. Tetapi oleh kerana badannya mengigil teruk, dia menangis kembali. Hoseok hanya mendiamkan diri. Dia tahu ianya sukar buat seseorang yang paranoia.

" Jung Kiara, aku minta maaf. " Hoseok memegang tangan Kiara perlahan-lahan. Kiara tidak memberikan reaksi apa-apa dan itu membuatkan Hoseok terus mengenggam tangan gadis itu erat. Jari jemari runcing milik gadis itu disambungkan dengan jari jemarinya.

" Kau tak jijik Kiara, kau tak kotor, kau tak wajar terima kehidupan macam ni. Kau sepatutnya jalani kehidupan macam biasa. Aku yakin kehidupan biasa kau akan lebih bagus. Aku tahu kau langsung tak ada niat nak terjebak dalam dunia kotor ni, Kiara. Aku tahu kau ni perempuan yang baik. Kau kuat. Meskipun kau dah hancur, tetapi kau masih dapat harungi segala perkara ni berseorangan dengan senyuman. " Hoseok berkata dengan suara yang perlahan. Sambil itu, dia mengusap tangan Kiara. Lembut. Tubuh Kiara didakapnya erat.

" aku minta maaf, aku tak tahu apa-apa mengenai kau. " tambah Hoseok lagi. Wajahnya nampak menyesal. Dia melihat Kiara yang tangisannya mula bersisa. Hoseok mengelap tangisan gadis itu dengan jarinya. Kiara hanya terdiam, tangannya masih lagi menggigil.

Hoseok merenung dalam ke arah Kiara. Juntaian rambut gadis itu diselaknya ke belakang telinga gadis itu.

" Tolong jangan cakap diri kau jijik dan kotor, Aku tak mahu dengar. "

17 July.  Where stories live. Discover now