Angulo sempat masuk di sebalik dinding itu sebelum pintu tersebut tertutup rapat, meninggalkan Jimin di luar seorang diri. Entah kenapa, dia berasa sungguh lega apabila terpisah dengan lelaki psiko tu. Nyawanya terjamin di sini, dia pasti.
Tetapi itu sebelum dia melihat Bongcha yang sedang memeluk tubuh salah seorang darupada grup berlainan dengan erat. Pada mulanya, dia ingatkan Ryunji merupakan salah seorang daripada grupnya tetapi nampaknya sangkaan dia meleset. Itu adalah Ryunji daripada kumpulan yang berlainan.
Musuh mereka.
" Bongcha? " soalan nya meniti dibibir dan Angulo lantas berdiri mendekati gadis tersbeut. Bongcha menoleh ke arah si empunya suara tersebut dan terkejut mendapati Angulo di hadapan nya. Pelik juga kerana dia yakin pintu dinding tadi sudah terkunci daripada luar secara automatik.
Dia bingkas bangun kemudian mendekati gadis tersebut. Tangannya memegang bahu Angulo dengan begitu erat. Matanya membesar. Angulo pula memandang pelik ke arah Bongcha itu. Yalah, pertama melihat gadis itu berada di dalam permainan yang sama dengannya sedangkan dia tak sepatutnya berada di situ. Kedua, Bongcha memeluk pihak lawannya sendiri, dihadapan dia. Dan ketiga, macam mana Bongcha tahu tentang tempat ini?
" macam mana kau masuk ke sini? " itu soalan petama yang Bongcha menyoal gadis itu. Terkejut juga dengan kelakuan Bongcha itu tetapi Angulo hanya mengiyakan sahaja. Dia menerangkan bahawa pintu itu terbuka sedikit. Jadi dia masuk kemudian ia terus tertutup.
Bongcha mengusutkan kepalanya. Dia nampak benar-benar serabut. Angulo seakan risau juga dengan Bongcha tetapi dia tidak berani ingin menyoal gadis itu dalam keadaan begini. Baginya, itu akan membuatkan gadis itu semakin sensetif.
Pasti Bongcha ada sebab utama kenapa dan mengapa dia di sini. Lagipun, Bongcha merupakan seorang gadis yang matang, bertanggungjawab dan optimis. Dia yakin pada gadis itu sepenuhnya.
" Bongcha, kau okay? " soal Angulo kepada Bongcha yang kini sedang terduduk lemah. Wajahnya kelihatan pucat dan dia terdiam. Dia termenung kosong pada satu arah dan Angulo memeriksa arah tersebut. Terkejut juga dirinya apabila mendapati ada sebuah lubang yang mengalirkan air yang banyak ke dalam ruang putih ini.
Memandangkan di sini tiada sebarang tingkap mahupun pintu, mereka terperangkap. Tak mustahil mereka akan lemas di sini.
Tiba-tiba ada sebuah speaker kedengaran di dalam luar kawasan tersebut. Ianya terlalu kuat sehinggakan Bongcha dan Angulo dapat mendengarnya dengan jelas. Mereka terpinga-pinga. Air mula meningkat ke paras buku lali mereka.
" perhatian kepada players, masa akan berlangsung sekarang di mana players perlu memburu players yang lain untuk point seterusnya. Semakin banyak mangsa bunuh, semakin tinggi point bagi pemain tersebut. Selamat berjaya! "
Angulo dan Bongcha pada masa yang sama seakan terpana dengan pengunguman tersebut. Ini bermakna mereka perlu bunuh untuk menang. Itu mengusutkan keadaan kerana mereka semua sememangnya pembunuh yang berpakar tinggi.
Ini seakan pilihan untuk ke jalan mati. Akhirnya tak mungkin ada pemenang, tetapi mayat yang bersepah sahaja.
Dan Bongcha sedar yang dia sebenarnya termasuk dalam perangkap Celine. Mana mungkin Celine akan biarkan dia; yang sudah tahu taktik dan kunci untuk berjaya dalam pusingan tersebut dengan senang. Tak mungkin.
Bila difikirkan balik, ianya memang pelik apabila Celine mengutuskan untuk memberikan Bongcha lihat tentang rancangan untuk ke pusingan seterusnya dengan begitu mudah walaupun dia tahu yang dia mahu Bongcha menyertai permainan itu juga.
Dia masuk ke dalam kawasan ini, dia akan mati. Pada masa yang sama, dia sudah aktifkan permainan yang sebenarnya dan ianya sungguh mustahil untuk ke semua pemain survive.
Ini memang the deadly end untuk kehidupan mereka.
" Angulo,we are so dead. "
—
Jimin terpaku di luar dinding itu dengan wajah yang sungguh menyampah. Dia sedar yang dia kini kehilangan pasangannya yang kini melepaskan diri melalui sebalik dinding ini. Bodohnya dia, dia tidak mengekori Angulo sedekat yang mungkin.
Meskipun dia baru sahaja berkasar dengan Angulo, dirinya masih tidak berani untuk melakukan sebarang sentuhan dengan gadis itu. Kalau boleh, dia tak mahu berdekatan dengan mana-mana gadis dalam situasi yang sekarang ini.
Sejujurnya, dia menyedal dengan kelakuan kurang ajar dan kurang sopannya tadi terhadap gadis bernama Angulo sebentar tadi. Melihat mutiara jernih bertakung pada tubir mata gadis itu amatlah menyeksakan.
Tetapi dia terpaksa.
Sekarang, sebaik sahaja dia mendengar pengunguman yang baru sahaja berkumandang tadi, dia tahu apa yang dia perlu lakukan. Dia tahu siapa targetnya selepas ini. Memandangkan dia merupakan pembunuh bersiri yang terkenal dengan kepakaran membunuh, perkara ini di anggap simple task untuknya.
Dia membawa keluar senjata kegemaran nya. UVI dipegang erat dan sekali sekala dia mengusapnya. Sisi gelapnya mula mengambil alih dirinya. Oleh kerana hampir sehari dia tak menjumpai atau membunuh sebarang mangsanya, itu membuatkan dia dahaga untuk melihat darah mengalir keluar daripada mangsanya. Untuk merasai cecair tersebut di permukaan tangannya, memercik pada wajahnya kemudian mengalir seperti peluh dan sebati dengan dirinya.
Dia rindukan nya,
Dan juga dahagakan nya.
Nampaknya sekarang, dia dapat peluang untuk memenuhkan segala keinginannya itu. Ya, peluang ini tak mungkin dia biarkan begitu sahaja. Peluang keemasan.
Tambahan pula di sini ada musuh yang dia teringin ingin membunuhnya.
" well, well. Look like it's my day now. "
—
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...