Celine seakan tidak percaya dengan apa yang bapanya katakan. Wajahnya terus menjadi pucat apabila mendapat tahu apa sebenarnya yang berlaku di negara yang ditadbir oleh bapanya tersebut. Semakin bimbang diri dia jadinya.
" maksud ayah, ada beberapa underground gang lakukan serangan? "
Trump mengangguk perlahan sebelum dia meletakkan fail-fail yang dipegang olehnya itu di atas meja. Dia kemudian nya meluru ke arah Celine dan mendepakan tangannya. " ayah gembira kamu tak apa-apa di sana. " balasnya dengan wajah yang sedih.
Celine memeluk bapanya itu erat. Meskipun ramai yang tidak menyukai bapanya itu, malah dirinya; juga kadang-kala tidak dapat menahan daripada perangai setan bapanya itu. Namun jauh di sudut hati Celine, lelaki yang dipeluknya ini masih lagi bapanya. Jadi dia akan hormat, menyayangi orang tua ini walau macam mana teruk pun perangai dia.
" macam mana semua ini boleh berlaku? " Celine menyoal lalu dia meleraikan pelukan nya dengan bapanya itu. Trump melihat wajah Celine sebelum dia memusingkan pandangan nya ke arah skrin besar yang ada dibelakangnya.
" Ia terjadi sempena hari criminal sedunia. "
Trump mencapai sebuah remote kemudian dia menekan salah satu butang tersebut. Secara automatik, skrin yang ada dibelakangnya itu memaparkan kejadian tersebut melalui berita-berita yang menyiarkan nya. Wajah Celine begitu terkejut apabila menyaksikan lepasan bom, tembakan dan keganasan yang berlaku di Los Angeles, New York, Chicago dan lain-lain. Wajahnya terus menjadi sedih dan simpati terhadap mangsa-mangsa keadaan yang menimpa penduduk Amerika tersebut.
" macam mana gang tersebut dapat musnahkan negara ini? Kita mempunyai tentera— "
" mereka ada plan yang cukup sistematik, Celine. " pintas Trump. Dia memandang ke arah anak perempuan nya itu sebelum mengeluh perlahan. " mereka menyerang markas tentera dan membunuh ke semua tentera kita. Kemudian mengambil alih tempat tersebut tanpa kerajaan ketahui. Mereka kini sudah mencuri segala alatan senjata negara. Kemudian barulah mereka memyerang satu negeri demi satu negeri secara urutan. " jelas Trump dan akhirnya Celine memahami macam mana itu terjadi.
" bagaimana dengan pertolongan negara lain? Tiada ke yang hulurkan bantuan? " Celine ingin memastikan lagi. Trump tertawa kecil mendengar soalan gadisnya itu. Dia menggeleng perlahan.
" perkara ini sulit, Celine. Jika seluruh dunia tahu yang Amerika kini dalam keadaan darurat, mereka akan hilang akal. Lagipun, negara kita sahaja lah yang mempunyai tentera terbanyak di seluruh dunia. Berbanding Rusia dan Jepun. " Trump menerangkan dan Celine mengeluh resah. Dia bercekak pinggang sambil meraup wajahnya membuatkan rambut dia ke belakang.
" tetapi siapa sebenarnya gang ini?" Ke semua jenayah telah pun ke Pulau Dements untuk hari keraian mereka. Macam mana gang ini boleh terlepas? Polis sudahpun membuat semakan beberapa kali. " Celine menyoal lagi, masih tidak percaya dengan apa yang terjadi walaupun sebabnya sudah terang-terang dihadapan nya.
" macam yang ayah dah cakapkan, ianya underground gang. Mereka jarang munculkan diri di tempat awam dan dikatakan markas mereka di bawah tanah. " Trump menerang lagi. Celine menumpukan sepenuh perhatian nya terhadap apa yang dikatakan oleh ayahnya itu. Wajahnya berkerut, cuba untuk memahami apa yang bapanya katakan.
" bagi identiti mereka, pihak polis dan penyiasatan tak dapat mengenalpasti. Di jangka mereka sebenarnya memalsukan kematian mereka di dunia nyata jadi identiti mereka kini lenyap begitu sahaja. Mungkin kerana itulah pihak polis tidak berjaya mengesan identiti mereka. " tambah Trump lagi dan Celine membulatkan matanya apabila mendengar penjelasan tersebut.
" tetapi hanya satu sahaja pihak polis dapat ketahui tentang mereka. Satu-satunya klu. " Trump menyambung lagi dan Celine ternanti-nanti dengan apa yang bakal dikatakan seterusnya oleh bapanya itu. Hatinya berdegup kencang apabila dia kini mengetahui bahawa apa yang dia hadapi sekarang ini bukan lah perkara yang boleh dibawa main.
Ini soal tentang keselamatan negara Amerika. Tumbang negara ini, habislah negara yang lain.
" gang tersebut berasas daripada bawah pengaruh kerajaan Itali. "
Mulut Celine hampir sahaja ternganga. Hatinya seolah-olah berkecai apabila mendapat tahu tentang itu daripada mulut bapanya. Dia seakan tak percaya— dia tak mahu percayakan nya. Tentang apa yang terjadi, memang tak dapat digambarkan secara realiti.
Dan Itali, ini bermakna gang tersebut berkait rapat dengan..
" Winston. We need him. "
—
Athena dan Aejun melangkah ke dalam sebuah kedai dengan langkah perlahan. Mereka baru sahaja terserempak dengan pasangan daripada kumpulan Bangtan. Silap langkah tadi, tak mustahil diri mereka akan dipancung oleh Namjoon, a.k.a ketua kumpulan tersebut.
Fuh, nasib mereka baik kerana dapat lepas.
Namun begitu, pasangan Namjoon dan Taehyung itu hanya berdekatan dengan mereka. Bermaksud ; mereka tak selamat sepenuhnya lagi. Mereka tak tahu sama ada ingin menyorok atau apa. Sebab, kalau menyorok sudah pastinya itu menunjukkan mereka ini pengecut.
Dan, mereka bukan nya seorang yang pengecut.
" kita kena buat langkah terdahulu. " beritahu Athena secara tiba-tiba membuatkan Aejun hampir diserang sakit jantung. Athena membawa keluar senjatanya yang boleh tahan gempaknya itu. Bukan calang-calang senjata.
" kau yakin? " Aejun membawa keluar double gun nya yang berwarna biru laut memandangkan ia merupakan warna kegemaran nya. Meskipun ianya hanya double gun, tetapi jikalau ia ditangan Aejun, jangan pandang rendah terhadapnya.
Dia dipanggil Aegun ada sejarah sendiri terhadap kepakaran nya memegang gun. Apatah lagi yang double.
" hundred percent, yakin. " Athena menganggukan kepalanya sedikit pada Aejun membuatkan gadis bernama Aejun itu mulai merasakan semangat kawan nya itu. Dia mengengam erat gun nya sehingakan bahagian jari jemarinya bergetaran.
" lets do this. "
Mereka berdua keluar perlahan-lahan daripada tempat persembunyian mereka dengan penuh hati-hati. Skill dalam penyembunyian mereka memang cukup luar biasa dan menampakkan yang mereka ini berpengalaman.
Mereka menyorok dibelakang sebuah tiang dan menunggu kedatangan musuh yang mereka sudah tetapkan. Musuh mereka itu tak jauh, derapan dan juga getaran yang dihasilkan pada permukaan lantai memberi petunjuk yang jelas bahawa mereka berdekatan sahaja di sini.
Aejun memegang erat double gun nya dan dia dapat rasakan tapak tangan nya seperti berpeluh. Ah sudah, payah lah kalau macam tu. Menakala Athena pula cuba untuk menenangkan dirinya supaya tidak bertindak melulu dan tak gagalkan strategi mereka.
" we can do this. " Athena menggerakkan mulutnya, berkata ayat begitu pada Aejun yang berada di hadapan dia. Aejun mengangguk pantas tanda bersetuju. Semangat dalam dirinya kian membara.
Derapan demi derapan.
Getaran demi getaran.
Mereka tahu ini mungkin akan menjadi kali terakhir untuk mereka bersua muka, bernafas di atas dunia yang mereka anggap tidak adil ini. Barangkali kali terakhir mereka akan membunuh seseorang.
Dan mereka tetap mahu melakukan nya.
—
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...