" siapa tahu aktiviti apa yang menarik dekat pulau ini? "
" bunuh kau? "
Hanako memberikan pandangan yang tajam ke arah Mia menakala Mia hanya tersenyum sinis kemudian menatap skrin telefon nya semula. " like seriously, bunuh bukan ke sesuatu yang menarik? " Mia Kim mengangkat kedua tangan nya ke arah Hanako yang sudah pun tersenyum lebar.
" ianya tak menarik jika kau yang akan dibunuh dahulu. " Hanako mengenyit mata ke arah Mia membuatkan perempuan itu menggulingkan matanya ke atas. Dia bertepuk tangan dengan Am Ara yang berada di sebelahnya itu, tertawa kuat.
" ke pantai? " Sarang tiba-tiba sahaja mencadangkan sebuah idea. Itu membuatkan mata Hanako bersinar-sinar memandang ke arah perempuan berwajah polos itu. Dia memegang wajah Sarang dengan kedua tangan nya lalu memeluk dia. "Ianya idea yang bagus! " kata Hanako dengan begitu teruja. Sarang cuba menolak tangan Hanako ketepi dengan perlahan-lahan.
" dan aku tak akan pergi. Never. " Mia Kim memasangkan earphone ke dalam telinganya.
" duh, siapa ajak kau? " Hanako mengibas rambutnya. " aku akan ajak Sarang dan juga Ara. Lagipun, aku sudah mesej Areum untuk ke sana juga. Dengar-dengar seperti dia tersesat kerana tak tahu dorm di mana. Hm, marilah tolong dia. " Kata Hanako dengan begitu gembira.
Mia menggelengkan kepalanya perlahan. Macam mana lah perempuan ini begitu ramah dengan orang di sekitarnya? Dia berharap dia boleh jadi sebegitu riang.. Tetapi tidak. Tak akan. Dia tak akan jadi seperti itu semula. Bukan sekarang.
" baiklah, aku mahu rehatkan diri sahaja di dalam bilik ini sebelum dinner event malan ini bermula. " kata Mia lagi dan itu memperolehi anggukan daripada Hanako.
" we won't be long! Kami akan balik sebelum matahari terbenam. " Ara memaklumkan pula dan Mia hanya menyahut 'ya' yang pendek sahaja. Sebaik sahaja pintu ditutup, Mia bangun daripada kerusinya lalu meluru ke arah biliknya di mana dia berkongsi ia dengan Hanako.
Dia memilih untuk mengambil port di bahagian tepi tingkap besar dalam bilik itu. Berdekatan dengan katilnya juga terdapat sebuah balkoni yang mempunyai slide door. Dia mengutuskan untuk meluangkan masa di balkoni buat seketika.
Sebaik sahaja pintu balkoni tersebut diselak terbuka, dia merasakan angin lembut daripada bayu laut kena pada tubuhnya. Dia, yang hanya memakai baju t-shirt see through berwarna biru cair dan sepasang shorts jeans melangkah ke arah balkoni itu, menghirup udara yang segar.
Rambutnya yang menampilkan warna tortoiseshell itu ditiup angin lembut. Mia memandang sekelilingnya dengan mata yang melembut. Dia jarang sekali membiarkan rambutnya terdedah kerana selalunya dia akan ikat sanggul kemudian sorokkan ia di dalam baseball cap nya. Ataupun, dia akan memakai beanie. Hoodie juga membantu. Tetapi kini, dia melepaskan ia sahaja.
Dia rasa bebas.. untuk sementara.
Kemudian, dia duduk di balkoni itu lalu badan nya menyandar pada pagar balkoni tersebut. Memerhatikan bangunan-bangunan yang berada berdekatan dengan mansion didudukinya itu.
Dan matanya menangkap seseorang yang dia kenali sedang membuka langsir di sebuah banglo mewah berdekatan dengan balkoni biliknya. Aneh, rumah itu begitu dekat dengan mansion ini. Mata Mia terus membulat.
" that airport pervert! "
❨☠︎❩
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...