" kau ada masalah ke, Jungkook? "
Pandangan Hanako setia pada lelaki bernama Jeon Jungkook itu. Gadis itu menganalisa Jungkook dengan cukup teliti. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena dengan Jungkook. Lihat sahaja perbuatan dia, nampak seperti Jungkook sorokkan sesuatu.
Jungkook pula sudah buntu. Dia menyorokkan pandangannya dengan memandang ke arah lain tetapi dia masih dapat rasakan tenungan Hanako tajam padanya.
Ah sudah, dia memang tak boleh sorokkan sesuatu daripada Hanako. Dia memang tak boleh.
Tetiba Jungkook menunduk, tak memandang Hanako. Keluhan berat dilepaskan. Rambut bangsnya menutupi bahagian mata, membuatkan
Hanako tak dapat memandang wajahnya.Hanako sebolehnya ingin bertaut mata dengan lelaki itu, jadi dia memegang lengan Jungkook. " Kau okay tak ni? " soalnya, mula kelihatan risau.
Jungkook perlahan-lahan meletakkan dahinya pada bahu Hanako. Dia bersandar dalam posisi itu buat seketika. Hanako terkaku apabila Jungkook melakukan sedemikian.
Hanako memegang leher Jungkook kemudian dia mengusapnya lembut. Kedengaran Jungkook menghela nafas dan merengus kecil apabila merasakan sentuhan Hanako.
" kenapa ni? " Hanako menyoal lagi, pandangannya melembut. Ada sesuatu yang terjadi pada Jungkook. Jungkook tak pernah berkelakuan seperti ini.
" aku takut. "
Balasan daripada Jungkook itu membuatkan Hanako semakin tertanya-tanya. Jungkook kemudiannya mengangkat kepalanya. Matanya dengan Hanako mula bertaut. Daripada pandangan mata Jungkook, Hanako dapat rasa seperti ada sesuatu yang lelaki itu risaukan.
" Takut apa? Jet ini? " Hanako cuba meneka dan Jungkook tersengih kecil. Dia menggeleng.
" tak, aku takut kau. "
Hanako terdiam. Wajahnya jelas menunjukkan dia keliru dengan apa yang Jungkook katakan. Dia takut Hanako? Untuk apa takut? Hanako memang seorang pembunuh, tetapi bukan Jungkook dah tahu lama ke?
" yah, kenapa takut aku pula? " Hanako menepuk lengan Jungkook perlahan. Marah pada lelaki tersebut. Jungkook tersenyum simpul.
" ayat aku tak habis lagi. " Jungkook membalas dan Hanako mengigit bibirnya, geram.
" habiskan lah cepat. " gesa gadis itu. Jungkook tertawa kecil.
" aku takut kau tinggalkan aku. "
Hanako terpempan. Dia merenung Jungkook yang juga membalas renungan nya itu. Pandangan Jungkook perlahan-lahan berubah, seperti sedih. Kepala lelaki itu ditundukkan lantas bermain dengan jari jemarinya sendiri.
Nampaknya memang itulah yang difikirkan oleh Jungkook daripada tadi?
" kenapa fikir macam tu? " soal Hanako, tak faham. Dia setia memandang Jungkook yang sedang bermain dengan jari jemari itu.
" sebab.. " Jungkook melepaskan keluhan kecil. " ..aku selalu ditinggalkan pada akhirnya. " Kelihatan Jungkook mengetap bibir daripada tundukkan nya itu. Bangsnya menutup separuh daripada wajah. Jadi Hanako hanya mampu melihat bahagian hidung sehingga ke mulut sahaja.
" maknanya kau ada trust issues dengan ex kau sebelum ini? " Hanako meneka lagi dan Jungkook menggeleng pantas. Dia memandang Hanako dengan kerutan didahinya.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...