" kenapa kau tak jadi doktor bedah daripada awal lagi? "Seokjin yang sedang memandu keretanya itu menyoal Areum. Gadis itu termenung sahaja daripada tadi, melihat air hujan membasahi bumi. Sekali sekala, dia hanyut dalam lamunan dia.
" sayang, " Seokjin memanggil Areum apabila menyedari gadis itu diam tak berkutik. Kepala Areum terangkat dan dia memandang Seokjin.
" err.. ya? " Areum berbalas pandang dengan Seokjin. Seokjin cuba mencuri pandang Areum buat sekilas sebelum melontarkan pandangannya pada jalan raya semula.
" termenung kan apa tu sampai tak dengar soalan aku? " soalan Seokjin membuatkan Areum tertawa perlahan sambil menggosok lehernya. Gadis itu mengemam bibirnya sebelum dia melirikkan mata ke arah Seokjin.
" aku teringatkan keluarga aku. " balas Areum dengan sengihan sayu. Seokjin perasan akan itu. Dia menjungkitkan kening.
" kau masih ada keluarga? " Seokjin menyoal lagi dengan kerutan di wajahnya. Tak pernah langsung Areum sentuh tentang hal keluarganya sejak mereka menjadi pasangan kekasih.
Areum tersenyum sedih sebelum dia menundukkan wajah. " aku pernah ada. " jawabnya perlahan.
Daripada nada suara Areum, Seokjin dapat agak bahawa gadis itu dalam kesedihan. Malah, jawapan Areum juga membuatkan dia dapat agak apa yang terjadi pada keluarga gadis itu.
Seokjin meraih tangan Areum lalu digenggam kemas, memberi semangat. Areum hanya tersenyum simpul.
" Seokjin-ah " Areum memanggil dan Seokjin membalas nya dengan deheman kecil. Areum mengukirkan senyuman sumbing sebelum meminta,
" aku nak tahu tentang keluarga kau? "
Soalan Areum sejak semenjak kerap sekali membuatkan Seokjin berdebar. Entah kenapa gadis itu asyik menyoal dia soalan yang membuatkan dia gementar untuk menjawabnya.
Seokjin tersengih. " kenapa tetiba? " soalnya singkat, nada suaranya berubah dan Areum perasan itu.
" aku tak pernah tahu tentang hal keluarga kau. Teringin juga mahu tahu. " Areum membuat muka. Seokjin mengalihkan pandangannya pada jalan raya.
" tetapi kalau kau tak mahu cerita.. tak apa, aku faham. " Areum berkata lagi apabila melihat reaksi Seokjin yang kelihatan tak mahu memberitahunya. Rahang Seokjin kelihatan menegang.
" jangan lah cakap macam tu. "
Seokjin cuba mencuri lihat Areum yang kini memeluk tubuh, memandang ke luar tingkap. Gadis itu nampak merajuk. Seokjin mencarut di dalam hatinya.
" aku akan cerita kalau kau tak merajuk. "
" aku tak merajuk. "
" yalah tu. " Seokjin mencuit hidung mancung Areum dengan jarinya membuatkan gadis itu menepuk tangan dia. Seokjin mengaduh sakit.
" acah sahaja, bukannya kuat pun aku tepuk. " Areum melindungi diri dia daripada disalahkan oleh Seokjin kerana telah mencederakan tangannya.
" tapi masih sakit.. " Seokjin membuat muka dan Areum mengendahkan lelaki itu. Seokjin tersengih.
" cerita dia macam ni. " Seokjin memulakan katanya, Areum membetulkan posisi duduk. Dia memandang lelaki di sebelahnya itu dengan pandangan yang penuh harapan.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...