㌍ 〉107 : move in.

485 103 44
                                    


Jimin bersila di atas sofa, matanya merenung kaca televisyen dengan pandangan yang kosong dan tak beremosi. Mindanya masih memikirkan tentang apa yang Mia baru sahaja beritahunya sebentar tadi.

Sejujurnya Jimin rasa janggal apabila mendengarkan Mia merupakan sebuah robot sekarang— digelar android.

Oleh kerana sewaktu di Amerika Mia cedera parah, sebahagian besar organnya tak berfungsi dengan baik, jadi mereka (Mia mereferkan ia kepada para saintis yang Ryunji kenalkan padanya) utuskan untuk membuat Mia sebahagian daripada android. Selama ini hanya ada satu sahaja di antara android yang ada di muka buni dan ianya Ryunji.

Mia menceritakan bahawa dia tak mahu pada mulanya, sebab dia tahu kesan jika dia menjadi android. Banyak pantang larang yang dia perlu patuhi tetapi Mia tiada pilihan, Ryunji berkeras memaksa gadis itu apabila mendengarkan Mia ingin menolak permintaan ini.

Mia sebenarnya tiada pilihan lain. Jimin faham itu.

Lagipun kalau tidak, dia takkan jumpa Mia baring disebelahnya seperti pagi tadi. Jujur, hatinya senang sangat apabila mendapat tahu Mia yang disebelahnya itu adalah nyata. Hatinya luluh.

Tetiba dia dapat merasakan ada sesuatu yang berat dilentokkan pada bahunya. Dia menoleh, mendapati gadis itu berada di sebelahnya dengan senyuman nipis.

Mia seakan tahu reaksi Jimin macam mana. Jimin ini seorang yang pelembut, dan matang. Jika ada sesuatu yang membuatkan dia susah hati, sudah tentu dia akan mendiamkan diri. Mia dapat lihat itu.

" ianya tak mengapa kalau kau tak sukakan aku selepas mendapat tahu aku bukan manusia, aku faham. You deserve better than me. " Mia memandang ke arah Jimin dengan senyuman manis. Jujur dengan setiap bait perkataan yang keluar daripada mulutnya. Jimin mendiamkan diri, lama juga.

Mungkin Mia silap, Jimin memang tak sukakan perempuan yang sepertinya. Robot. Kelihatan menyedihkan. Berjuta manusia hidup di muka bumi ini, masih ke ada orang yang nak bersama dengannya?

" aku takkan tinggalkan kau. "

Suara Jimin yang perlahan itu membuatkan Mia mengangkat wajahnya daripada bahu Jimin. Dia melirikkan matanya ke arah Jimin dengan pandangan berkerut.

" tapi Ji— "

" Aku tak akan merisikokan diri aku untuk kehilangan kau lagi, Mia. "

Mia kelihatan terpaku dengan kata-kata Jimin. Lelaki itu serius dengannya. Lihat sahaja daripada pandangan mata Jimin dan intonasi yang digunakan oleh lelaki itu.

Mia mengemam bibirnya. " tapi— " belum sempat gadis itu menyambung lagi, Jimin menggelengkan kepalanya. Seakan tahu apa yang gadis itu akan kata.

" aku tak akan menyesal. " Jimin mengenggam tangan Mia dengan begitu erat sambil matanya tak lepas merenung mata gadis itu. Mia tersenyum kecil.

Tetiba deringan daripada telefon Jimin membuatkan suasana romantis itu bertukar seperti sedia kala. Mia dan Jimin serentak memandang ke arah telefon yang ada tak jauh daripada mereka itu.

Jimin bangkit, dia meluru ke arah telefon itu kemudian mengangkat ganggang telefon tersebut.

Mia tak dapat mendengar apa yang terjadi tetapi kelihatan reaksi wajah Jimin apabila mendengarkan suara di hujung talian itu membuatkan wajah lelaki itu pucat lesi dan dalam keadaan terkejut.

17 July.  Where stories live. Discover now