Areum berjalan di sebelah Seokjin dengan takut-takut. Matanya tak henti-henti melihat wajah lelaki yang ada di sebelahnya ini. Bertapa tingginya lelaki ini membuatkan dia terpaksa mendongak untuk memandang wajahnya.
Apabila melihat wajah lelaki itu, dia dapat melihat bahawa wajah nya begitu sempurna. Matanya membesar, melihat setiap inci wajah lelaki tersebut tetapi sebaik sahaja dia melihat lelaki itu melirikkan matanya ke arah dia, dia terus memandang ke tempat lain.
" can you walk? " Seokjin menyoal apabila melihat Areum terhinjut-hinjut pergerakkan nya semasa berjalan. Gadis itu menggelengkan kepala. " yeah, i'm fine. Don't touch me. " Areum menjarakkan dirinya daripada lelaki itu. Seokjin membuat muka.
Tiba-tiba ada bunyi siren kuat di dalam hutan itu. Areum dan Seokjin terhenti daripada melangkah lalu melihat sekitar mereka dengan penuh perhatian; meneliti apa yang terjadi. Telinga Seokjin berdesing kerana siren ini amat membingitkan telinganya.
" pasti ada sesuatu yang tak kena. " Areum mengeluarkan sniper daripada bag galas lalu dipegangnya erat. " aku rasa tak sedap hati. " katanya lagi tetapi dia berasa pelik apabila Seokjin langsung tak membalas kata-katanya.
Dia menoleh ke arah Seokjin dan mendapati lelaki itu mengerutkan dahinya. Tangannya memegang bahagian kepalanya dengan begitu erat menakala urat-urat pada lehernya kelihatan. Pandangan Areum berubah.
" hey, kau okay? " Areum menyoal tetapi Seokjin langsung tak menjawab. Gadis itu mula rasa resah. " kita kena pergi daripada sin— " tanah yang mereka berdiri diatas nya itu mula bergegar dan Areum mendekatkan diri ke arah Seokjin. " tuhanku. "
Tak dapat dijangka langsung, ada beberapa tangan keluar daripada tanah seakan ada mayat keluar daripadanya. Setiap inci tanah tersebut penuh dengan tangan-tangan mayat yang ditanam dalam tanah itu; tergapai-gapai ingin keluar daripada tanaman tanah itu. Areum mengetap bibirnya; dia memandang Seokjin dan kelihatan lelaki itu seakan blur. Areum memaki perlahan.
" wake up, Seokjin! " Areum menampar wajah lelaki itu; kuat. Seokjin serta merta tersedar dalam lamunan.. atau apa sahaja yang dia lalui tadi. Matanya terkebil-kebil apabila melihat banyak tangan yang keluar daripada tanah. Matanya membesar, nafasnya terhenti.
" Listen to me, Seokjin. Kill them, with no mercy. " Areum bercakap dihadapan wajah Seokjin. Matanya tajam memandang lelaki itu menakala Seokjin terus sahaja mengangguk. Terkejut juga apabila Areum mendekatkan wajahnya ke arah dia.
Kepala-kepala mula keluar daripada tanah lalu Areum dan Seokjin terus membuka langkah seribu untuk lari daripada situ. Mereka mengelakkan diri daripada memijak tangan-tangan yang ada di situ tetapi malangnya Areum ada yang terpijak salah satu daripadanya. Bunyi nyaring seperti orang menjerit kedengaran. Sekali lagi, Telinga Seokjin berdesing lalu dia menekup telinganya.
Larian mereka seolah-olah tiada pengakhiran. Lama kelamaan mayat yang tertanam dalam tanah itu mula bangun sepenuhnya. Areum terus menumpukan fokusnya pada snipernya lalu dia menembak satu persatu mayat tersebut daripada mendekati mereka berdua daripada jauh. Semuanya tumbang buat sekelip mata sahaja.
Seokjin mencapai sesuatu daripada begnya lalu dia menarik picu daripada alatan tersebut. Sebuah bowling bomb di golekkan ke arah belakang memandangkan Areum menjaga di bahagian dihadapan mereka. Bunyi detikan jam kini kedengaran.
" jump onto me, poker. " Areum membesarkan matanya apabila melihat Seokjin telah membongkok dihadapan nya, bersedia untuk piggyback gadis itu. Kening Areum bertaut tetapi dia turutkan sahaja.
" No matter what, just shoot. "
Tanpa menunggu balasan Areum, dia terus mengangkat gadis itu dibelakangnya. Larian nya begitu laju dan Areum menuruti segala arahan Seokjin walaupun dia sebenarnya tak faham. Pada ketika itu, Seokjin mendukungnya menakala Areum menembak segala mayat yang cuba menghalang laluan mereka ataupun cuba menyakiti Seokjin. Nampaknya rancangan Seokjin berjaya.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...