㌕ 〉70 : my lady.

600 120 121
                                    


Ara seakan terdiam seribu bahasa apabila matanya bertembung dengan mata jejaka yang dia sedang bincangkan tadi dengan Areum. Siapa sahaja tak terkejut apabila melihat orang yang kau baru sedang katakan tiba-tiba muncul di hadapan kau?

Namun, balasan mata antara Namjoon dan Ara tidak bertahan lama. Selepas beberapa minit, gadis itu meleraikan pandangan tersebut. Dia tak ingin bertahan lama dalam renungan lelaki itu. Rasa mahu lemas dalam renungan tersebut.

Mia yang berdekatan dengan Jimin dan Taehyung itu terus menjauhi mereka. Jelingan tajam di arahkan kepada lelaki-lelaki itu, terutama sekali Jimin.

Jimin menyedari jelingan gadis tersebut. Tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dalam mindanya, dia anggap gadis itu sama sahaja seperti gadis yang dia jumpa selama ini. Lemah, rumit, sukar untuk difahami dan tidak patut dilayan. Hanya menyakitkan hati je. Sama seperti adiknya.

Walaupun jauh di dalam hati nya dia berharap bahawa Mia berlainan seperti apa yang dia jangkakan.

Namun ianya sukar, kerana mereka berdua sama tinggi egonya. Tidak mahu mengalah.

Jadi hubungan mereka seakan terhenti. Tiada langsung perkembangan. Untuk menamatkan nya, salah seorang daripada mereka perlu memulakan perbicaraan dahulu. Tetapi ego mengatasi segalanya.

" mana korang semua pergi semasa Celine mahu ke semua orang berkumpul semalam? " Bongcha memulakan bicara apabila menyedari bahawa Ryunji, Kiara, Hanako, Areum, Ara, Sarang dan Mia seakan terpana dengan kedatangan tujuh jejaka tersebut. Macam lah dia tak tahu bahawa ketujuh gadis ini ada scandal dengan setiap seorang jejaka daripada kumpulan berpengaruh ni, BTS.

Well, dia dan kawannya semua tahu tentang ia.

" oh, Bongcha. Good to see you again. " Seokjin mengukirkan senyuman ke arah gadis itu. Bongcha tersengih. " soalan aku tak jawab lagi. " gesanya. Dia tahu lelaki-lelaki tu seakan ingin lari daripada soalan nya itu.

" kitorang ada hal. " Yoongi memintas.

" hal? " Bongcha mereloadkan pistolnya kemudian diangkat setaraf dengan wajahnya. " that's all you got? " soalnya lagi, seakan mencabar kesabaran lelaki itu. Ryunji yang melihat seakan sedar apa yang dilakukan oleh Bongcha. Gadis itu cuba untuk mencabar kesabaran lelaki-lelaki di hadapan mereka ini.

Lengan Bongcha ditarik kebelakang oleh Ryunji. Ryunji memandang Bongcha dengan pandangan mendalam. " think before you act. " beritahu Ryunji perlahan. Dia tahu BTS bukan calang/calang musuh. Bongcha yang mendengarkan itu hanya menjungkitkan keningnya ke arah gadis tersebut. Sengihan terukir.

" oh sister, I don't do that. "

" Well then, please do now. You can get us killed. "

" pardon me? " Namjoon menyampuk. Senyuman yang lebar terukir pada wajahnya yang putih pucat itu. Namun, disebalik kepucatan wajahnya, lesung pipitnya masih ada untuk maniskan senyuman nya.

Semua memandang ke arah Namjoon, menunggu kata-kata yang bakal terbit daripada lelaki itu.

" We came here bukan untuk berlawan dengan korang. " Namjoon mengangkat kedua tangannya di atas, tanda berserah. Dia memandang wajah Ara. Pandangannya seakan ingin meyakinkan gadis itu. Areum yang menyedari itu hanya menyorok senyuman dia.

" kami datang untuk bekerjasama dengan korang semua. " Namjoon menuturkan katanya membuatkan mata para gadis membulat. Ianya bukan seperti apa yang mereka sangkakan.

17 July.  Where stories live. Discover now