" True love? "
Aoi Kireina Hanako membuat muka kemudian mengangguk pantas. Dia seakan seperti anak anjing yang mahukan makanan pada tuannya. Berbezanya, dia merupakan manusia.
Byun Baekhyun seperti terkejut dengan soalan itu. Wajahnya berkerut sedikit tetapi tidak ditunjukkan. Dia memandang ke arah Hanako untuk kepastian. Wajah Hanako begitu serius. Tetapi disebalik pandangan mata Hanako, Baekhyun seperti dapat rasakan ada satu perasaan sayu disebaliknya.
Dia tahu Hanako sedang berasa kesedihan walaupun tak tahu apa sebabnya.
" kau nak tahu maksudnya? " Baekhyun menjungkitkan keningnya ke arah Hanako. Dengan senyuman sebaris, dia cuba untuk tidak berlaku serius dengan gadis itu. Dia mahu ceriakan gadis itu, sebolehnya.
Dia kenal siapa sebenarnya Aoi Kireina Hanako yang menjadi bualan buah mulut rakyat Jepun.
Dikatakan, Aoi Kireina Hanako merupakan seorang gadis yang berani, cekal dan tidak pernah takut dengan musuhnya. Biarpun dia berhadapan dengan kematian, dia akan tetap berjuang untuk kehidupan dia. Dikatakan lagi, Hanako atau dikenali sebagai Utsukashi Kira merupakan seorang yang hati kering. Tak berperikemanusiaan, kerana itulah nickname nya juga merupakan dewi kematian.
Tetapi apa yang dia nampak pada Utsukashi Kira sekarang ini merupakan bertapa lemahnya gadis ini, perlu di lindungi secukupnya daripada kejahatan di luar sana. Bertapa naifnya gadis ini terhadap perkara yang dinamakan Cinta.
Nampaknya tak semua orang tahu siapa sebenarnya Utsukashi Kira.
" sudah tentu, sebab itulah aku tanya kau. " Hanako mengerutkan dahinya tanda geram apabila Baekhyun menyoal semula dirinya untuk dapatkan kepastian. Dia serius tentang perkara tadi dan mempunyai feeling betul punya untuk situasi begitu, tetapi Baekhyun hancurkan ia.
" pada pendapat aku, kau akan tahu sendiri kelak nanti. " Jawapan Baekhyun jelas membuatkan Hanako blur buat sepuluh abadnya. Dia memandang ke arah Baekhyun dengan wajah kerut seribunya itu tetapi Baekhyun hanya mengangguk kan kepalanya sahaja. Langsung tak beritahu apa sebenarnya maksud disebalik kata-katanya itu.
Memeningkan, Hanako tak sukakan itu.
" beritahu sahaja lah. " pinta Hanako lagi dan Baekhyun menggeleng. " Hanako, pandangan seseorang terhadap cinta ini lain. Mereka memerlukan pengalaman untuk dapat menerangkan makna sebenar cinta sejati itu. Jadi aku takkan boleh beritahu kau apa sebenarnya maksud cinta sejati. Eventually, kau akan find out dengan sendirinya nanti. " jelas Baekhyun dan Hanako mula faham sedikit demi sedikit apa yang cuba diaampaikan oleh Baekhyun.
Dia kemudiannya mengangguk kemudian sambung berjalan. Namun pada pertengahan jalan, Mereka berdua mula terdengar seperti bunyi orang merengus. Kemudian diselangi dengan bunyi tumbukan serta das tembakan yang dilepaskan.
Baekhyun terus berlari ke arah mana bunyi tersebut datang disertai Hanako. Hanako telah membawa keluar pedangnya yang cukup tajam itu sebagai persediaan.
Mereka menyorok disebalik tiang dan mencuri lihat apa sebenarnya yang terjadi.
Kelihatan Xiumin dan Chen sedang bertelingkah. Mereka saling mencederakan masing-masing dengan cukup kasar. Melihat keadaan itu, Hanako terus memandang ke arah Baekhyun kerana dia tahu bahawa mereka berdua itu merupakan kawan sekumpulan Baekhyun.
Tetapi kenapa mereka bergaduh?
—
" ulang balik? "
Jimin berpura tidak dengar. Bukan apa, dia tak mahu menganggap perkara yang benar itu adalah benar. Dia tak mahu memuntahkan ke semua isi perutnya. No way. Sudahlah dia jarang makan sejak semenjak ini dan jika dia memuntahkan isi perutnya, dia mungkin akan pengsan.. sekali lagi. Jadi dia tak mahu perkara itu berlaku lagi. Ianya sungguh memalukan. Dengan adanya beberapa orang perempuan di sini lagi.
" muntahkan apa yang kau makan pagi tadi. Ada cip pengawal tubuh kau. " jelas Bongcha secara ringkas dan Jimin masih lagi curigakan gadis dihadapan nya ini. Yoongi sudsh terdiam seribu bahasa apabila dia mendengarkan perihal tentan cip pengawal badan itu.
Just how cruel they are?
" ianya untuk keselamatan kau juga. Kau telah bunuh Chanyeol, tak mungkin selepas ini akan menjadi salah seorang daripada kita kan? Muntahkan sekarang sebelum ia beroperasi semula. " Areum bertegas. Dia memandang ke arah Jimin dengan pandangan yang cukup tajam dan serius.
Jimin tersentak apabila mendengar tentang hal dia membunuh Chanyeol. Bayangan tadi sewaktu dia menikam Chanyeol mula berulangan di minda. Peliknya, memori itu seakan baru dibina dalam minda dia. Jimin mengerutkan dahinya.
" aku.. bunuh dia? " soal Jimin lagi dan Areum mengangguk kan kepalanya perlahan. Dia memandang Jimin dengan pandangan cukup tajam.
" Jimin, ianya untuk kebaikan kau juga. Kebaikan semua orang yang berada di sini. " jelas Angulo secara tiba-tiba. Yoongi memandang Angulo daripada atas sehingga ke bawah. Gadis itu masih lagi berpakaian seksi walaupun di sini merupakan pusingan permainan kematian. Dia boleh terbunuh akibat boot dan skirtnya itu.
Jimin memandang Angulo sekilas sebelum dia memandang ke tapak kakinya semula. Angulo cuba berikan senyuman kecil pada Jimin tetapi Jimin terus alihksn pandangan nya ke arah lain.
" korang pun muntah sama, kita nak elakkan daripada berlakunya sebarang masalah di antara kita. " Bongcha berkata lagi. Ryunji yang ada dibelakangnya hanya mendengarkan ia dengan teliti. Dia mengutuskan untuk mendiamkan diri sahaja.
" boleh aku kaji ia? " Areum meminta izin. Bongcha mengangguk perlahan kemudian menghulurkan ia ke arah telapak tangan gadis itu. " hati-hati dengannya. " tambah Bongcha lagi.
Apabila Ryunji melihat yang lain mula beredar untuk memuntahkan cip tersebut, pandangannya terarah ke arah Kyungsoo yang masih lagi beribakan kepala Chanyeol. Wajahnya sunggul. Ryunji mula rasa kasihan dengan lelaki tersebut.
Anehnya, tadi dia bertembung mata dengan Yoongi, Yoongi seakan tidak melayan nya. Menganggap bahawa kewujudan dia tiada langsung di antara mereka semua. Itu membuatkan hati Ryunji panas, tetapi dia mengutuskan untuk membiarkan sahaja lelaki itu. Lagipun ianya bukan masalah dia kan?
Daripada jauh, kelihatan Yoongi sedang memandang ke arah Ryunji. Dia hanya memerhatikan langkah gadis itu dengan cukup teliti. Keliru dengan perasaan dia sendiri, walaupun dia tahu yang dia tidak sepatutnya melakukan sedemikan.
Ryunji mencangkung disebelah Kyungsoo kemudian menutup mata Chanyeol yang terbeliak itu dengan tapak tangannya. Kyungsoo yang sudah menangis teresak-esak itu dipandang sekilas sebelum dia memulakan kata-katanya.
" setiap permulaan, pasti ada perpisahannya." Ryunji berkata perlahan kemudian menghadiahkan Kyungsoo sebuah senyuman.
" setiap perpisahan, adalah permulaan bagi sesuatu yang baharu, jadi kau perlu kuat menghadapinya. " Ryunji memegang bahu Kyungsoo dengan lembut lalu dia bangun semula.
Mulai saat itu, Kyungsoo mula sedar macam mana Yoongi, saudaranya itu boleh jatuh cinta pada Ryunji.
—
YOU ARE READING
17 July.
Mystère / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...