㌁ 〉111 : real happiness.

627 98 101
                                    


" Haera, stop it. "

Hoseok mengacip giginya, rahangnya bergerak apabila melihat Kiara duduk dihadapan meja kerjanya dengan gaya menggoda.

Kiara hanya mengendahkan sahaja. Parah lelaki ini, apa yang dia buat semuanya lelaki itu menganggap dia sedang menggoda laki tu. Tak ada masa.

Dia hanya membaca majalah dihadapannya sahaja. Mana ada menggoda.

Dia sekarang ada di dalam bilik office Hoseok. Di mana Hoseok mengendalikan berapa kemasukan perempuan baharu untuk didagangnya, berapa banyak pelanggan yang membayar perempuannya dalam perniagaan dia ini. Banyak lagi. Itu merupakan kerja utama Hoseok. Setiap hari.

Selalunya dia akan masuk officenya lambat, lambat sangat. Katanya ada hal yang lebih penting, padahal selalu sahaja ada aduan daripada Yoongi dan Seokjin yang Hoseok datang untuk mengacau kawannya. Tetapi tak ada sesiapa berani bersuara, Hoseok adalah boss kepada segalanya. Jadi dia dikecualikan daripada sebarang hukuman.

Dan harini Kiara ada menemani dia kerja, satu-satunya sebab dia teruja untuk kerja.

Walaupun dia langsung tak fokus dengan kertas dan fail yang ada dihadapannya itu.

" For fuck sake, Hoseok. Aku tak buat apa-apa. Daripada kau renung aku sahaja lebih baik kau sambung kerja kau. " bebel Kiara, dan lelaki itu membuat muka. Hoseok kembali memandang kertas-kertas yang berselerak atas mejanya tu.

Kiara tersenyum kecil. Dia sambung memandang majalahnya dengan pandangan yang bosan. Sebenarnya dia bosan, ya nampak sangat. Tetapi oleh kerana Hoseok menyuruh dia teman, dia setuju.

" kalau kau tahu aku pernah ketagih dadah apa reaksi kau? "

Selakkan muka surat majalah itu terhenti. Kiara melirikkan matanya ke arah Hoseok. Memerhatikan lelaki itu dengan pandangan keliru. Mata nya bertentangan dengan Hoseok. Kelihatan wajah lelaki itu serius.

" apa maksud kau? "

" jawab sahaja soalan aku. " Hoseok menyambung membuat kerjanya, menunggu jawapan daripada Kiara. Kiara mengetap bibirnya.

Ketagih dadah? Apa reaksinya?

" aku tak suka. " Kiara berlaku jujur. Pergerakkan pen pada tangan Hoseok terhenti. Kiara menyedarinya. Hoseok langsung tak memandang Kiara, dan dia menelan air liurnya.

" ..tapi aku akan cuba fahami situasi kau. " Kiara menyambung, matanya dilontarkan pada majalah dihadapannya. Mengamatinya.

" aku tahu kau macam mana, pasti ada sesuatu terjadi pada diri kau sehinggakan kau ambil dadah. Lihat sahaja daripada personaliti kau, kau bukan jenis yang suka makan ubat atau pil. " Kiara menerangkan lagi. Hoseok mengangguk kecil. Senyuman kecil terukir pada wajahnya.

" Perniagaan aku pernah ditangkap dahulu, kalau ia terjadi lagi, apa reaksi kau? "

Soalan Hoseok seterusnya membuatkan Kiara semakin bingung. Kenapa tetiba tanya soalan macam ni? Apa Hoseok menguji dia ke?

" Mungkin ianya petanda untuk kau berhenti buat kerja ini. " Kiara menjawab selamba. Keningnya terjungkit apabila melihat beg tangan yang cantik pada majalah tersebut. Hoseok mendiamkan diri.

" Kerja ini tak bagus. Kau sendiri tahu tu. Walaupun ada di antara perempuan ingin menjual diri mereka, kau tak sepatutnya galakkan mereka. Kitorang bukan benda, Seok. Aku bukan benda. " tegur Kiara dengan nada bersahaja. Langsung tak memikirkan perasaan lelaki yang sedang merenungnya tajam.

17 July.  Where stories live. Discover now