" Penerbangan ke District Dements akan berlepas tak lama lagi, di minta penumpang bersedia di kawasan pintu masuk platform. Terima kasih "
" dunia ini terlalu kejam untuk aku, kau tahu? " suara lunak milik seorang gadis kedengaran di dalam bilik air tersebut. Kelihatan ada seorang perempuan yang umurnya hampir mencecah 30 tahun di dalam salah sebuah stall bilik air itu bernafas dengan berat. Badan nya menggigil kuat kerana ketakutan. Peluh juga mengalir daripada dahinya.
Bot yang dipakai oleh gadis itu kedengaran menghampiri satu persatu stall yang ada dalam bilik air awam tersebut. Satu persatu daripada nya di buka dengan kasar kemudian kedengaran bahagian dinding stall tersebut di seret dengan pisau yang tajam sehingga menghasilkan bunyi yang bingit.
" aku hanya mahukan dunia yang sempurna untuk aku. Kehidupan yang normal. Kenapa aku tak boleh dapatkan nya? Apa aku ni tak layak? Apa salah aku pada dunia? " suara gadis itu kedengaran semakin sayu. Perempuan yang mencecah umur 30 an itu mula menenangkan dirinya di dalam stall tersebut. Derapan kasut itu berhenti.
" mungkin ianya memang salah aku. Aku membawa bala pada keluarga aku dan aku tak pernah membuatkan mereka banggakan aku. Sebaliknya.. aku menghina mereka. " dan suaranya menjadi perlahan dan perlahan. Makin lama, kedengaran nada suaranya seperti bergetaran. Itu membuatkan perempuan yang dalam lingkungan umur 30 tahun itu terdiam dan mula mengasihaninya.
" aku tak sanggup.. kenapa? Kenapa hidup aku ni buat aku lakukan perkara macam ni? Kenapa aku tak cuba selamatkan mereka? Ke-kenapa.. " dan kedengaran esakkan di hujung ayatnya.
Wanita itu tersentuh hatinya apabila mendengar masalah gadis tersebut. Mungkin gadis itu bukan lah bertujuan untuk membunuhnya tetapi dia hanya mahukan perubahan dalam kehidupan nya. Dia hanya mahu seseorang untuk menolongnya. Memandang kan dia sendiri merupakan seorang doktor pakar psikologi, dia perlu lakukan sesuatu.
" biar saya tolong awak! " Lantas, dia segera keluar daripada stall nya lalu memandang ke arah gadis tersebut yang di sangkanya berada dihadapan nya itu.
Tetapi tekaan nya salah. Gadis itu tiada di hadapan nya.
Nafasnya tersingkap apabila dia kini merasai sebilah pisau yang tajam berada di bahagian lehernya. Serta merta hatinya hancur apabila mendapati gadis tadi itu tertawa sinis dibelakang nya dengan mendayu-dayu.
Walaupun begitu, dia masih tak berputus asa. " sa-saya f-faham m-m-masalah a-awak.. ugh! " pisau yang ada pada lehernya didekatkan lagi menyebabkan lehernya rasa kepanasan dan pada masa yang sama, kesakitan yang teramat. Darah mula mengalir.
Gadis yang berada di belakangnya itu menjungkit kening pada wanita tersebut lalu dipusing tubuhnya dengan kasar menghadap cermin yang ada disebelah mereka itu. Kini, wanita berumur 30-an itu dapat melihat wajah sebenar gadis itu dan dia sejujurnya terkejut.
"s-s-scarlet? "
Gadis itu menjilat bibirnya lalu melentokkan kepalanya pada bahu wanita itu dengan sengihan maut. " you knew me " dia senyum lagi. Kemudian dia melirikkan matanya ke arah cermin di mana wanita itu sedang memandang ke arahnya dengan nafas yang berat. Senyuman nya mati, eksperiasi nya kosong.
" oh dear, aku sendiri tak faham dengan masalah aku inikan kau? "
❨☠︎❩
" masalah betul sebab lupa nak keluarkan duit daripada bank tadi. " Mia Kim mengelap tangan nya menggunakan tisu lalu memasukkan dompet wanita tadi ke dalam begnya. Mujur, mangsanya kali ini kaya orangnya jadi dia dapat simpan duit dia itu dahulu daripada membazirkan nya untuk ke pulau jenayah tu.
YOU ARE READING
17 July.
Misteri / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...