" wee.. whaa? "
Ryunji mula bercakap dalam bahasa yang asing membuatkan Yoongi mengerutkan dahinya ke atas bahasa yang digunakan oleh perempuan itu. Sudah kenapa perempuan ini? Mabuknya memang begini rupa?
Yoongi masih meletakkan tangan nya pada permukaan pokok itu dan Ryunji pula asyik menghantukkan kepalanya pada pokok itu. Mujur ada tangan Yoongi, kalau tidak mungkin perempuan ini sudah pun mental.
" tak sangka ada penjenayah sebodoh kau. " Yoongi mengeluh perlahan. Kemudian menarik lengan Ryunji ke arahnya. " kau mabuk, lekas balik ke bilik kau sebelum pukul 12 atau kau mahu mati di sini? " Yoongi memberi amaran. Tetapi Ryunji langsung tak mendengarnya. Dia benar-benar mabuk.
" berapa banyak kau minum alkohol ini? " Yoongi kemudian nya menarik Ryunji lalu mengendongnya cara bridal. Memandangkan Yoongi merupakan sebahagian daripada Bangtan, dia akan jalan di jalan yang tidak ramai orang bagi mengelakkan dirinya kelihatan mengendong seorang wanita. Ianya pasti masuk surat khabar ataupun di media sosial jika ianya berlaku.
Ryunji tanpa dia sedari, sudah pun berdengkur sewaktu dia tidur di dalam gendongan Yoongi. Yoongi memandangnya melalui sudut matanya kemudian dia memandang kehadapan semula. Oleh kerana Ryunji memakai seluar pendek, tangan Yoongi terpaksa memegang bahagian terdedah kaki nya. Itu membuatkan Yoongi sendiri; berasa janggal. Mujur wanita ini sudah tidur.
Dia mengutuskan untuk membawa wanita itu ke rumah mansion nya memandangkan dia tak tahu di mana sebenarnya dorm perempuan ini. Berdasarkan baju, tak mustahil dia mempunyai banglo sendiri.
Yoongi meletakkan Ryunji di bahagian tempat duduk penumpang belakang lalu dia masuk ke dalam kereta dan pandu ke arah rumahnya.
❨☠︎❩
" Kau tahu macam mana mahu merawat ekor dia? "
Am Ara menyoal Namjoon setelah mereka tiba di banglo besar milik Bangtan. Buat pengetahuan, mereka ada di bahagian belakang rumah tersebut di mana ada sebuah pondok kecil yang disinari dengan cahaya malap lampu kecil di situ. Di bahagian belakang itu juga terdapat banyak bunga-bungaan yang harum baunya.
" ya, aku tau. " Namjoon mengangguk perlahan lalu dia membuka kotak first aid kit yang ada dia sebelahnya. " boleh kau tolong pegang kucing itu agar dia tak bergerak? " Am Ara lantas mengangguk perlahan.
Tangan Am Ara memegang tubuh kucing kecil itu dan Namjoon merawat ekor si kecil tersebut. Kucing itu mendengar kata, jadi ianya mudah untuk dirinya merawat luka kecil milik Kucing itu. Am Ara tersenyum gembira apabila mendapati ekor kucing itu telah dibalut oleh pembalutnya dengan kemas.
" impressive, aku ingatkan kau hanya pakar dalam menjual pistol dan senjata haram. " Am Ara sedikit memerli sambil jari jemarinya mengusap lembut kucing itu. Kucing itu sudah pun tertidur di atas meja itu dengan lena.
Namjoon tersengih. " this is my extra talent. " dia menggaru belakang lehernya perlahan. " ..because I love animals. Especially crabs " katanya lagi dan senyuman lesung pipitnya. Am Ara hanya mengangguk kan kepalanya perlahan. " sounds fake but okay. "
" what do you mean? " Namjoon mengangkat keningnya terhadap perempuan itu dan Ara tersenyum simpul. " pernah ke orang bela ketam? " dia mengerutkan dahinya.
" no, but I love to go searching for them whenever i'm in a beach. It's not that I love to make them as my pet, but they are one of my favourite animals. " Namjoon berkata lagi dan dia menyentuh hidung kucing itu menyebabkan kucing itu menyentuh mukanya menggunakan tangannya.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...