㌶ 〉80 : drinking your eyes.

559 101 164
                                    


Ara memerhatikan apa yang sebenarnya terjadi daripada tadi lagi. Apa yang dikatakan oleh Namjoon tadi kepada Celine membuatkan hatinya terusik.

Seokjin menyedari bahawa Ara daripada tadi memerhatikan Namjoon. Dia tahu hubungan Ara dengan Namjoon macam mana. Namjoon jarang ceritakan kepada dia tentang Ara tetapi dia tahu mereka ada hubungan sulit.

Namun Seokjin mengutuskan untuk mendiamkan diri sahaja. Bukan urusan dia ingin mencampur tangan dalam hubungan orang lain. Dia hormat hubungan Namjoon, tak mahu membuat perselisihan faham dalam hubungan kawannya itu.

Seokjin memerhatikan apa yang sebenarnya terjadi. Dia lihat Bongcha kini sudah mendedahkan dirinya sepasukan dengan mereka. Barangkali, ke semua kumpulan kini bersepakat untuk sepasukan dengan Bangtan. Itu dah cukup membuatkan hatinya senang.

Ya, mereka kini sudah sampai di lapangan terbang seperti yang diplankan oleh ahli bangtan semua.

Yang terselamat, kena pergi ke lapangan terbang.

Jadi Seokjin membawa Sarang, Ara dan Areum ke lapangan terbang. Meskipun ianya rumit sedikit kerana di lapangan terbang itu akan adanya konco-konco Winston, Seokjin yang sudah menghafal selok-belok dalam lapangan terbang Amerika Syarikat itu tahu di mana jalan yang selamat.

" Seokjin. " Areum memanggil dan Seokjin lantas menoleh ke arah gadis itu. Wajahnya melembut apabila melihat mata Areum berkaca.

" kenapa? " Seokjin lantas meluru ke arah Areum yang sedang meriba Sarang. Wajah Areum pucat lesi, tangannya mengigil. Dia menekup mulut nya dan menunjukkan jari telunjuknya pada Sarang.

" degupan jantung Sarang terhenti. "

Ara lantas menoleh. Wajahnya kelihatan terkejut apabila mendengar Areum mengata demikian. Dia terus meluru ke arah Sarang dan Areum. Matanya membulat. " apa? " soalnya ringkas.

Seokjin pula dengan segera menyuruh Areum dan Ara ketepi. Dia membaringkan Sarang secara menelentang di atas lantai kemudian memeriksa nadi gadis itu. Wajah Sarang semakin lama menjadi pucat dan pucat. Dahulu bibirnya kelihatan kemerah-merahan tetapi sekarang, bibirnya kehilangan warna.

Seokjin yang sedang memeriksa nadi itu terhenti apabila tiada langsung degupan nadi yang dirasakan olehnya. Hatinya seakan terbenam. Dia cuba lagi mencari degupan jatung gadis itu, tak berputus asa.

Areum sudah pun menangis teresak-esak. Tubuhnya didakap oleh Ara yang juga sedang menangis perlahan. Mereka kehilangan Sarang.

Mereka mungkin akan kehilangan Sarang.

" hyung..? "

Kelihatan Taehyung yang baru sahaja keluar daripada pintu belakang ke lapangan terbang itu terhenti apabila melihat Seokjin sedang bertungkus-lumus untuk mencuba sedaya upaya untuk mendengarkan degupan jantung Sarang semula.

Sarang. Jung Sarang.

Taehyung seakan terpana. Situasi yang dia sedang lihat adalah kedua kawan Sarang, Ara dan Areum kini menangis tersedu-sedan melihat Sarang dan Seokjin sedang mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Sarang.

Situasi ini tak lain tak bukan... Sarang.

Beg peralatannya terlepas daripada peganggan. Taehyung sendiri tak tahu kenapa hatinya terasa begitu hancur. Seperti ada satu cebisan hatinya dipotong kemudian dicarik-carik dengan begitu kejam tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami kerananya.

17 July.  Where stories live. Discover now