" I don't need any time. "BANG!
Winston mengeluarkan pistol daripada kotnya kemudian melepaskan tembakan ke arah Celine. Tanpa ragu-ragu.
Tekaan Namjoon tepat sekali,
Winston adalah seorang yang unpredictable.Sama seperti dirinya.
Namjoon terus menghalang Celine daripada hadapan menyebabkan dirinya terkena tembakan tersebut. Celine terpempan dan Jimin teriak nama Namjoon, lantang.
Segalanya berlaku dengan perlahan bagi Namjoon. Tanpa dia sedari, dirinya telah pun terduduk. Celine menahan tubuh Namjoon daripada rebah.
Sekelip mata sahaja, darah bercucuran keluar daripada bahunya. Namjoon tersengih.
Sekitarnya terasa begitu perlahan. Telinga Namjoon berdengung. Dia tak dapat dengar jeritan Jimin padanya; menyoal sama ada dia okay ataupun tidak. Begitu juga suara Celine dan teriakkan lantang daripada Bongcha yang sedang mencarut pada Winston.
Hati Winston keras, sama seperti dirinya dahulu.
Pelik, diri Winston sering kali membuatkan Namjoon teringatkan dirinya dahulu.
Tanpa berlengah, Namjoon memakai mikrofon yang ada dalam poket kemejanya. Dia mengaktifkan mikrofon itu.
" Yoongi, it's the end of time. "
—
Winston hanya melihat sahaja apabila melihat Namjoon terkena tembakkan yang dia acukan pada Celine.
Mereka semua berkerumun di sekeliling Namjoon, memyoal sama ada Namjoon okay ataupun tidak.
Matanya bertaut dengan Celine. Kelihatan Celine memberikan dia pandangan yang tajam. Begitu tajam.
" aku tak akan maafkan kau, Winston. " Celine berkata lantang. Winston tersengih.
" aku tak perlukan pun maaf kau. " Winston memusingkan badannya dan memandang ke arah konconya semua.
" end them. " Senyuman terukir dan Winston memandang ke arah Celine semula. Segalanya akan berakhir tak lama lagi. Winston tak sabar— teruja.
" You crazy fucker! " Bongcha menjerit lantang pada Winston. Kelihatan gadis itu begitu baran dengan sikap Winston yang sesuka hati sahaja itu. Sungguh berhati kering.
Ke semua konco Winston mengangkat senjata dan mengacukan ia pada Namjoon, Celine, Bongcha dan Jimin.
DUNG! DUNG! DUNG!
Sebilangan banyak konco Winston tumbang. Ada tubuh di antara mereka hancur. Darah memercik di merata tempat.
Hati Winston tenggelam melihat keadaan itu. Bunyi helikopter berkumandang. Angin kencang mulai terasa.
" what the— "
Winston menutup wajahnya, untuk melihat siapakah gerangan tersebut. Kelihatan ada banyak helikopter yang mempunyai machine gun di dalamnya. Di situ, berdirinya dua lelaki yang sedang memandang Winston dengan pandangan yang tajam.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...