Areum mengeluh, Sarang masih lagi tak menyedarkan dirinya setelah apa yang mereka lakukan tadi untuk membantu gadis itu. Mungkin Sarang memerlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.Areum memandang sekeliling. Dia cuba untuk mencari seseorang. Tidak kira lah, sesiapa supaya dia boleh minta tolong dan menyelamatkan diri mereka.
Game ini sudah hancur, dia sendiri tahu.
Setelah mendapat tahu yang sebenarnya Celine ingin memerangkap mereka semua, kalau boleh Areum ingin pulang. Dia malas lagi nak kesahkan tentang game ini, dia hanya mahu pulang dan berehat. Kemudian barulah dia fikir untuk melarikan diri ke negara yang terpencil daripada dijumpai.
Tetapi bila fikirkan semula, kasihan dengan kawan-kawan seperjuangan dengan nya. Dia tak boleh meninggalkan mereka berseorangan. Ianya tak betul.
Areum mula bangkit. Ara yang sudah terlelap dengan hampir ke semua rambutnya menutup wajahnya. Dia keluar daripada bangunan kemudian matanya melilau mencari susuk tubuh seseorang.
Mana Hanako? Ryunji? Kiara? Mia? Adakah mereka baik-baik je? Diorang terselamat ataupun tidak?
Rasa risau menyebulungi hati Areum. Dirinya berdoa agar mereka tidak diapa-apakan dan berada dalam keadaan yang baik.
Tiba-tiba dia seakan terdengar bunyi seperti seseorang sedang merengus. Bunyi sepakan dan tumbukan juga kedengaran Areum menjadi serba ingin tahu. Dia terus menghampiri ke arah bunyi tersebut.
Walaupun dia takut jika ianya musuhnya tetapi dia seakan mendapat aura bahawa ianya bukan musuh. Mungkin ada seseorang yang mahukan pertolongan daripadanya. Mungkin?
Mungkin ianya Hanako, Kiara, Mia ataupun Ryunji?
Ya, ia boleh jadi mereka.
Areum mempercepatkan langkah. Jalannya terus menuju ke sebuah lagi bangunan bertentangan dengan nya. Bunyi itu datangnya daripada sana.
Sebaik sahaja dia tiba di bangunan itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Kuat. Areum terus menyorok dibelakang beberapa tiang yang ada di situ.
Meskipun dia sudah kerap berada dalam suasana begini, tetapi dia masih lagi tak dapat biasakan diri. Bunyi tembakan merupakan perkara yang buat dia takut. Ia membuatkan dia terkenang semula tentang ibu bapanya yang mati akibat ditembak oleh mafia dihadapan matanya.
Areum menghendap untuk melihat apa yang sebenarnya terjadi. Tatkala melihat ia, Matanya terus membulat.
—
Bongcha mengatur langkah ke sebuah bangunan lapangan terbang yang sudah terbiar bersama Celine dan Jack.
Matanya melilau melihat sekeliling. Banyak percikan darah dan mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan. Mayat-mayat yang tidak bersalah, Bongcha merasa jijik dengan pelaku yang membunuh mereka tanpa sebarang belas kasihan.
Ya, memang dia pembunuh juga. Tetapi dia bukannya seorang psiko yang mempunyai hati kering untuk membunuh sahaja manusia yang tidak berdosa.
" are you sure this is your brother? " Bongcha menjungkitkan keningnya pada Celine. " Sebab kalau aku jadi kau, aku tak akan mengaku dia ada pertalian darah dengan aku. Nu-uh, sorry not sorry. " Balas Bongcha lagi dengan wajah yang berkerut. Segala perbuatan Winston ini memang menempah neraka gamaknya.
Celine menggulingkan anak matanya. " he still my brother. Pretty sure he got a good reason of why he did this. " Celine mengalihkan mayat yang ada di jalannya menggunakan kakinya. Wajahnya berkerut, jijik juga dia nampaknya.
Bongcha tersengih sinis. Perempuan ni masih mampu nak mempercayai lelaki tak waras tu. Kalau dialah, dah lama lelaki itu kena penggal kepala. Tak cukup dibunuh sekali, masih lagi hidup.
Bongcha melirikkan matanya ke arah Jack. Kelihatan lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja daripada tadi. Satu idea menghinggap mindanya. Senyuman senget terukir pada wajahnya.
" Jack, are you sure yang kau ni boyfriend dia? " Bongcha tetiba menyoal. Jack yang berjalan di belakang Celine itu memandang Bongcha.
" because all i see is, kau macam orang kanan dia. Mengekor je daripada belakang. Like me with Winston. Oh, tak pun guard? " soal Bongcha kemudian dia memetik jari membuatkan Jack dan Celine terhinjut bahunya. " Hm, I think guard suits you more lah sebab kau pun tengah pegang weapon. "
Jack memandang Celine dan Celine menggelengkan kepalanya. Celine tahu yang Bongcha sengaja ingin mengapi-apikan hubungan dia dan Jack. Perempuan licik ini memang nak kena. Geram je hati Celine apabila melihat gelagat perempuan itu.
" I see yang Celine always bossing you around, tak rasa rimas ke? Dulu Winston selalu buat macam tu kat aku and to be fucking honest, I really don't like anyone bossing me around like i'm some sort of a toy to them. " Bongcha berkata lagi. Walaupun dia tahu yang dia telah membuatkan suasana antara pasangan tu menjadi janggal.
Well, ianya Bongcha. Dia langsung tak rasa serba salah. Malah dia suka dan lagi berminat ingin mengusik pengkhianatnya ini. Sudahlah adiknya menyebabkan diri dia hampir terbunuh tadi, dan sekarang? Dia tahu yang Winston menghancurkan Amerika.
Plus, Amerika adalah negara kegemaran dia! Well, only 10%.
Kalau Bongcha masih lagi menjadi kakitangan Winston dan Celine, tentu dirinya nampak bodoh. Tetapi sekarang, dia hanya mahu melakukan tugas dia yang terakhir demi kawannya.
Kemudian, dia ciao.
Kesah apa? Mereka yang mulakan, mereka lah punya hal.
Katakan dia selfish, tetapi orang yang tak waras macam Winston itu memang patut menerima akibat yang setimpal kasi lelaki itu sedar dan insaf. Dah sampai ajal pun masih lagi hidup. Mati-mati Bongcha ingatkan lelaki itu dah mati ditangannya.
Jack hanya mendiamkan diri dan Celine kelihatan menyampah dengan sikap Bongcha yang mengecam dirinya. Mahu dimarah, tetapi hanya Bongcha yang boleh bawa dia berjumpa dengan Winston.
Mereka melangkah masuk ke dalam ruang lapangan terbang. Kelihatan sunyi. Tetapi ada beberapa bagasi yang besar kelihatan di situ.
Celine menghampiri ke arah bagasi itu. Bagasi itu dia kenali. Ianya kepunyaan Winston.
" Winston is here, he is trying to escape. " Celine berkata pada Jack dan Bongcha. Bongcha hanya memeluk tubuh. Dirinya hampir tergelak mendengar kata-kata Celine.
" no, he didn't. " Bongcha berkata perlahan dan Celine memandangnya; ingin tahu.
" what do you mean? "
" kau tak kenal adik kau sendiri ke? Winston don't do 'escaping' " Bongcha memberitahu. Rambutnya dilibaskan kebelakang.
" he only strikes forward. "
" i don't get it? " Celine menjungkitkan keningnya. Bongcha facepalm dirinya sendiri. Perempuan ni lembap, getus hatinya.
" it means, he won't just quit. Dia akan lakukan benda yang sama, but at another country. " Bongcha menerangkan. Tetapi Celine dan Jack kelihatan bingung. Gadis itu mengeluh kerana menyampah.
" Which means, he is trying to fuck up any other countries too, dumbass."
—
YOU ARE READING
17 July.
Misterio / Suspenso❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...