"..beautiful "
Kiara mencarut dalam hatinya sepuas yang mungkin. Dia tak tahu lelaki itu mengekorinya sampai masuk ke dalam tandas ini. Apa sebenarnya yang dia mahukan daripada nya?
Dan ya, tak mungkin dia lupakan tentang kata-kata lelaki ini padanya pagi tadi. Bahawa dia akan bunuh dirinya kalau dia jumpa dirinya lagi.
Sekarang, dia seakan sengaja melakukan ini supaya dia mahu takutkan nya, Kiara.Tetapi Kiara mengumpul semangat. Dia kemudian nya membuka pintu bilik air tersebut lalu matanya bertemu dengan lelaki bernama Hoseok itu.
Lelaki itu telah membuka kotnya meninggalkan hanya baju kemeja yang dia tuck in dalam seluar nya. Butang kemeja lelaki itu juga dibuka pada bahagian atas dan keduanya. Seluarnya pula yang berwarna hitam gelap itu amat ketat, menunjukkan bentuk kakinya. Hoseok sedang menyandarkan dirinya pada singki bilik air itu. Daripada pandangan mata lelaki itu, dia dapat lihat lelaki itu seperti menikmati pandangan yang dia berikan padanya.
Dasar ayam.
" why? Fall for me already? " dia mengangkat keningnya. Wajahnya serius daripada biasa. Tiada sedikit nilai ejekkan pun daripada wajahnya. Kiara menelan air liurnya. Terasa pahit.
" apa yang kau mahukan daripada aku? " Kiara menyoal dengan pandangan yang tajam diberikan. Hoseok hampir sahaja tertawa, tetapi dia menahan nya.
" I want to punish you. "
Kiara tersengih lalu dia memeluk tubuhnya. " for what exactly? "
Hoseok senyum kecil. Dia kemudian nya turun daripada kedudukan nya di singki itu lalu menghampiri Kiara. Kiara langsung tak menjarakkan dirinya daripada lelaki itu. Dia berani. Itu membuatkan Hoseok lebih menikmatinya.
Perempuan ini, mengujinya.
" I saw you. " Hoseok memandang mata ke dalam retina mata Kiara dengan mendalam. Mata Kiara yang keperangan coklat apabila cahaya meneranginya ditenung. Kemudian matanya menurun pada hidungnya yang mancung seterusnya bibir. Bibir perempuan itu munggil. Kemerah-merahan kerana dia memakai liptint. Tak lupa juga, bau perempuan di hadapan nya ini mengasyikkan membuat moodnya untuk tidak menyentuh perempuan itu berlalu pergi seperti angin.
Hoseok sukakannya.
" bukan ke aku dah kata kat kau jangan muncul di hadapan aku lagi? " Hoseok memegang beberapa helaian rambut Kiara lalu diusapnya. " kau tunjukkan muka kau, so you need to be punish. "
Kiara pula hanya menahan dirinya daripada menunjukkan dirinya itu ketakutan. Bukan apa, dia tahu lelaki di hadapan nya ini lebih brutal yang dia sangka. Dia mungkin kacak, tampan dan kelihatan soft-spoken tetapi Kiara tak mungkin terpedaya dengan itu semua. Dia tahu posisi lelaki ini.
" kau yang cari aku, bukan tujuan aku untuk tunjukkan wajah aku pada kau. " Kiara membidas dan itu membuatkan Hoseok tersengih lagi.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...