㌎ 〉96 : i miss you.

519 101 65
                                    


Ianya sudah dua selepas apa yang terjadi. Dua hari permainan itu sudah tamat.

Teapi di sinilah Ara, di sebuah Hospital. Duduk menemani seorang lelaki yang dia suka secara tidak sengaja daripada permainan di Pulau Dements itu.

Seokjin memesan pada Ara, yang dia dibenarkan untuk menjaga Namjoon memandangkan ahli Bangtan kebanyakkan nya sibuk sejak mereka sudah pulang di Korea. Kerja mereka— dan juga kerja Namjoon di ambil alih oleh mereka juga.

Tetapi ahli Bangtan akan tetap melawat Namjoon ketika weekend. Namun sepanjang masa Ara akan mengawasi Namjoon.

Lama juga lelaki itu tak sedarkan diri.

Dia harap Namjoon akan sedarkan diri tak lama lagi.

Ara mengelap bahagian dahi dan wajah Namjoon. Dia jarang melakukan perkara sebegini pada orang lain. Sisi lembut ini, langsung tak padan dengan pembunuh brutal macam dia. Tetapi jika ianya Namjoon, dia rela.

Ara menutup buku yang menjadi peneman dia selamat dia menemani Namjoon. Matanya melirik ke arah Namjoon yang masih lagi tak sedarkan diri. Ara menongkat dagunya.

" bila kau mahu bangun? " Jari jemari Namjoon disentuhnya. Dia mengamati jari Namjoon, runcing-runcing dan maskulin. Cantik pula tu jarinya.

Ara melentokkan kepalanya pada tilam katil Namjoon. Dia menyambungkan jari jemarinya kepada tangan Namjoon. Matanya redup memandang keadaan tangannya yang bersambung dengan lelaki itu. Perlahan-lahan dia ukirkan senyuman.

" i miss you. " air mata Ara bertakung tatkala menyebut ayat itu. Dia membenamkan wajahnya pada tilam itu. Rasa nak menangis, tapi ditahannya.

Dia seringkali overthinking. Macam mana kalau Namjoon tak akan bangun? Macam mana kalau Namjoon tak mahu dirinya? Macam mana mana kalau Namjoon bencikan dia? Macam mana?

Itu semua Ara soal pada dirinya setiap hari. Menyeksakan, kerana tiada jawapan yang tetap boleh gadis itu berikan. Semua jawapan nya adalah tergantung.

Ara begitu terdesak. Dia mahu Namjoon bangun.

" Kalaulah aku ada satu peluang lagi. Satu peluang untuk undurkan masa. Aku akan ganti tempat kau. " Ara berkata lagi dengan nada sayu. Dia tahu dia sedang bercakap seorang diri tapi dia langsung tak kesah.

" kau tak sepatutnya terima semua ini. " Ara membenamkan lagi wajahnya pada tilam hospital tersebut.

Buat seketika, keadaan menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran kipas daripada penghawa dingin yang menghemburkan kedinginan.

Tangan Namjoon yang dipegang oleh Ara itu, digenggamnya erat.

Tetiba, terasa gerakkan daripada jari jemari Namjoon. Ara rasakannya. Kepala dia terus terangkat lantas dia memandang Namjoon dengan pandangan terkejut.

Kelihatan Namjoon telah membuka mata. Mata lelaki itu melembut apabila melihat Ara disebelahnya. Perlahan-lahan lelaki itu ukirkan senyuman nya, menampakkan lesung pipit pada wajahnya.

" i miss you too. "


" Bongcha, kau yakin mahu pulang ke Spain semula bersama Seulha dan Athena? " soal Seokjin pada Bongcha yang sedang duduk dengan ala-ala divanya di atas sofa dalam pejabat Seokjin.

Gadis itu mengangguk tanpa menunggu lama. Sisipan air teh bunga dari cawan kaca di tangannya itu diletakkan semula pada pinggan kecilnya. " aku yakin. " sambung Bongcha tanpa ragu-ragu.

17 July.  Where stories live. Discover now