Jimin daripada tadi hanya mendiamkan diri sahaja sewaktu dia dan Angulo berjalan bersama. Wajah lelaki itu tegang, tak kelihatan seperti mudah didekati mahupun bercanda dengan nya. Angulo si penggoda yang hebat ini pun seakan ragu-ragu dengan tindakan nya.
Dia ingin memulakan perbualan tentang rakan duonya itu tetapi, dia tiada idea. Pertama kali dia tak ada idea untuk bercakap dengan lelaki. Wah, sungguh menggagumkan.
Jadi, daripada fokus terhadap lelaki kacak namun sombong dan dingin di sebelahnya ini, dia mencari jalan untuk menamatkan permainan kali ini dengan cepat. Dia sudah pun rasa seakan ada aura tidak baik yang akan berlaku sepanjang game bahagian ke dua ini. Percayalah.
" ini sungguh pelik. " Angulo memulakan kata-katanya dengan persoalan. Jimin masih tak memandang dia, sambung berjalan dengan jarak yang begitu jauh dengan gadis itu. Angulo mencebikkan bibirnya terhadap perangai lelaki tersebut.
" kalau kau jijik sangat dengan aku, pergi mampus lah. " kata-kata Angulo yang lantang dan begitu jelas itu membuatkan langkah Jimin terhenti. Dia menoleh ke arah Angulo dan mendapati bahawa gadis tersebut sudah pun berjalan jauh dengan arah yang berlainan daripada arah yang dia lalui.
Sebuah keluhan dilepaskan. Bukan apa, dia tak mahu fokusnya terganggu. Oleh itu, dia senyap-senyap mengekori gadis itu daripada belakang. Memerhatikan setiap gerak-geri Angulo dan apabila gadis itu menoleh ke belakang, dia akan menyorok.
Jimin sebenarnya tak mahu tunjuk dia kesah, tetapi pada masa yang sama dia tak mahu duonya berada dalam keadaan merbahaya.
❨☠︎❩
" aku minta maaf terhadap apa yang kami cuba lakukan pada kau mula tadi. "
Oh Sehun tidak sanggup memandang wajah gadis di sebelahnya ini. Wajah dia tertunduk. Melihat apa kebolehan gadis ini dalam beraksi permainan pertama tadi membuatkan dia berjanji tak mahu mendekatinya lagi. Gadis yang ada di sebelahnya itu hanya tertawa.
" aku tak kesah pun. " Kiara berkata selamba sambil membetulkan fake eyelashes dia. Sekarang ini disebabkan mereka tak tahu ingin ke mana, Kiara mengutuskan untuk mereka duduk sahaja di dalam kedai alat solek itu. Sehun pula hanya membiarkan nya.
" eh sebentar, apa ni? " Kiara mengangkat satu daripada powder pad itu lalu dibeleknya pelik. Jenama powder itu tiada langsung tak seperti alat make up yang lain. Sehun yang mrnyedari dengan tindak-tanduk pelik Kiara itu mula mendekati gadis tersebut.
" kenapa? " soalnya ringkas dan Kiara menghulurkan powder pad itu ke arahnya. " ia tak tertera jenama seperti yang lain. " beritahu Kiara dan riak wajah Sehun seakan menganggap itu perkara biasa.
Sehun tersengih lalu menggelengkan kepalanya. " mungkin sebuah ganjil kut. Tak mengapa. " balasnya sambil memandang peluru di tangan. Dia meletakkan shotgun nya di atas meja sebelum reloadkan ia supaya penuh.
" uhm, no.. aku rasa ini pelik. " Kiara memandang semula pada pad powder tersebut. Dia kemudian nya melihat pada belakang pad powder itu dan kelihatan tiada apa-apa pada permukaan nya langsung. Bertambah pelik dihulu hatinya.
Perasaan ingin tahu membuatkan dia mengoyakkan plastik powder pad tersebut lalu membukanya. Perkara pertama yang dia lihat adalah cermin. Dia memandang pelik pada cermin itu seraya terkejut apabila mendapati ada sekujur tubuh yang asing berdiri di belakangnya sambil memandang matanya mencerlung tajam ke arah cermin tersebut.
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...