㌟ 〉69 : pleasure.

626 126 85
                                    


Celine terus secara langsung meluru ke ayahnya. Donald Trump yang sedang berdiri di hujung bilik itu hanya mendiamkan diri walaupun dia tahu siapakah gerangan yang sudah tiba itu.

" Are you sure with this? " Celine lantas menyoal. Suaranya benar-benar kedengaran begitu tidak pasti dengan apa yang dirancangkan oleh mereka sendiri. Yalah, manusia hanya mampu merancang.

Macam mana kalau semua ini adalah punca kegagalan mereka sekarang? Macam mana mereka mahu selamatkan America?

Nak harapkan beberapa kumpulan jenayah yang tolong selamatkan? Bukan ke rancangan asal mereka adalah untuk memerangkap jenayah tu?

Lagi satu kalau si kumpulan jenayah itu ketahui tentang rahsia ini, mampus mereka. Mungkin nyawa mereka pula di ancam oleh jenayah serba pakar tu.

Donald Trump hanya mendiamkan diri. Dahinya berkerut, seakan dia sedang memikirkan sesuatu yang teramatlah rumit. Memang rumit, hal ini berkaitan dengan kedudukan Amerika.

Kini, barulah Trump sedar bahawa dia telah menyebabkan kedudukan Amerika ini tidak stabil. Bila-bila masa sahaja dia akan kehilangan negaranya ini.

Amerika dalam darurat.

Semuanya kerana diri dia.

" Father? " Celine memanggil ayahnya yang hanya mendiamkan diri. Celine mula risau apabila mendapati ayahnya langsung tak menyahut panggilannya.

" Father, are you okay? "

Trump lantas menoleh ke arah Celine. Pandangannya melembut. " i'm fine. " katanya sepatah dengan senyuman yang dibuat-buat.

Celine hanya memerhatikan. Jack yang ada tak jauh daripadanya juga hanya memerhatikan sambil mulutnya terkunci kemas.

" Ayah tak jangka semua benda akan jadi begini. " Trump memulakan katanya. Segala skrin paparan terhadap keadaan Amerika menunjukkan kemusnahan yang bagai tiada penghujungnya.

Celine mengalihkan pandangannya daripada menghadap televisyen yang memaparkan keadaan di Amerika sekarang. Trump pula, dia kini melepaskan keluhan yang berat.

" we will do whatever it takes. "


Ryunji berhenti menembak apabila dia menyedari bahawa mangsa terakhir menjadi sasaran tembakkan nya sudah rebah mencium tanah. Oh, dah habis dah?

Pistolnya dipusingkan 360 darjah kemudian di simpan semula ke tempatnya. Dia memandang kawan-kawan dia yang kini sedang sibuk membersihkan senjata mereka daripada darah musuh.

Baru sahaja dia ingin membuka langkah, Ryunji terhenti apabila merasakan kaki kanan nya lemah. Seakan tidak berdaya. Kadang kala, dia rasa kakinya mengigil tanpa sebab.

Terus, dia berhenti berjalan kemudian menyelak baju pada pergelangan tangannya. Dia menyentuh bahagian belakang tapak tangannya kemudian tertera beberapa tulisan hologram pada permukaan tangannya.

Sempat juga gadis itu menoleh ke arah kawannya. Memastikan dia hanya berseorangan.

Dia menjauhkan dirinya sedikit daripada kawan-kawannya yang lain. Namun Bongcha seakan perasan dengan tindakan gadis itu. Pandangan yang curiga jelas kelihatan pada wajahnya.

Ryunji memandang ke arah tapak tangannya. Dia mencarut perlahan.

" Ryunji? " Bongcha menegur daripada belakang gadis itu membuatkan Ryunji terkejut beruk. Terhinjut bahu gadis itu jadinya.

17 July.  Where stories live. Discover now