Bongcha meletakkan Ryunji di tepi dinding, membuatkan gadis itu dalam keadaan duduk. Matanya mengamati keadaan gadis itu dengan penuh teliti. Kelakuan aneh yang dilakukan oleh Ryunji tadi tak dapat dia kenal pasti kenapa dan juga mengapa. Itu merisaukan dia.
" damn it, Celine. Apa yang kau dah lakukan pada mereka? " getus Bongcha dengan dahi yang dikerutkan. Bongcha memeriksa degupan nadi gadis itu sama ada dia masih hidup lagi atau pun tidak. Dia menarik nafas lega apabila mendapati gadis tersebut masih lagi bernafas dengan stabil.
Bongcha bangkit, dia berjalan di sekitar kawasan tersebut. Ia benar-benar kosong, malah pintu juga tiada langsung kelihatan di kawasan ini. Dia mula tertanya-tanya. Jika diingatkan semula, memang ini adalah rancangan Celine bagi pusingan kali ini.
Macam mana kalau wanita itu memperbodohkan dia pula? Ianya tak mustahil memandangkan Celine sudah tikam belakangnya sebagai penolong setia wanita itu. Mengulang semula situasi tadi, dia merasa darahnya mendidih.
" Fuck you, Celine! "
Tiba-tiba pintu yang dia masuk ke dalam dinding ini tertutup, menghasilkan bunyi yang begitu kuat. Cukup kuat, membuatkan Bongcha terkejut. Dia ingin menghalang pintu itu daripada tertutup tetapi dia terlalu lambat. Kini pintu itu sudah tertutup, dan tiada langsung tombol pintu mahupun pin kod untuk membuka pintu itu semula.
Bongcha menghentak kedua tangannya pada pintu itu berulang kali. " HEY! " Jeritnya dengan begitu lantang dan dia mengetuk-ngetuk pintu itu lagi. Sekali sekala, dia menyepak pintu tersebut tetapi segala usahanya sia-sia memandangkan ia diperbuat daripada besi.
Pada masa yang sama, Bongcha sedar yang dia sudah terlambat. Benar-benar lambat.
Bongcha terduduk. Dia melepaskan keluhan yang panjang sebelum memeluk semula kedua kakinya dengan begitu erat. Wajahnya disembam pada kedua lututnya. Dia langsung tidak endahkan kelakuan nya walaupun dia tahu yang makeup nya akan comot jika dilakukan begitu.
Tiba-tiba, Bongcha terdengar bunyi seperti deringan loceng. Lantai di sebalik dinding tersebut bergegar kuat dan itu membuatkan Bongcha hampir terjatuh tersungkur. Dia merangkak ke arah Ryunji kemudian memeluk gadis tersebut.
Dia begitu keliru. Kenapa semua ini terjadi? Apa puncanya? Dan dia mulai perasan satu perkara;
Di dalam kawasan tersebut kini bertakung dengan air yang melimpah masuk ke dalam nya.
" i'm so dead. "
—
" kau ada rasa sakit kepala? "
Areum menyoal lelaki yang berada di sebelahnya itu dengan pandangan yang cukup mengelirukan. Pelik, baru beberapa minit selepas memakan ubat penahan sakitnya, kesakitan dia datang semula. Ini bukan sebarang penyakit yang normal dia alami. Ini berlainan.
" ya, aku ada rasa sedikit. " Chanyeol memegang kepalanya. Sekali sekala, dia mengusapnya lembut. " tetapi aku dapat tahan nya jadi ianya normal sahaja... mungkin. " Chanyeol menganggap itu hanya normal sahaja tetapi Areum tidak. Dia anggap itu perkara pelik.
" peliknya, aku jarang kena sakit kepala. Kenapa baru sekarang? " Areum menyoal dengan keningnya bertaut. Chanyeol hanya memandang ke arah perempuan itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
" hey, bukan hal yang related dengan apa yang kita bincangkan tapi, apa pandangan kau dengan Bangtan? " soal Chanyeol dan Areum menoleh ke arahnya. Buat seketika, dia cuba menghadam soalan yang ditujukan oleh pasangan nya itu kemudian dia menjuihkan bibirnya.
" aku tidak kenal sangat mereka, tetapi Seokjin boleh lebih kurang baik dengan aku. Kenapa ya? " soal Areum tanpa berfikir jauh dengan soalan yang Chanyeol tujukan padanya. Dia hanya menganggap soalan yang ditujukan padanya itu hanya biasa sahaja memandangkan dia kini risau dengan keadaanya yang sekarang ini.
" oh, kau berkawan dengan dia? " Chanyeol menjungkitkan kening dan Areum mengangguk. Wajah lelaki itu jelas menunjukkan reaksi yang benar-benar tidak disangka. Hal ini membuatkan dia rasa seperti ingin ketawa kerana tekaannya selama ini bahawa pihak atasan mereka ada sebab mempasangkan dia dengan gadis bernama Areum ini.
How funny.
" kenapa kau kata dia baik? " Chanyeol berkata lagi dan sambil-sambil itu dia membetulkan hoodienya. Peganggan nya pada senjata dia dieratkan lagi. Tajam, bersinar dan licin. Daggers kegemarannya juga dibawa masuk ke dalam permainan nya ini. Mana mungkin dia tinggalkan nya di rumah dalam aktiviti-aktiviti terpenting pada setiap tahun ini.
" dia berbudi bahasa dengan aku. Tolong aku dan segalanya. Lagipun aku rasa dia lah penjenayah yang aku rasa terbaik pernah jumpa. Walaupun pada mulanya tidak— "
" itu kerana kau perempuan. "
Areum terhenti kata-katanya. Dia menoleh ke arah Chanyeol dengan pandangan yang cukup keliru dan pada masa yang sama, tertanya-tanya dengan penyataan yang baru sahaja gadis itu katakan padanya. Dia dengar segalanya, tetapi dia tak mahu apa yang dia dengar itu realiti.
Jadi dia tanya semula ; " apa? "
Park Chanyeol menflipkan daggernya pada tangan dengan cukup smooth. Matanya dilirikkan ke arah Areum dengan keluhan berat. Dia menghela nya apabila melihat gadis itu hanya memandang dia dengan pandangan yang begitu pelik.
" kau tak tahu ke yang kumpulan Bangtan memang seorang yang pemain hati perempuan? Kalau dengan perempuan yang baru dikenali, memang dia akan layan sebaik mungkin dan friendly. Tetapi jika kau kenal mereka lebih mendalam, mereka lakukan begitu untuk mengenakan kau. " jelas Chanyeol dan Areum terdiam seribu bahasa. Wajahnya memandang ke arah Chanyeol dengan dahi yang berkerut.
" itu must— "
" mereka penjenayah after all, tidak mustahil bagi mereka berkelakuan begitu. Lagipun mereka jauh lebih kejam daripada kami. " sangkal Chanyeol lagi dan Areum terdiam lagi. Dia berfikir dengan begitu dalam tentang perkara tersebut.
Amat sukar untuknya percaya tetapi memandangkan Chanyeol ini juga merupakan seorang daripada kumpulan yang berpengaruh dalam Korea ini, dia juga mengetahui beberapa perkara yang dia tak tahu. Memandangkan Areum tidak selalu menyibukan diri dengan keadaan di sekeliling dia, dia menjadi blur dengan kejadian sekeliling.
" mereka suka sangat permainkan wanita. Selalu berfoya-foya dengan mereka. Bagi mereka perempuan merupakan benda yang mereka suka bazirkan masa bersama. Pada mulanya, mereka akan melayan kau sebaik mungkin seperti kau adalah orang terpenting buat mereka. Tetapi bila dah lama, mereka mula tunjukkan belang. " jelas Chanyeol lagi. Areum seakan tidak percaya yang lelaki ini tahu bermacam benda. Macam mana dia tahu? Ada sebab?
" macam mana kau tahu banyak tentang mereka? " Areum mula memandang ke arah Chanyeol dengan pandangan yang curiga. Dia mungkin seseorang yang tak mempunyai ilmu yang banyak tetapi dia bukan lah seseorang yang senang ditipu. Pandangan dia dikembalikan oleh Chanyeol semula.
" sebab adik aku salah seorang daripada mangsa mereka. "
—
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...