㌦ 〉42 : cold, cold stare.

1K 218 470
                                    

THE SECOND DAY OF CRIMINAL'S DAY.

• 0 7 : 2 1 • A M

Bangtan berjalan masuk ke dalam dewan yang dipenuhi dengan pemain-pemain yang bakal memasuki arena permainan sebentar lagi. Sebaik sahaja mereka masuk, kelihatan ramai melihat mereka terutama sekali pihak pemain lelaki yang bergelarkan EXO.

" tch. " Taehyung memperlekehkan mereka. Dia mengalihkan pandangan dia ke arah lain serupa seperti dia menjeling pemain lelaki tersebut. Itu membuatkan Jungkook menahan tawanya bersama Jimin yang juga sudah tertawa kecil. Seokjin tersengih tetapi dia hanya mengelengkan kepalanya sahaja.

Langkah mereka di aturkan ke arah meja yang ada ukiran nama kumpulan mereka dibahagian penjuru meja gelas tersebut. Kelihatan makanan untuk sarapan mereka sudah pun tersedia di atasnya sama seperti yang lain.

Mereka duduk, mula menyelesakan diri walaupun banyak mata memandang ke arah mereka.

" permainan itu sudah bermula ke? " Yoongi memandang ke arah mata-mata yang sibuk mencuri pandang ke arah kumpulan mereka. " ..sebab aku rasa mahu mencungkil biji mata mereka supaya mereka hilang satu-satunya pancaindera yang terpenting dalam diri manusia. " katanya serius kemudian mengalih pandangan nya ke arah lain. Lebih kepada menjeling maut ke arah orang-orang yang memandang dia itu.

" good morning, players. "

" here we go again, " Hoseok meningkah. Dia bermain dengan garfu di tangan nya menakala matanya melirik ke arah gadis yang berambut silver putih itu. " the USA so-call-princess. " tambahnya lagi.

Celine berada di bahagian meja dihadapan sekali. Mejanya di sediakan khas untuk kaki tangan terdekat dengan dia. Dia mengukirkan senyuman yang begitu manis. Namun, buat seseorang seperti ahli Bangtan, mereka sudah tentu tahu bahawa ianya palsu.

Their USA's so-call-princess know how to act.

At least, itulah yang mereka percaya.

" Permainan akan bermula 30 minit lagi, pemain boleh mula menjamu selera dengan sarapan yang telah disediakan. " kata Bongcha pula. Yang lain mula makan namun Bangtan hanya mendiamkan diri, memandang satu sama lain dengan pandangan berisyarat. Menakala, Yoongi dan Seokjin menajamkan mata mereka terhadap kakitangan Celine.

" how funny. " Taehyung tertawa perlahan sambil meletakkan tangan nya di atas meja; mengetuk-ngetuk jari jemarinya di atas meja. " kita lebih handal daripada mereka, kenapa kita perlu ikut kata mereka? It's making me sick. " kata Taehyung lagi membuatkan Jungkook tersengih.

" biar mereka tahu yang mereka berkuasa sekarang. " kata Namjoon mula mengangkat garfunya kemudian dia mencucuk salah satu kepingan daging yang telah di masak di atas mangkuk di hadapan nya.

" dan biar mereka lupa daratan, waktu itulah kita akan tunjukkan belang kita. " tambah Namjoon lalu dia menyuapkan daging tersebut di dalam mulutnya. Cecair daging tersebut menyirap ke dalam reseptor rasanya membuatkan dia menikmati makanan tersebut. Oleh kerana dia sober malam tadi, makanan seperti ini memang membantu dia.

" melalui wajah mereka, kata-kata Namjoon benar. " Seokjin kemudian nya memandang ke arah Namjoon sebelum memandang ahlinya yang lain. " they think they're good enough to control us because of this stupid game. "

" indeed. " Hoseok menjawab. Di pinggan nya sudah penuh dengan tulang-temulang daging kambing yang dia sudah makan. Punya laju makan, sehinggakan bahagian lauk kambing sudah pun licin. Jungkook mengulingkan anak matanya apabila mendapati tiada langsung kambing ditinggalkan untuk dia. Sengal punya ayam, Makan sahaja lah ayam. Desis hati Jungkook.

17 July.  Where stories live. Discover now