Yoongi berjaga sehingga lewat malam. Sudah berjam-jam rasanya dia duduk di atas kerusi, tulang belakangnya sudah rasa kelenguhan. Bahagian tengkuknya juga sama.Lelaki itu mengusap lehernya. Dia menyandarkan badan pada kerusi, kemudian mengerakkan sedikit kepalanya. Bunyi tulang bergeser antara satu sama lain membuatkan Yoongi mengeluh perlahan.
Dia rasa lemah. Sudah dua hari dia tak tidur. Kopi menjadi peneman dia untuk tidak tidur malam. Dia push diri dia sendiri dalam melakukan kerjanya tanpa henti.
Sebab setiap kali dia berhenti dan berehat, dia akan memikirkan tentang gadis itu.
Dan setiap kali itulah dia akan terluka. Yoongi rasa lemah sangat apabila merasakan perasaan itu. Perasaan seperti hatinya hancur berkecai dan realiti bahawa dia tak akan dapat berjumpa dengan Ryunji lagi.
Dia tak mahu. Dia mahu hentikan nya.
Yoongi menghentak mejanya. Kuat. Bunyi hentakkan kedengaran dalam bilik tersebut. Lelaki itu nampak serabut. Betul-betul serabut.
Dia merengus, geram. Dia geram dengan dirinya kerana tak cuba untuk menghentikan Ryunji daripada pergi. Dia geram dengan dirinya yang langsung tak kejar Ryunji semula tatkala gadis itu mengorak langkah pergi. Dia geram dengan dirinya yang memberikan reaksi membuatkan Ryunji kegelisahan dan kecewa.
Dia menyesal.
Dia tahu semuanya dah lambat. Dia patut move on. Dia juga tahu yang banyak lagi gadis di luar sana. Cuma ada sesuatu yang membuatkan Yoongi mengalah.
Sebab Yoongi yakin tiada sesiapa sama seperti Ryunji.
Senyuman gadis itu,
Kelakuan gadis itu,
Gurauan gadis itu,
Ketangkasan gadis itu,
Kecekapan gadis itu,
Kematangan gadis itu,Tiada sesiapa sama dengannya. Yoongi mahukan Ryunji. Ryunji sahaja.
Sunyi, sepi sahaja di dalam bilik yang serba mewah lelaki itu. Yoongi ada semuanya, kekayaan dan kesenangan tetapi sekarang, Yoongi masih rasa keseorangan. Kesepian.
Tangan Yoongi yang dikepalkan itu kelihatan menggigil. Lelaki itu memandang ia dengan perasaan yang kosong. Bahagian lengan tangannya kelihatan semakin berurat setiap kali dia mengenggam tangan dia. Oleh kerana Yoongi merupakan seorang yang putih, benar-benar putih, warna uratnya kelihatan di samping kulitnya.
Yoongi merasakan dirinya lemah, dia bencikan perasaan itu.
" Aku akan cari kau, Ryunji. "
—
Kiara melangkah masuk ke dalam bilik yang dia sepatutnya berada bersama pelanggan nya.
Walaupun gadis itu masih rasa keliru dengan keputusannya untuk tidur bersama lelaki lain.
Sejak dia menyertai game di Pulau Dements itu, dia tak pernah meniduri sesiapa. Rasa janggal— ya sudah semestinya tetapi lama kelamaan dia dah terbiasa.
Rasa janggal pula jika ingin kembali mengoda lelaki dan biarkan tubuhnya dinodai oleh lelaki yang dia langsung tak kenal.
Tetapi Kiara rasa tenang— seperti biasa. Serba sedikit dia tahu potensi dirinya. Dia pakar dalam melakukan kerjanya jadi dia tak perlu risau jika dia tetiba rasa janggal atau apa. Selalunya kalau dia rasa sedemikian, semasa tubuhnya dinodai, dia terus tahu apa yang ingin dilakukan.
YOU ARE READING
17 July.
Misterio / Suspenso❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...