㍗ 〉71 : Edryna.

582 121 131
                                    

Winston yang tadi dihiasi dengan senyuman, terus mati. Wajahnya kelihatan begitu tegang. Matanya merenung tajam ke arah Bongcha yang lidahnya sudah kelu. Tak tahu ingin berkata apa.

" kill them. "

Suara Winston hampir berbisik apabila mengutarakan penyataan itu. Namun ke semua orang kanannya mendengari ia. Mereka semua mula mengangkat senjata. Namun belum sempat tembakan dilepaskan, kelihatan ada seseorang melontarkan sebuah grenade ke arah Bongcha dan yang lain.

Jungkook merupakan orang pertama yang menyedari kehadiran grenade itu. Tetapi belum sempat dia memberikan amaran, grenade itu terlebih dahulu mendarat ke tanah.

Mata Jungkook membulat. Grenade itu jatuh benar-benar dekat dengan Hanako. Hanako pula pada waktu itu ingin menoleh ke arah Jungkook. Tetapi belum sempat pandangan mereka bertemu, letupan daripada grenade itu sudah pun tercetus.

Hoseok menahan tangan Jungkook, tidak mahu Jungkook terkena dengan asap letupan tersebut. Tetapi Jungkook degil. Dia menepis tangan Hoseok dengan begitu kasar kemudian lari ke dalam asap letupan tersebut.

Dia tahu grenade itu melepaskan asap yang beracun. Siapa yang terkena pasti akan tercedera. Disebabkan Jungkook memakai jaket yang menutupi segala inci badannya, asap tersebut tidak berjaya menyakitinya.

Dalam keadaan asap yang berkepul itu, Jungkook tercari-cari susuk tubuh gadis Jepun itu. Meskipun matanya mula pedih, tetapi dia menahan kesakitan tersebut.

" Kira? "

Mata Jungkook mula berair.

" Kira?! "

" J-Jungkook?.. "

Jungkook menoleh ke arah si empunya suara tersebut. Dia melihat Hanako sedang dipapah oleh Edryna. Mereka berdua berjalan sambil terbatuk-batuk. Namun wajah Hanako kelihatan begitu lemah.

Terus, Jungkook menghampiri Hanako dan Edryna. Dia memerhatikan keadaan Hanako yang begitu lemah itu. Pada lengan gadis itu kelihatan kemerah-merahan kesan daripada asap beracun itu.

Tanpa berlengah, Jungkook terus menanggalkan jaketnya kemudian di sarungkan pada tubuh kecil Hanako. Edryna yang berada di tepi hanya memerhatikan.

" Thank you Ed, I owe you big one. " Jungkook berkata. Tubuhnya nampak okay sahaja walaupun dia kini hanya memakai t-shirt hitam. Edryna tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia hanya memandang ke arah Jungkook dengan pandangan yang kosong.

" Its okay. Kau kena bawa dia pergi. " Edryna cuba untuk ukirkan senyuman. Jungkook mengangguk kemudian membawa gadis itu pergi.

Edryna cuba untuk mencari kawannya yang lain. Dalam kepulan asap yang begitu tebal itu memang sukar untuk dia lakukan misi pencariannya.

Dia melihat Bongcha dan Angulo tak jauh daripadanya. Terus, Edryna berlari ke arah kedua gadis itu. Bongcha dan Angulo sudah batuk teruk. Mereka batuk berterusan, tanpa henti.

Edryna terus menarik lengan Bongcha untuk memapahnya. Begitu juga dengan Angulo. " kau okay? Hey... okay ke? " soal Edryna berulang kali.

Dia cuba dengan segala kudratnya ingin memapah kedua gadis itu. Tetapi dengan kepulan asap yang beracun itu, ia menyakitkan kakinya yang hanya memakai denim shorts. Sudah, menyesal dia pakai shorts untuk ke sini.

17 July.  Where stories live. Discover now