㌟ 〉58 : unhappy.

903 161 158
                                    


     Ryunji tersedar dengan merasai seseorang mengusap kepalanya dengan begitu lembut. Kepalanya terasa begitu berat dan sakitnya berdenyut-denyut. Ryunji terasa sungguh terganggu dengan apa yang dia alami sekarang ini.

" Ryunji? Kau dah sedar? " Suara yang dia kenalinya itu membuatkan dia terjaga sepenuhnya. Apabila mengingati bahawa diri nya kini masih berada di dalam sebuah permainan, dia terus bangun.

Wajah Areum yang sembap itu dipandang oleh nya. Nampak macam gadis itu baru sahaja menangis sehinggakan matanya menjadi begitu kemerahan. Ryunji berasa pelik, tetapi sebelum dia mula berkata, matanya tertancap lagi pada seorang gadis yang berada di hadapan nya.

" Bongcha? Kita dah— "

" shh. " Bongcha meletakkan jari telunjuknya pada permukaan bibir dia sebelum dia memandang ke arah yang bertentangan dengan Ryunji. Ryunji mengekori di mana sebenarnya gadis itu pandang.

Ryunji mula melihat kehadiran beberapa orang lelaki yang dia tidak kenali. Dia terpandang ke arah sekujur tubuh yang berada tak jauh daripadanya, ianya Min Yoongi.

Ap – macam mana dia boleh berada di sini?

" apa yang terjadi? " Ryunji memandang ke arah Areum, inginkan penjelasan yang kukuh tentang apa yang terjadi tetapi gadis itu hanya diam, tidak berkutik. Bongcha pula hanya menggelengkan kepalanya.

" lebih baik kau diam, ada drama di sini tadi. " kata Bongcha tanpa ada perasaan. Dia hanya melihat situasi ketiga lelaki yang tidak jauh daripada mereka itu.

" apa yang terjadi?! " Jimin menengking dengan suara yang sungguh lantang. Yoongi hanya menundukkan wajahnya dengan eksperiasi muka yang sukar ingin ditafsirkan. Wajahnya nampak begitu kecewa. Menakala Jimin, dia kelihatan begitu marah.

Kyungsoo yang berada di situ hanya menangisi mayat yang ada di atas ribanya. Tubuh Chanyeol yang sudah tidak bernyawa itu. Darah bertakung di atas permukaan lantai tersebut, tetapi dia langsung tidak kisah akan nya.

" Jimin, bangun. "

Yoongi mengesanya dan Jimin hanya duduk, sambil memandang telapak tangannya. Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang begitu trauma dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Bayangan yang berada di dalam kepalanya membuatkan keadaannya menjadi tidak tentu.

Dengan penuh sabar, Yoongi menolong Jimin bangun. Dipegangnya lengan lelaki itu dengan erat kemudian dia memandang Jimin tepat pada matanya.

" bukan kau yang lakukan itu, faham? " Yoongi cuba meyakinkan Jimin. Daripada kelakuannya, walaupun Yoongi tidak kelihatan seperti seorang yang tahu bertapa sakitnya yang dia rasakan sekarang ini, Rasanya kata-kata Yoongi sudah cukup mengatakan bahawa Yoongi faham dengan keadaan Jimin.

" stay strong. " Pesan Yoongi sekali lagi dan Jimin mengetap bibirnya.

Ryunji memandang situasi tersebut tanpa berkutik. Kelakuan Yoongi yang menenangkan Jimin sungguh meyayat hatinya. Tak sangka, Yoongi juga seorang yang suka mengambil berat tentang seseorang itu juga. Terutama sekali kawan-kawannya.

" hey, kau boleh bangun? " soal Bongcha, dia menghulurkan tangan nya ke arah Ryunji untuk menolong gadis itu bangun. Dengan ragu-ragu, Ryunji seakan tidak tahu sekiranya patut ataupun tidak dia mencapai tangan Bongcha.

Tetapi, apabila menyedari sepanjang dia tidak sedarkan diri tadi Bongcha langsung tak mencederakan nya. Tambahan pula, gadis itu seakan baik dengannya sekarang ini.

Jadi Ryunji mencapai tangannya.

" ak— " belum sempat Ryunji menghabiskan kata-katanya, ada sesuatu terkeluar daripada dalam mulutnya. Sesuatu yang keras dan ia juga bergetaran kecil. Bongcha yang menyedarinya terus mencapai. Dia memegangnya kemudian memandang ia dengan penuh curiga.

17 July.  Where stories live. Discover now