" This is so not funny do. "Hoseok melangkah turun daripada helikopter yang mereka naiki. Jaket kulitnya dibetulkan semula pada tubuh. Wajahnya seringkali mendongak ke atas, melihat sekeliling bandar tersebut. Ianya hancur.
" ini bukan amerika yang aku kenal. " balasnya sendirian sambil menggelengkan kepalanya. Jungkook dan Taehyung yang juga menyelusuri dibelakangnya juga melihat pemandangan yang menyedihkan di situ.
"Tempat ini hancur. Tiada apa boleh kembalikannya kepada asal semula. " Yoongi pula berkata. Scar di tangannya dipegang erat. Dia memastikan segala peluru telah diisi penuh di dalamnya. Dan oh ya, tak lupa juga di poket seluarnya. Semuanya sudah siap.
" lawak sebab semua ini boleh terjadi dengan hanya kerana satu ketamakkan manusia. " Namjoon memakai sarung tangan kulitnya. Khas digunakan untuk dia menggunakan sniper kesayangannya kali ini.
Plan mereka kali ini hanya simple, selamatkan penduduk yang ada dan bunuh ke semua konco-konconya Winston. Simple as that.
Tapi mereka sendiri tahu yang tidak ke semua plan akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, mereka tetap berikhtiar agar segalanya berjalan lancar.
" Bangtan, gather around. " Seokjin yang sudah menutup enjin helikopter tersebut terus menghampiri mereka semua. Wajah membernya satu-satu dipandang.
" mungkin ini yang terakhir untuk kita. " Seokjin memulakan kata-katanya. Jimin sudah pun memberikan pandangan 'tidak' pada Seokjin namun lelaki itu hanya endahkan dia.
" mungkin ini adalah peperangan terakhir kita, memegang pistol, sniper, segala jenis alatan yang bahaya ni dalam hidup kita yang ini. " sambungnya lagi. Jungkook sudah pun menundukkan kepalanya.
" Tapi meskipun jika ini yang terakhir, aku nak cakap yang korang selalu lakukan yang terbaik. Korang selalu banggakan aku, kita semua ada each other dan tak akan berpisah walaupun kematian memisahkan kita. Even kita semua tahu apa yang kita lakukan sepanjang kita hidup ini adalah sia-sia tapi aku nak kau tahu yang aku tak pernah menyesal. Luangkan segala detik aku bukan lah satu pilihan untuk aku tetapi sesuatu takdir yang aku hargainya sangat-sangat. "
Namjoon merangkul leher Seokjin. Belakang lelaki itu ditepuknya perlahan. Mata mereka semuanya berair. Tetapi harus ditahan, tak macho lah kalau menangis kan?
" So, untuk yang terakhir ini aku harap kita akan berjaya seperti mana kita lakukan sebelum ini. Bangtan, fighting. "
—
Hayunan kaki Mia ke arah wajah lelaki yang cuba mengerjakan dia itu terkena tepat pada tulang wajah lelaki tersebut. Kedengaran bunyi krakk yang sangat kuat membuatkan terzahirnya senyuman sinis daripada wajah gadis tersebut.
Leher lelaki itu telah pun terkoyak kerana sepakkan daripada Mia. Dia menjerit kesakitan tetapi Mia terus meluru ke arahnya kemudian menolak tubuh lelaki itu sehingga jatuh ke atas lantai. Sekali lagi, lelaki itu mengerang kesakitan.
Bahagian kasut yang disarung pada kakinya ditonyoh pada wajah lelaki itu. " this is what you get when you downgrade kan my abilities. " katanya dengan senyuman puas.
Menakala Areum teragak-agak dengan pistol ditangannya. Dia tak biasa melakukan perkara sebegini. Selalunya dia hanya mengubatkan orang sahaja dan kepakarannya dalam membedah je. Bunuh secara terus menerus ini bukan sebahagian daripada kepakaran dia. Malang sekali.
Dia hanya memandang bertapa mahir nya kawan-kawan nya melakukan sepakan, melepaskan tembakan dan banyak lagi. Mereka sungguh pakar dalam hal ni.
Tiba-tiba ada seorang daripada lelaki tersebut menangkap tingkah laku janggal Areum. Dia terus menghampiri gadis itu dengan kepercayaan bahawa gadis itu adalah innocent dan tidak reti berlawan. Boleh lah dia menjadikan gadis itu sebagai umpan untuk dirinya mendapatkan yang lain.
Areum mengesan kehadiran lelaki itu. Terus sahaja dia mengangkat pistol tersebut lalu menghalakan ia pada wajah lelaki tersebut.
Lelaki itu hanya tersenyum. " tembaklah, tunggu apa lagi? " soalnya dengan sengihan. Merendahkan Areum.
Areum tersengih. Walaupun dia seakan panik ketika itu, tetapi jarinya berfungsi secara automatik dengan menarik picu pistol tersebut tanpa ragu-ragu.
Tembakan mengena pada mata sebelah kanan lelaki itu. Darah memercik dan lelaki itu terus jatuh menghempap lantai sambil mengerang kesakitan.
Areum hanya memandang ke arah lelaki itu. Pandangannya jatuh pada pistol yang dipegang pada tangannya.
" not bad? " katanya sendirian.
Hanako bergelungsur di atas lantai daripada celah kelangkang lelaki-lelaki yang cuba mengerjakan dia. Pedangnya di tangan terus dilibas-libaskan mengikut suka dia. Darah memecik di sana dan di sini bagaikan sebuah karya seni yang memerlukan teknik percikkan.
Setelah kasutnya sampai ke hujung dinding, terus sahaja dia bangkit dan berdiri dengan gayanya menghadap ke arah musuh-musuhnya yang dia kerjakan tadi.
Senyuman teruja nya terukir apabila melihat ke semua susuk tubuh yang sudah dikerat pada bahagian kaki mereka bergelimpangan di hadapan matanya.
" niceeee! " dia mengeluarkan iphonenya kemudian menangkap gambar. Tiba-tiba dia perasan sesuatu yang luarrr biasa.
Wajahnya bersinar apabila melihat disekelilingnya kelihatan ke semua kawan-kawan dia sedang berlawan dengan aksi yang cukup cool gila. Dia menekup mulutnya daripada menahan jeritan teruja nya meletus.
Ada lelaki yang cuba ingin menembak Hanako daripada jauh tetapi dengan segera Hanako mengeluarkan pistolnya yang berwarna pink dengan banyak stiker my little pony pada nya. Picunya ditarik berulang kali sambil di arahkan kepada lelaki tersebut. Mengena.
Hanako kembali pada iphonenya. Dia membuka snapchat kemudian start merakam kan dirinya sambil dibelakang nya kelihatan ramai orang sedang berbunuh-bunuhan.
Setelah dirakam, dia cuba lagi untuk mencuba filter yang lain.
Kiara berjalan ke hadapan menuju ke arah musuhnya dengan heels dia itu. Pakarnya dia, dalam keadaan berlari pun masih tetap tak terpelecok atau pun terseliuh. Dirinya nampak biasa sahaja ketika berlari menggunakan kasut sebegitu.
Kapak ditangannya di hayunkan daripada belakang. Apabila sudah rapat dengan musuhnya, dia menghentikan langkah kemudian menghayun kapaknya sekuat hati.
Kapaknya terkena pada perut lelaki tersebut. Terburai habis perut lelaki itu dan segala jenis usus, hempedu, hati, jantung, ke semuanya terjatuh kebawah. Dan ya, darahnya bagaikan banjir.
Kiara meletakkan kapak itu dibelakangnya semula. Dia melihat lelaki itu seakan sudah nazak— nyawa-nyawa ikan. Dengan pandangan yang langsung tak terselit rasa serba salah, dia melihat kat bahagian perut lelaki itu.
" oh, awak makan hotdog ke pagi tadi? Tak ajak, saya suka hotdog. "
Ryunji mengawal posisinya dengan benar-benar teguh. Pandangannya tenang sahaja melihat sekeliling. Ke semua musuh yang cuba untuk menghampirinya tidak akan dapat mendekatinya daripada 7 kaki ke arahnya. Jika rapat, mereka akan mati ditembak.
Sedang elok Ryunji menekan picu pistolnya, tiba-tiba dia melihat seakan pistolnya kini kekurangan peluru. Dengan pantas, Ryunji memusingkan ganggang pistolnya kepinggangnya, di mana peluru backup nya ada kemudian terus memasukkan ia dengan serentak.
Being Ryunji is much Cooler tho.
Dia terus meneruskan tembak tetapi serba sedikit dia tahu, ada sesuatu yang dia patut risaukan.
Mengenai dirinya.
—
YOU ARE READING
17 July.
Mystery / Thriller❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...