㌠ 〉34 : topless.

1.1K 231 392
                                    

" itu sungguh bodoh. "

Namjoon memandang ke arah Ara. Matanya ralit memerhatikan tingkah laku gadis tersebut. Ara tertawa perlahan apabila mendengar kata-kata Namjoon tadi. Entah apa yang lawak membuatkan dia tertawa dengan sebegitu sekali.

" Do you think this is funny? " Namjoon menyoal dan nadanya bertukar serius. Ara yang menyedari sikap lelaki itu berubah, tawanya perlahan-lahan mati. Dia tersenyum simpul lalu membalas pandangan dengan lelaki tersebut.

" bukan ke ianya lawak? " dia mengerakkan kepalanya ketepi, sambil matanya tertancap pada kucing yang ada pada pelukan dia itu. " kawan kau ke semuanya kerja membunuh orang yang menyanyangi nyawa mereka. Orang-orang yang tak bersalah. " Ara mengusap kepala kucing itu lalu ia mengiau perlahan.

" dan kau, orang yang memang tak sayang nyawa.. mereka tak bunuh pula? " air wajah Ara bertukar tatkala matanya bertemu dengan Namjoon. Pandangan nya dingin.

" sebab itulah lawak bagi aku. " Ara mengatur langkah meluru ke arah pantai. Namjoon hanya berdiri pada posisinya tadi. Tersengih dengan kata-kata bidasan yang datang daripada mulut gadis itu. Dia mengangguk perlahan sebelum mendapatkan Ara semula. Botol Arak ditangan nya di buangkan ke dalam tong sampah. Sekarang, dia tak rasa dia ingin mabuk.

Sebab dia mahu mengetahui lebih lanjut tentang gadis yang berani memperlekehkan dia ini.

❨☠︎❩

Areum ingin memasuki ke dalam biliknya. Dia baru sahaja keluar daripada bilik Jung Sarang selepas makan bersama ahli kumpulan mereka. Memandangkan makanan yang disediakan oleh Sarang memang sedap, itu membuatkan moodnya baik.

Memandangkan stadium itu besar dan tidak mempunyai banyak tingkat, bilik untuk para pemain semuanya berada dalam satu tingkat sahaja. Tingkat yang sama dengan dia.

Sebaik sahaja Areum ingin masuk, dia ternampak Seokjin berada di daun pintu biliknya. Lelaki itu terpandang ke arahnya membuatkan Areum terpaku pada posisi dia. Seperti biasa, lelaki itu memang anat tinggi menyebabkan Areum terpaksa mendongak untuk memandang tepat pada matanya.

Tak sangka, bilik dia bersebelahan dengan bilik Seokjin.

Seokjin mengukirkan senyuman segaris. Dia menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat sebelum memasuki ke dalam biliknya semula. Areum yang terpaku itu tadi terus menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Sudah kenapa dengan dia ni? Apabila nampak lelaki tadi dia tak dapat nak membuat reaksi.

Dia baru sahaja ingin menutup pintu biliknya, tiba-tiba ada orang menahan kaki pada daun pintunya. Itu membuatkan Areum terkejut. Dia lantas membuka semula pintu tersebut lalu memandang ke arah si empunya kaki itu. Keningnya bertaut apabila melihat ia merupakan Kim Seokjin.

" eoh? " Mulut Areum terbuka sedikit dalam bentuk 'o' apabila matanya bertemu dengan mata Seokjin. Pandangan mereka berbalas. Jari-jemari Areum yang ada pada tombol pintu itu digenggam erat. " Seokjin? " soalnya ringkas dan Seokjin mengukirkan senyuman lagi.

" Areum. " kini barisan giginya kelihatan. Putih nya seperti salju. " ya? " Areum menyoal dan Seokjin terus mengeluarkan tangan kanan nya yang berada di dalam poket seluar itu. Dia menggaru belakang leher dia yang tak gatal. Dia kelihatan ragu-ragu dan juga keliru. Areum mula tertanya-tanya dalam hati.

" i... i need your help. " jawabnya perlahan dan Areum terdiam sejenak. Dia seakan tak percaya ketua Bangtan ini kini meminta pertolongan dia. Tuhanku, rasa bangga pun ada.

17 July.  Where stories live. Discover now