㌅ 〉81 : bitter goodbye.

515 98 156
                                    


" minum ni, "

Jungkook menghulurkan sebotol air pada Hanako. Gadis jepun itu mencapainya kemudian dia meneguk nya rakus.

" perlahan-lahan, nanti kau tersedak. " tegur Jungkook dan Hanako akur. Lelaki itu memerhatikan keadaan Hanako dengan begitu teliti, memastikan supaya gadis itu tak tercedera teruk.

Mereka berada di tandas awam di lapangan terbang. Jungkook pasti tiada sesiapa dapat ketahui keberadaan mereka dan ianya selamat.

Lagi 40 minit sebelum waktu berkumpul yang Namjoon dah tetapkan di lapangan terbang. Jungkook meletakkan begnya pada singki dan meluru ke arah Hanako.

" Kira, kau rehat dahulu? " pinta Jungkook dengan lembut. Rambut gadis itu diusap olehnya. Hanako yang kelihatan begitu letih itu terbelai dengan usapan lembut Jungkook. Sekuntum senyuman terukir pada wajah lelaki itu.

Comel. Getus hati Jungkook.

Jungkook menanggalkan jaket dia. Dia letakkan pada bahagian paha Hanako untuk mencover paha gadis itu. Memandangkan Hanako hanya memakai skirt hitam je bersama stokin panjang berwarna hitam.

Gaya yang dikenakan Hanako sebijik seperti gadis anime yang selalu dilihatnya di dalam anime. Ya, gadis jepun yang berpakaian uniform sekolah tu? Yandere? Tsundere? Begitulah gaya Hanako.

" Kira, kau tunggu di sini sekejap boleh? Aku ada hal. " kata Jungkook dengan perlahan. Hanako memandang Jungkook dengan pandangan yang tak bermaya.

" ke mana? " soal gadis itu.

" aku nak pergi jalankan tugas aku, plan yang kumpulan aku dah rancang. " Jungkook memandang tepat pada gadis itu. Hanako lantas mengangguk.

" biar aku ikut sekali.. " balas Hanako.

Gadis itu ingin bangkit, kelihatan gadis itu mengerutkan dahinya; menahan kesakitan setiap kali dia menggerakkan badannya. Jungkook menggeleng lalu menahan Hanako daripada terus menerus melakukan gerakkan.

" No, you stay here. " Jungkook memegang tangan Hanako, erat. Tetapi Hanako seakan tak mahu. Gadis itu menggeleng. " tak boleh, aku tak mahu biarkan kau berseorangan berlawan sedangkan aku senang lenang duduk di sini. " balas Hanako lagi, nadanya seperti merayu kepada Jungkook.

Tetapi Jungkook tetap tak mengizinkan Hanako. Dia risau Hanako akan lebih tercedera.

" Tolonglah, Jungkook. Benarkan aku sertai. " kata Hanako lagi. Dia membalas peganggan tangan Jungkook. Pandangan nya jelas merayu pada Jungkook.

" Tak, kau mesti duduk di sini. Aku tak mahu kehilangan kau. " tambah Jungkook dan akhirnya Hanako mengalah.

" fine.. " gadis itu mencebik.

Jungkook mengukirkan senyuman sebelum dia keluar daripada tandas itu. Walaupun hatinya berat ingin meninggalkan Hanako seorang diri tetapi dia terpaksa.

Moga-moga tak ada apa jadi pada cinta hatinya itu.


" Ryunji? "

Langkah Ryunji terhenti apabila melihat seorang lelaki sedang mendukung kawannya itu dengan cara bridal. Ryunji menjungkitkan keningnya apabila melihat situasi itu.

17 July.  Where stories live. Discover now