㌀ 〉41 : last.

1K 209 349
                                    

Bongcha mengibas rambutnya ke belakang tatkala dia kini tiba di pejabat Madam Celine. Dia sempat juga melihat pantulan wajahnya pada cermin poket yang dia bawa ke mana-mana sahaja sebagai persediaan. Manalah tahu lipstik dah kelam, boleh touch up semula.

Ketukan tiga kali diketukan pada pintu kayu berukiran bunga-bunga tersebut. Selang ketukan itu, dia mula terdengar suara seorang perempuan mengarahnya masuk. Dengan nafas yang panjang, dia memulas tombol pintu itu dan melangkah masuk ke dalam ruang bilik tersebut.

" Madam, " Kepalanya ditunduk sedikit tanda hormat dan Celine mengangguk perlahan. Kelihatan wanita yang dalam lingkungan umur 25 tahun ke atas itu memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia sedang menguruskan beberapa fail yang ada di atas meja dia dan IMac nya juga dihidupkan.

" Kang Bongcha. " jawab Celine perlahan dan dia mengukirkan senyuman segaris. " apa yang kau mahukan? " cermin mata berjenama RayBean nya dibuka kemudian di letakkan ke tepi sisinya.

Bongcha sempat memandang sekeliling, memeriksa sama ada teman lelaki Celine ada dengan wanita itu lagi ataupun tidak. Senyuman kecil terukir pada wajahnya apabila melihat ketiadaan lelaki itu.

" madam tengah buat theme untuk permainan esok ke? " Soal Bongcha dengan keningnya dijungkitkan. Celine mengangguk perlahan lalu melihat fail yang ada pada tangan nya. " aku sedang buat. " jawabnya sepatah sebelum matanya dilirikkan ke arah gadis dihadapan nya sekali lagi.

" kenapa? " soal Celine dan Bongcha menghadiahkan senyuman manis. Lesung pipitnya kelihatan pada gadis bercampuran darah Itali tersebut.

" saya ada hajat madam, "

Celine menjungkitkan keningnya kemudian menongkat dagu. " iya? Apa dia? " Bongcha sekali lagi mengukirkan sengihan. Celine hanya melihat wajah gadis itu tanpa berkutik. Ditelitinya kelakuan gadis itu sekali.

" saya mahu pemain untuk bahagian esok hari bermain dalam keadaan kumpulan. " jawab Bongcha dan wajah Celine terus berubah. Dahinya berkerut seribu, menandakan dia tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Bongcha terhadapnya.

" Bongcha, kau tahukan peraturan untuk permainan esok adalah individual sehingga ke akhir permainan? " Fail yang ada pada tangannya ditutup. Celine menyambungkan jari jemarinya bersama. " I can't change the rules. " jelasnya lagi dan Bongcha tertawa perlahan.

" ianya lebih berkomitme— " belum sempat Bongcha ingin menyambung ayat dia, Celine memotong kata-katanya.

" you did this because you want your little minions to win again, don't you? "

" w-what? " Bongcha memandang ke arah Celine dan pandangan matanya membesar. Dia melihat Celine sudah pun merenung dia dengan pandangan yang curiga. Wajah Celine kelihatan serius.

" yeah, aku memang mahu kau dapatkan maklumat lebih tentang South Korea, Bangtan Boys. But this is cheating. " Celine membantah hajat yang ingin Bongcha sampaikan itu. " plus, ianya akan diketahui oleh mereka dengan senang. We don't want that. " Tambah Celine lagi.

Bongcha kelihatan serba salah. " i'm sorry. " balasnya pendek dan Celine menggelengkan kepalanya. " Oleh kerana kita sudah kekurangan masa, I will make them as a duo this time. "

Celine mencapai sekeping fail berwarna hitam yang tertulis perkataan 'PLAYERS' dalam warna emas. Dia membuka fail tersebut lalu diletakkan di hadapan Bongcha. " please, take a look. " jemputnya dan Bongcha menghampiri meja Celine dan membuka fail tersebut.

Celine bangun daripada kerusi kerjanya lalu berdiri dihadapan jendela kaca yang membolehkan dia melihat suasana di pulau DEMENTS. Matanya sejuk melihat pemandangan di mana mayat-mayat yang masih tidak berkutip di sesebuah lorong. Cecair darah mayat yang dikumpulkan di tepi pantai sekali sekala bercampur dengan air laut menyebabkan air laut menjadi kemerahan.

What a beautiful sight.

" and we got some good news. " Bongcha mengangkat wajahnya ke arah Celine. Dia memandang Celine dengan pandangan begitu curiga. " there's someone want to accompany us. " Celine mengukirkan senyuman manis pada Bongcha. Wajah Bongcha terus bersinar.

" siapa? " soal Bongcha dengan begitu teruja. " EXO. " balas Celine pendek membuatkan Bongcha terus tersenyum gembira. " itu bagus! " jelasnya lagi kemudian membuka fail tersebut. Senyuman nya mula mati apabila melihat beberapa carta yang telah disediakan dalam fail itu.

" Madam.. " Celine memandang ke arah Bongcha. Dia sudah tersenyum lebar, tahu yang Bongcha terkejut dengan plan dia buat kali ini. Wajah Bongcha kelihatan begitu terkejut dan pada masa yang sama, dia terpegun.

" seriously? " Bongcha seakan tak percaya. Dia meraup rambutnya ke belakang. Celine tertawa kemudian mengangguk perlahan.

" yes, " balasnya. Pandangan dia di alihkan ke arah luar cermin itu, redup memandang mayat-mayat yang sudah terbunuh akibat hari yang bermakna ini. Mayat tersebut dicampak ke dalam laut dengan batu diikatkan pada badan mereka. Satu demi satu tenggelam ke dalam laut yang dalam itu.

" we gonna pair our group with them. "

❨☠︎❩

" maafkan aku, guys. "

Kuniyoshi Yui masuk ke dalam bilik Angulo Inferno di mana yang lain juga sedang berkumpul di dalam nya. Wajahnya kelihatan serba salah dan Jung Seulha yang berada di daun pintu itu memandang dia dengan pandangan terkejut.

Kata-kata Kuniyoshi Yui menyebabkan yang lain terhenti daripada melakukan kerja mereka. Mereka memandang ke arah gadis Jepun itu dengan pandangan yang curiga. Haezlin lantas bangkit daripada duduknya kemudian meluru ke arah Kuniyoshi.

" apa yang kau cakapkan ini? " soalnya dengan begitu pelik. " kau mahu pergi? " soalnya lagi membuatkan Kuniyoshi Yui menundukkan wajahnya; serba salah. Angulo yang berada di dapur, sedang membuat icing pada cupcakenya bersama Edryna Kim terhenti.

" kita baru sahaja ingin raikan kemenangan kita dan kau mahu pergi? " Seulha memegang bahu Kuniyoshi Yui dengan wajah yang sungguh sedih.

" maafkan aku, aku diperlukan di Jepun buat sementara waktu. Bos aku mahukan aku. " Kuniyoshi mengukirkan senyuman pahit. Seluruh bilik itu menjadi sunyi sepi, meratap kesedihan salah seorang daripada kawan baik mereka ingin pergi. Padahal, tak sampai 3 hari lagi mereka bersama.

Ya, mereka bertujuh merupakan kawan baik jenayah yang terapat sekali di pulau Dements ini. Setiap tahun pada hari jenayah, mereka akan berjumpa dan meraikan bersama-sama. Sebab itulah mereka menyertai sukarelawan tahun ini bersama-sama kerana mereka mahu meluangkan masa dengan kerap.

Aejun bangun lalu menepuk bahu Kuniyoshi. " tak mengapa lah kalau macam tu. We had so much fun together. " Aejun berkata dengan senyuman menghiasi wajah. Seulha mencebik dan Haezlin juga kelihatan sedih.

" one last hug! " Angulo berkata dengan separa menjerit lalu berlari ke arah Kuniyoshi. Yang lain juga melakukan perkara yang sama.

Buat kali terakhir.

❨☠︎❩

i'm sorry for next chapter 🌝✨
Stay strong. 😌

17 July.  Where stories live. Discover now