Hoseok berjalan ke dalam lorong itu, matanya meliar mencari sekujur tubuh kawannya. Pandangannya meneliti sekeliling, melihat yang lorong itu sebenarnya tempat pembuangan sampah.Ni bukan tempat yang Yoongi akan berada.
Ryunji tipu dia ke? Eh, tak akan lah. Buat apa perempuan tu nak tipu dia?
Tetiba Hoseok terdengar bunyi seseorang menarik nafas. Hoseok lantas meluru ke arah bunyi tersebut, dia mencari-cari daripada mana datangnya bunyi itu.
" Yoongi? " soal Hoseok, ringkas.
Dia akhirnya ternampak Yoongi yang kini berdiri sambil meraup wajahnya. Yoongi memandang ke arah wajah Hoseok sekilas sebelum dia membetulkan rambutnya.
" kau buat apa di sini, Hoseok? " soal Yoongi, nadanya mendatar. Hoseok menggaru kepalanya yang tak gatal tu.
" aku yang sepatutnya tanya kau apa yang kau buat di sini, Yoongi. " Hoseok bercekak pinggang. " kau tahu kan sekarang kau sepatutnya dah kena ada di lapangan terbang? Kenapa kau bertapa kat tempat kotor macam ni? "
Hoseok seakan jijik melihat keadaan di sekitarnya. Dia menggosok kedua lengan nya sambil menutup hidung dia. " perh, busuk! " dia menggeleng kan kepala.
Yoongi hanya mendiamkan diri. Dia mengorak langkah melepasi Hoseok. Hoseok dapat rasakan yang Yoongi bukan dalam keadaan yang baik ketika ini, jadi dia hanya mendiamkan diri.
" macam mana kau tahu aku di sini? " soal Yoongi tetiba sambil melirikkan matanya ke arah Hoseok. Dingin juga pandangannya.
Hoseok seakan teragak-agak nak jawab. Tetapi oleh kerana dia fikirkan Yoongi ini adalah kawannya, jadi Hoseok beritahu.
" Ryunji. "
Langkah Yoongi terhenti lantas dia mengeluh lagi dan Hoseok mendengarnya. Hoseok hanya memerhatikan Yoongi, tingkah laku lelaki itu pelik.
" sudahlah, marilah pergi ke lapangan terbang, kita kesuntukan masa. " Hoseok merangkul bahu Yoongi lantas menarik Yoongi pergi bersamanya.
Kiara yang melihat segalanya daripada hujung lorong itu hanya mampu membuat spekulasi dalam minda dia. Dia tak tahu apa yang jadi dengan hubungan Ryunji dan Yoongi tetapi dia yakin yang ianya tak begitu baik.
Hoseok sempat memandang ke arah Kiara. Dia memberi isyarat agar gadis itu jalan di sebelahnya dan Kiara akur.
Kiara cuba memandang sekeliling, mencari susuk tubuh Ryunji yang tadinya hanya berada di kawasan itu. Tetapi malangnya gadis itu sudah tidak kelihatan.
" kenapa ni? " Hoseok memegang bahu Kiara tetiba membuatkan gadis itu terjaga daripada lamunannya. Kiara lantas menggeleng.
Hoseok seakan tahu Kiara sedang memikirkan tentang Ryunji. Dia lantas meraih tangan Kiara dan memegangnya. Kiara memandang ke arah tangannya yang kini dalam genggaman Hoseok. Tangan kecilnya padan sekali dengan tangan besar Hoseok.
" jangan pergi jauh. Walk next to me. " Hoseok mengajak dan lelaki itu mula mengorak langkah, berjalan beriringan dengan Yoongi.
Kiara hanya akur.
—
Taehyung merintih di hadapan susuk tubuh Sarang. Tangisannya bagaikan tiada henti. Seokjin terpana di situ, tak pernah dia melihat Taehyung bersikap sedemikian. Sisi Taehyung yang ini, dia tak kenal.
YOU ARE READING
17 July.
Mistério / Suspense❝ KAU mungkin terkenal dengan masalah jenayah kau, tetapi itu tidak membuatkan aku takut pada kau. ❞ TUJUH BELAS Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari...